Resepi Cornflakes Madu Rangup

Resepi yang semua sudah sedia maklum. Setiap kali raya mesti ada. Paling senang nak buat, really easy meh !

Bahan A 

  • Cornflakes ( 1 box )
  • Madu ( 1 cawan )
  • Gula  perang ( 1 cawan )
  • Butter ( 125 gm)

Bahan B

  • Badam kisar

Cara-cara :

  1. Panaskan periuk.
  2. Masukkan bahan-bahan A ( butter, gula perang dan madu)

3. Biarkan semua bahan cair.

4. Masukkan kesemua cornflakes.

5. Tutup api dan gaul keseluruhan cornflakes biar rata.

6. Sediakan tray dan paper cup dan boleh mula masukkan cornflakes ke dalamnya.

7. Masukkan cornflakes seperti dalam gambar dan hiaskan dengan bahan B iaitu badam kisar. Kalau malas nak letak badam satu-satu macam ni boleh saja campurkan badam kisar gaulkan saja dengan adunan cornflakes tadi.

8. Penuhkan tray dan bolehlah dimasukkan ke dalam oven.

9. Oven tadi sudah dipanaskan dengan suhu 150 C.

10. Biarkan cornflakes selama 10 minit sahaja di dalam oven. 

11. Apabila dah dengar bunyi ting cepat-cepat keluarkan dan masukkan 1 lagi tray.

12. Biarkan sejuk dan bolehlah disimpan di dalam balang.

Untuk 1 kotak cornflakes yang besar tu boleh dapat 1 balang biskut yang tinggi tu penuh dan balang kecik.

Cornflakes ni sangat berhantu tau sebab masa maghrib balang tu still penuh. Masuk ke isyak dan tinggal setengah. Sampai tengah malam dah tinggal paras nyawa-nyawa ikan dan keesokkan harinya dah habissss.. Hehehe

Selamat Mencuba 🙂

This entry was posted in D.I.Y.

4 comments

  1. Monica Rampo says:

    Hi Sist Imaa,
    Terima kasih ya resepi cornflakes madunya.. saya sudah coba, rasanya enak… saya sudah post di blog saya dan link ke postingan sist yang ini…

    Sekali lagi terima kasih sudah berkongsi resepi ini

Leave a Reply