Resepi Apam Gula Hangus

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidiladha 🙂

Ini resepi bukan aku yang masak tapi umi yang buat hari Khamis lepas untuk bukak puasa. Hari Arafah adalah hari yang disunatkan untuk kita berpuasa. Sebabkan dekat masjid tempat kitaorang ada aktiviti sampai ke malam jadi umi pun nak la bawak sikit makanan untuk dimakan bersama genk-genk jemaah masjid.

Apam bukan my favorit jadi tugas aku hanya untuk videokan the making of apam. Senang saja buat apam ni. Korang mesti dah taukan. Takpelah aku share saja..Kalau rasa senang boleh try, gitu 🙂

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikabornat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum

Step 1 – Buat Gula Hangus

  • Masak gula sehingga cair dan bertukar menjadi warna perang. 
  • Bila gula dah mulai perang letak sedikit air. Kacau dan tutup api.

Step 2 – Blend bahan-bahan

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam blender ( kecuali soda bikabornat & gula hangus ). Blend selama 3 minit.
  • Setelah 3 minit masukkan soda bikabornat dan gula hangus dan blend lagi. 

Step 3 – Masak dengan periuk kukus

  • Periuk kukus dan dipanaskan awal tadi, biar air mendidih dan bila adunan dah siap masuk ke dalam acuan terus masukkan dalam periuk kukus.

* semasa tuang adunan ke dalam acuan, tak perlu penuh sebab kita dah letak soda bikabornat. Letak separuh saja, adunan akan naik dan mengembang.

Tunggu dalam 15 minit untuk apam masak. Boleh check dengan cucuk lidi ke dalam apam, kalau tak ada adunan yang melekat tanda apam sudah  masak. 

Siap untuk dimakan. 🙂

Aku cuma makan 2 biji saja apam. Ya la sebab tak minat kan. Cer kalau masalodeh memang aku jadi tamak haloba…hahaha

Nah, aku belanja video The Making Of Apam Gula Hangus

Ok guys, selamat mencuba ^^

This entry was posted in Resepi.

Leave a Reply