TUTORIAL : CARA JAHIT BEG /POUCH

TUTORIAL CARA JAHIT POUCH

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan ini first tutorial aku untuk jahit beg atau pouch sendiri. Aku harap kalian semua faham setiap apa yang aku sampaikan. Kalau tak faham tunggu aku buat video la pulak ye. hihihi

Hari ni aku jahit mini pouch ya bukan yang besar. Konsepnya sama saja. Kalau dah faham besar kecik tak jadi masalah nak jahit. 

Ok mari mulakan kelas kita. Bagi perhatian semua ye ! Panjang tutorial ni, banyak gambar. 

Bahan- bahan yang diperlukan ialah 

  1. Kain cotton 
  2. Zip
  3. Kain gam
  4. Mesin jahit

  • Aku gunakan heavy cotton bermotifkan strawberry. Kain ni dah lama ada dalam simpanan jadi macam buruk sikit tapi tetap comel kan..^^
  • Zip pulak guna yang 4 inci punya sebab kita nak buat mini pouch aje yang boleh isi coins. 
  • Kain gam digunakan supaya lebih keras dan stabil. 

Aku tak ada ukuran yang spesifik. Selalunya aku buat bergantung kepada panjang zip sahaja. Kain dilipat dua bergantung pada berapa lebar yang nak. Aku agak-agak sahaja seperti dalam gambar. 

Gunting sepanjang kain.

Potong kain ikut panjang zip tadi. Dapatkan 2 bahagian untuk luar dan dalam. Bahagian dalam kita akan pakai kain yang sama juga. 

Gunting bahagian tengah macam dalam gambar. Sekarang kita mesti dapat 4 keping saiz yang sama. 

Ambik 2 keping untuk digam dengan kain gam. Letak kain cotton ni atas permukaan kain gam yang nampak berkilauan tu. Lepas itu iron biar rata dan melekat semua bahagian dengan elok. Bahagian ini dikira bahagian luar. 

2015-04-09 15.44.31

Gunting kain gam ikut kain cotton itu. Kain ini sudah jadi lebih tebal. 

Letakkan zip di atas kain bahagian gigi atas mengadap kain yang elok. 

MESIN  JAHIT 

Untuk tutorial ni aku gunakan mesin portable jadi tapak mesin harus ditukar guna tapak zip. Kalau pakai mesin industri tak perlu tukar sebab tapak dia memang dah set untuk jahit semua jenis kain. 

Tapak zip yang seketul depan tu. Tukar ye kalau pakai mesin portable sebab senang nak jahit dekat bahagian zip tu nanti.

So mula jahit dari hujung sini sampai hujung sana.

Hasilnya akan dapat macam ni. 

Sekarang ambil pula kain cotton yang sebelah lagi jahit zip di atas sebelah sini pula. Bahagian kain gam mengadap atas.

Bila kita bentangkan jadi begini.

TALI

Kain lebihan masa awal-awal tadi kita guna untuk buat tali pouch. Potong panjang macam ni. Lebar dia agak-agak je ok. 

Lipat kain.

dan jahit sepanjang kain.

Dapat dah satu tali. 

CANTUMAN KAIN LAGI

Ingat tak lagi ada 2 keping kain dari 4 keping yang masih tak digunakan. Ok sekarang 2 keping tu kita nak jahit untuk buat lapik dalam. 

Letakkan kain macam dalam gambar. 

Jahit dua-dua keping tadi pada bahagian dalam zip. Hasil macam gambar di bawah.

Luar dan dalam kain yang sama. 

ok untuk bagi kemas bahagian atas dekat zip tu sila jahit ya. 

CANTUMAN TALI KE BADAN POUCH

Tali mesti berada atas bahagian luar. 

Jahit dua tiga kali atas tali bagi kukuh. 

Siap jahit temukan bahagian luar kiri dan kanan. Bahagian dalam kiri dan kanan jugak. Jahit keliling.

Tinggalkan sedikit saja ruang di bahagian kain yang dalam untuk kita alih kain nanti.

Keluarkan kain bahagian dalam melalui ruang yang kita tinggalkan tadi tu. Bila dah keluarkan akan dapat macam ni. 

Last sekali, jahit part ni pulak.

Dan alhamdulillah siap pouch kita. Betulkan hujung-hujung kain elok-elok supaya semua menjadi kemas. 

Tadaaaaa, my STRAWBERRY MINI POUCH ready to be used !!!

Gunakan untuk letak syiling-syiling. Aku ambik syiling lama adik aku untuk shoot je. hehe

Macamana kawan-kawan, rasa boleh buat tak ? Simple saja ni. Kalau dah terer dan laju setengah jam dah siap tau. 

Harap korang faham la ye tutorial ni. If tak faham bagi faham jugak k. Nanti boleh jahit banyak-banyak dan hadiahkan pada saudara or kawan-kawan. Sure dorang happy. 

Selamat mencuba ! 🙂

 

 

This entry was posted in D.I.Y.

2 comments

Leave a Reply