Resepi Masalodeh Rangup ( Video )

Untuk versi yang dalam video ni bahan-bahan yang digunakan adalah seperti berikut :

  1. Kacang Dal – 2 Cawan
  2. Bawang besar – 2 biji
  3. Cili Kering – 5 tangkai
  4. Daun Kari – 3 tangkai
  5. Garam secukup rasa

Cara-cara :

  1. Basuh kacang dal bersih-bersih.
  2. Rendam kacang dal dalam sehingga kembang.
  3. Setelah kembang, buang air dan basuh sekali lagi.
  4. Toskan dan ready untuk menumbuk.
  5. Untuk hancurkan kacang dal, boleh guna lesung batu atau blender.
  6. Kalau malas nak tumbuk, gunakan blender lebih cepat. 
  7. Setelah semua siap ditumbuk, masukkan bawang, cili dan daun kari yang sudah dipotong-potong. 
  8. Gaulkan rata, masukkan garam secukup rasa. 
  9. Gaul sebati.
  10. Ready untuk adunan dibentukkan menjadi sfera.
  11. Panaskan minyak.
  12. Setelah minyak panas boleh masukkan adunan tadi.
  13. Jangan tinggal kuali. Kena sentiasa alert.
  14. Atas bawah sudah nampak keemasan, boleh angkat.
  15. Hidangkan.
  16. Siap satu hidangan petang. Minum bersama teh hijau 

Selamat Mencuba 🙂

Versi bergambar di posting ini :

http://www.therafim.com/resepi-kuih-masalodeh-yang-sedap-dan-rangup/

This entry was posted in Resepi.

Leave a Reply