Kempen Mandulkan Kucing (^.^)

Assalamualaikum, Salam Jumaat yang penuh berkah 🙂

Berita gembira untuk Tuan/Puan pemilik kucing yang tinggal di Kuala Lumpur atau area yang berdekatan ada kempen pemandulan yang akan dijalankan oleh Kitty’ Cottage Klinik Haiwan & Surgeri Desa Pandan KL bermula dari 1.11.2017 sehingga 15.11.2017

Maklumat klinik seperti di bawah. Anda boleh contact klinik untuk maklumat lebih lanjut. Harga yang ditawarkan memang murah untuk kempen ini. 

Adik aku yang kasi tahu pasal klinik & kempen ini. InsyaAllah kitaorang pun akan bawak 2 ekor kucing jantan yang ada kat rumah untuk dimandulkan. Btw sebelum dimandulkan kena vaksin dulu tau. Lepas dah vaksin seminggu lepas tu dah boleh mandul. Ada klinik yang kena 3x vaksin dulu baru dorang terima untuk mandulkan. Korang kena pandai survery servis dan harga yang klinik-klinik haiwan offer. Yang terbaik untuk kucing dan fulus kitalah kan. hehe

Dan untuk sesiapa yang ada duit lebih dan nak buat amal jariah boleh juga keluarkan kos untuk mandulkan kucing jalanan. Kesian tengok kucing-kucing yang membiak tanpa kawalan. Terlampau banyak pun menggangu kejiranan tak pasal-pasal kucing-kucing semua kena buang kat pasar. Lepas tu majlis bandaran kutip dan kucing-kucing terbiar semua ni akan di PTS ( Put To Sleep). 

Jadi untuk keadilan kepada haiwan marilah kita sama-sama prihatin. Untuk yang bela kucing juga make sure ada bajet untuk mandulkan kucing supaya tak beranak banyak. Banyak kes, banyak sangat kes orang buang kucing dengan mak kucing, anak2 kucing baru lahir. Kesian la nasib kucing or anjing. Dah bela, bila dah beranak rasa susah nak jaga suka hati buang macam tu je. 

DANA PENGASIAN UNTUK KUCING & ANJING WARGA SELANGOR

Bagi orang Selangor yang masih belum tahu tentang dana yang Kerajaan Negeri Selangor peruntukan untuk pemandulan kucing & anjing, sila ambil tahu sekarang ya. Sila baca artikel berikut sehingga habis tentang dana yang diberikan.

Link to article : http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2017/05/24/selangor-beri-dana-pengasian-kucing-dan-anjing-peliharaan/

Subsidi untuk kucing ialah RM60 dan anjing RM100. Pemandulan harus dilakukan di klinik haiwan yang terletak di Selangor sahaja. Korang pergi mandulkan dulu kucing or anjing then nanti claim kat sini. Masuk website ni untuk baca lebih lanjut. 

https://selangorneuteringsubsidy.wordpress.com/

Bestkan ada dana macam ni. Bolehlah sama-sama bantu owner kucing yang kurang kemampuan dan secara tak langsung kucing-kucing jalanan juga. Hope negeri-negeri lain pun boleh buat macam ni. Negeri lain ada tak or aku yang tak tahu. huhu

Ingat ye yang duduk area KL dan berdekatan kalau nak pergi mandulkan kucing dalam waktu terdekat ( 1 – 15hb Nov 2017) boleh pergi Kitty’s Cottage yang dekat Desa Pandan.  Kalau yang duduk Selangor dan nak benefit daripada dana subsidi kena pergi Klinik Haiwan yang di Selangor. 

Semua maklumat dah aku share, hope semua dah baca dan faham semuanya.

Jangan lupa mandulkan kucing ye, dan anjing juga ! 

Pesanan terakhir untuk yang bela kucing. Jangan biarkan kucing-kucing yang kita bela menganggu jiran kita. Pastikan anda train dari kecil lagi kucing yang dibela untuk kencing dan berak di tempat yang disediakan. Make sure pasir ditukar ganti setiap hari. Pastikan litter box mereka sentiasa bersih dan tak berbau. Kucing pun tak nak kalau toilet dorang kotor. Sama macam manusia lah, sapa nak masuk kalau bilik air & tandas kotor. ewww

Dah bela kucing, kebajikan kucing haruslah dijaga 🙂