Shopping di Bukit Tinggi, Padang – part 2 –

Hari Kedua

Inilah hari yang penuh dengan cabaran sebab kami akan pergi melontar. Pakcik-pakcik ni buat lawak sakit perut betul asyik dok gelak je “ibu-ibu pergi melontar yang bapak-bapak banyak-banyak berdoa” hahaha Melontar duit la maksudnya. 

Tempat pertama untuk melontar adalah adalah Pasar Aur Kuning. Pasar ni kira tempat borong jugaklah. Sebab memang peniaga-peniaga pun ambik barang kat sini. 

Sini ada banyak kedai. Kedai jual kain pasang, telekung siap, baju, seluar, kedai barang jahitan dan lain-lain kena teroka satu building tengok apa ada. 

Kakak dan makcik trip borong renda, kain cotton dan barang jahitan yang lain. Renda dia banyak yang jenis sulam tebal dan lebar. Nak kata banyak pilihan tak jugak tapi harga murah. Berbaloi la datang sini beli banyak buat stok.

Ni semua renda-renda yang orang jahit dekat telekung.

penuh atas meja tu stok-stok renda  yang nak dibeli.  

dan aku sebagai  assistant umi kena mencatat setiap pembelian.

Dekat bahagian atas ada jual telekung yang dah siap. Orang Indonesia panggil Mukena. Ada banyak design warna-warni pun ada. Tak berapa berkenan kalau yang meriah sangat ni. Aku suka telekung yang putih simple je design. Taknak yang terlalu sarat dengan sulaman. Taste orang Malaysia dan Indonesia lain sikit.

Kat sini fames dengan telekung Siti Khadijah. Aku rasa yang ciplak punya. Sebab asal lalu je, makcik yang jual ni mesti cakap ” Telekung Siti Khadijah ada dik”. Pandai betul guna nama SK ye. 

Lama kami kat sini 3 jam jugak. Memang aku penunggu setia, takde nak komplain apa-apa sebab masa tengah look around kat dalam tadi aku dah rembat 1 dress dan 2 seluar. la la la ~

Dan masa otw ke bus sempat aku beli buah mata kucing dan buah salak. Best betul dapat makan buah ni.

Lunch pulak dengan lauk-lauk gini. Fuhhh sambal hijau terangkat !

dan mesti order Jus Avokado. Yang Jus Durian Belanda ni umi yang punya.

Sebenarnya dah penat tapi ada satu lagi tempat yang kena pergi iaitu Pasar Besar. Tempat melontar yang kedua. Dekat sini tarikan utama dia adalah Jam Gadang. 

Katanya kalau tak melawat Jam Gadang maksudnya belum sampai Bukit Tinggi lagi. hehe sama la kot kalau datang Malaysia tak bergambar dengan KLCC maksudnya tak sampai lagi kat Malaysia. 

Oh ya masa kat dalam Pasar Besar takde yang menarik perhatian aku sangat. Lagipun pasar tu sepi je tak ramai orang. Mungkin sebab hari biasa kot. Kedai-kedai dalam ni banyak jual kain sulam, langsir dan telekung. Kain sulam yang dah potong siap 4 meter cantik sangat harga tak sampai RM100 pun. Memang berbaloi sangat beli untuk buat baju raya nanti.

Kami berkumpul semula depan Jam Gadang ni pukul 5 petang. Lagipun hari dah mula hujan jadi tak tunggu lagi terus balik ke hotel. 

This entry was posted in Travel.

Leave a Reply