Smoothie Epal Hijau

Assalamualaikum, hello semua yang nak kurus. Ingat tahun 2016 wajib ada body goals. hahaha nak sihat dan cantik gitu loh !

Oklah tanpa buang masa aku nak share semalam aku minum jus epal hijau. Kalau ikutkan senarai favorite buah untuk juicing aku tak suka letak epal hijau. Sebab apa, sebab dia masam. huhu 

Favorite buah untuk juicing adalah pisang, oren, epal merah dan buah naga. Kalau sayur pulak salad, carrot dan tomato. 

Tapi sebab aku  nak kurus dengan cepat aku harus minum jus epal hijau. Sebab dikatakan epal hijau ni sangat berkesan untuk bersihkan usus dan buang lemak degil dalam badan kita. 

Dan hukuman untuk aku juga sebab malam semalam aku dah langgar pantang larang untuk 2016. Aku pi order mee goreng mamak yang sedap ituuuu. heeeee (sebab dah mengidam lama sangat aku pun suruh imran pi beli.. ihiks)

So sebagai hukuman pagi esok aku pergi brisk walking. Keluar peluh semua, lega ! Breakfast pulak cuma makan bihun separuh dan tengahari aku tak makan. Nak masuk asar barulah aku buat jus epal hijau ni. Epal hijau dengan air saja ye. 5 biji epal hijau aku bantai blend.

jus epal

jus epal 1

jus epal 2

tadaaaa siap aku minum jus epal made by me,hihi alhamdulillah kenyang dan sebelum maghrib aku makan roti dan telur saja. 

Sebenarnya berat badan aku naik ke satu angka yang tak best. baru ni timbang 66kg. haaa kan berat sangat tu. Tinggi aku 165cm so nak nak jugak aku kena kembali ke berat ideal iaitu antara 52 -54kg. Aku tak nak kurus melidi sebab aku pernah melalui fasa kurus kering masa aku sakit dulu dan azab juga orang asyik dok kutuk kurus kering. Macam papan. haishhh manusia ni kan kita kurus kena kutuk, gemuk sikit kutuk. 

Tapi aku peduli apa badan aku janji aku nak sihat dan dapat body yang aku idamkan. Kim Ha Neul. Yeahhh 🙂

So untuk hari seterusnya aku akan include epal hijau dalam list buah untuk juicing. 

Fighting everybody yang nak sihat dan kurus juga !

This entry was posted in Juicing.

4 comments

    • imaa says:

      hai. 🙂

      tak ada pulak saya set untuk kalori. saya cuma pastikan saya brisk walk (jalan cepat, jalan lalu) dalam 40 minit, juicing, kurangkan nasik (lunch saja) dan makan before maghrib. dan minum air banyak…minuum je. sebab nak pulihkan balik sistem badan. oh ya yang paling penting boleh pergi toilet 2x sehari. untuk keluarkan semua toksin dlm usus. hehe

Leave a Reply