Resepi Kuih Masalodeh yang sedap dan rangup

masalodeh 10

Assalamualaikum

Macamana puasa korang semua ? dah bolos belum. hihi (ok, tak penting ) Just nak share resepi kuih masalodeh yang dibuat untuk buka puasa beberapa hari lepas. Lets cekidout !

Bahan – bahan :

  1. Kacang parpu / kacang dal – 1 peket kecil
  2. Bawang merah – 2 biji besar
  3. Cili merah – 5 biji
  4. Daun kari – 4 tangkai
  5. Garam 

Cara – cara :

Basuh bersih kacang parpu. (orang utara depa panggey parpu, kalau belah selatan depa panggey dal, ikut suka hampa janji paham)

masalodeh 9

Dah basuh rendam dalam air selama 5-6 jam untuk bagi kacang tu lembut senang nak tumbuk.

masalodeh 8

Dah lembut kacang kita, sediakan batu lesung untuk kerja-kerja menumbuk kacang dilakukan. Kalau nak pakai blender pun boleh saja tapi kami guna style lama. Tradisi gitu.

masalodeh 7

Kerja-kerja menumbuk kacang pun bermula. Hampa tumbuk la kacang tu sampai hancur ye.

masalodeh 6

Sambil boring-boring tunggu semua kacang siap ditumbuk bolehlah layan cite Jepun jap. haha

masalodeh 5

Haaa, dah siap ginilah rupa dia. Ada kacang yang tak hancur tu tak pa sebab memang sedap bila kita makan nanti.

masalodeh 4

Bawang dan cili siap dipotong. Daun kari pun kita dah tarik-tarik dari tangkai. Masukkan semua ni dalam kacang yang siap ditumbuk tadi.

masalodeh 3

Ingat, garam secukup rasa. Kalau tak letak nanti rasa plain je. Gaulkan semua bahan biar sekata.

masalodeh 2

Panaskan kuali dan minyak.  Sambil tu bentukkan adunan menjadi bentuk sfera. Buat comel-comel. Setengah orang pakai plastik tapi kami pakai tapak tangan je macam dalam gambar.

masalodeh 1

Minyak dah panas masukkan ke dalam kuali dan goreng dia. Jangan tinggal api pergi lepak kat ruang tamu tengok drama Korea lak. Nanti hangit padan muka.

masalodeh

Ok dah siap masalodeh kita. Masa untuk makan…btw buat sendiri ni memang puas hati sebab dapat banyak, modal sikit je. Kalau beli alahaiii kecikk cenonet je pastu setengah yang jual tu rasa tebal tak masak. So nak elak dari rasa tak puas hati kalau salah membeli kenalah rajin buat sendiri.

Kena raaajiiin memasak “pesan untuk diriku sendiri ” ihiks

Ok guys, selamat mencuba 🙂

This entry was posted in Resepi.

Leave a Reply