Smoothie Pegaga

 

Hai semua, hari ni nak share pasal smoothie pegaga. Pegaga ni ada banyak sangat khasiat dia. Antara ulam tradisional yang terkenal untuk awet muda. Kita boleh rebus pegaga untuk dapatkan air rebusan, boleh makan dengan nasi sebagai ulam dan yang paling best buat smoothie & jus pun sedap. 

Tak semestinya nak buat smoothie dan jus mesti pakai sayur orang putih macam salad, lettuce, kale, spinach. Tukar saja ke sayur atau ulam kampung. Kan ada banyak ulam selain pegaga, ada ulam raja, timun, kacang botol. Mana  yang boleh makan begitu saja maksudnya boleh blend untuk buat smoothie. 

Ini adalah pegaga. Tak salah aku pegaga ada 2 jenis. Yang dalam gambar ni daun dia jenis lebar, besar. Ada yang satu lagi daun dia kecik. 1 ikat kalau beli dekat pasar tani atau pasar malam RM2 sahaja. Murah kan. Untuk buat air rebusan, rebus sekali dengan akar. Tapi bila buat smoothie aku hanya ambil daun dan batang saja. 

Then mesti ada pisang sebagai pemanis semulajadi. Tak sedap kalau tak letak buah. Pisang boleh, mangga pun boleh. Oh ya kalau nak guna epal merah atau hijau pun no problem. Boleh ubah-ubah ikut taste.

Last sekali aku letak chia seeds sikit. Chia seeds ada banyak sangat khasiat untuk perut kita. Tinggi fiber dan protein dalam membantu kurangkan berat badan. 

Air boleh letak setengah blender. Dan boleh terus blend. 

Dah siap bolehlah terus minum.

Botol plastik ni boleh beli dekat IKEA. Harga RM13.90 saja. Sebelum ni aku suka pakai botol kaca tapi selalu sangat pecah jadi terpaksa cari botol plastik yang tahan lasak dan yang penting plastik yang selamat. Bukan Made In China. hehe

Sekian, jangan lupa try resepi smoothie ni ok ! 🙂

This entry was posted in Juicing.

2 comments

    • imaa says:

      waalaikumsalam. sory late reply 🙂

      saya pakai blender. actually klu ikut term orang putih bila blend buah or sayur pakai blender dipanggil smooothie bukan jus. kalau pakai juicer baru dipanggil jus. hehe

Leave a Reply