Shopping di Bukit Tinggi, Padang

Assalamualaikum, hai semua 🙂

Ni betul-betul late post sebab aku pergi Bukit Tinggi bulan lepas, 7hb Feb. Bulan Mac baru mau update ke? hihi Jom kita tengok apa aktiviti yang dibuat sepanjang 4 hari di sana 🙂

Tujuan ke Bukit Tinggi

Teman umi beli barang, jadi tukang angkat barang dan tukang ambil gambar. hahaha ( ni adalah trip ibu-ibu berbusiness dan yang pergi hampir semua adalah kawan umi jadi aku pun berkenalanlah dengan mereka semua )

Total ahli rombongan adalah sebanyak 26 orang….my 1st trip ramai gini. Ada juga yang bawak husband. Dan ahli trip yang paling muda umur 7 tahun. Paling tua umur 69 tahun kalau tak salah tapi kuat nenek ni berjalan. 

Flight

Air Asia KUL – Padang ( Minangkabau International Airport ) – Harga tiket aku beli RM293 termasuk 25kg luggage. Umi aku beli awal dengak genk-genk dia rasanya RM180 kot.

Minangkabau International Airport

Flight kami pukul 1.55 pm dan sampai di Padang pukul 2:00 pm waktu tempatan. Perjalanan lebih kurang satu jam sahaja. Airport dia sama macam airport kat Jakarta. hehe  Keluar dari pintu dah ada yang menunggu. Trip ni ada tour guide iaitu Pak Deni yang fasih cakap bahasa melayu slang Kay-EL kita. Dia datang jemput kami dengan naik mini bus. Inilah kenderaan rasmi kami sepanjang di sini. Ya la 26 org kan. Ok jom bertolak balik ke hotel. Ah sebelum tu ambik gambar dulu. Akulah orangnya jurugambar tak rasmi trip ni. haha

Hari Pertama

Sebelum bergerak ke Bukit Tinggi, agenda pertama adalah mengisi perut yang lapar. Singgah dulu di restoran untuk makan.

Sebabkan Pak Deni memang dah booking makan untuk group kami jadi sampai-sampai je terus pergi ke meja dan terus makan. Tak perlu  nak order bagai.

Ni sebelah kanan aku.

dan ni sebelah kiri pula. Penuh sepanjang meja dengan kami saja.

Cara orang Padang hidangkan makanan dalam mangkuk macam ni. Lauk tu sikit-sikit je dia letak. Kalau macam kami ni memang makan la sampai habis semua yang dalam mangkuk tu sebab memang dah bayar (dalam pakej). Tapi kalau yang sebenarnya di restoran orang Padang ni, bila kita sampai dan duduk di meja, pekerja akan mula hidangkan lauk-lauk kat atas meja. So akan ada banyak mangkuk depan mata kita. Awas, jangan rambang mata lak. Yang kita nak makan saja kita sentuh. Lauk yang tak diusik mereka akan ambil balik. Jadi jangan tersilap cuit sana sini sikit. Kalau dah cuit silalah bayar, bayar.

Satu lagi yang unik adalah ada mangkuk untuk basuh tangan diberikan pada setiap seorang.

Yang paling best bila datang Indonesia ni semestinya adalah Jus Avokado !!! Yeayyyyyy sedap gila weh. Pekat lepas tu ada aiskrim pulak. Memang terbaik dan nak habaq harga dia sangat murah. Duit kita dalam RM5 saja. Separuh harga dari yang kat Malaysia ni. 

Ok untuk side order macam jus avokado ni kena bayar sendiri. Sapa nak order silakan yang tak mau boleh minum air kosong je. Takde paksaan.

Alhamdulillah kenyang dan lauk-lauk semua sedap. Impression pertama lulus !

Selesai solat rombongan bergerak menuju ke Bukit Tinggi. Perjalanan kalau tak salah ambik masa 2 jam. Aku apalagi sambung tidur la. Ngantuk ! Nak suruh enjoy scenery pun tak cantik biasa je. haha 

Bila sampai kat tempat wisata pertama iaitu Air Terjun Lembah Anai, umi gerak aku suruh bangun. Tugas aku bermula lagi sebagai jurugambar. 

Air Terjun ni di tepi jalan. Cuma untuk bergambar saja bukan boleh mandi pun. Ada sejarah macamana air terjun boleh terbentuk di sini. Tak ingat la kalau nak story kat sini tapi ada kaitan dengan gempa bumi. Secara detail kalau nak tau kenalah datang ambik pakej dengan Pak Deni nanti dia cerita panjang lebar. hihi

15 minit saja masa diberikan untuk berposing bagai. Dah settle gerak lagi terus sampai ke hotel. Weh seriyes aku tak ambik pic dalam bilik. Kisahnya bila sampai kat hotel, taklimat ringkas diberikan oleh ketua rombongan oleh Pakcik Rahim. Bila diberitahu yang Wifi hanya ada kat lobi saja terus aku kecewa. Uwaaa mana boleh wifi takde kat bilik. Aku kan nak layan cerita malam nanti. 🙁 (sebab utama aku malas nak ambik gambar hotel ni..huhu)

Malam tak ada aktiviti pun cuma aktiviti makan saja. Alhamdulillah yang ni pun sedappppp 🙂

Habis makan ada sesi taaruf. Setiap seorang kena kenalkan diri..Punya la lama setiap seorang bagi ucapan sampai kul 11:30 malam barulah nak gerak balik. Restoran pun patut dah tutup tunggu kami angkat kaki je. Aku kenalkan diri tak sampai seminit pun. Yelah aku kan ikut trip ni untuk teman umi je. 

Sampai je kat hotel aku lepak kat lobi dulu untuk download drama. Aku tengok semua pun lepak kat sini sebab nak berinternet. Yelah masa ni kami semua tak beli simkad lagi sebab tu semua tekun dengan hp masing-masing. Ah sudah siap,download complete apalagi naik ke bilik layan citeeee la..haha

This entry was posted in Travel.

Leave a Reply