Baju Kurung Pahang

Salam 7 Ramadhan dan Jumaat pertama di dalam bulan yang mulia ini 🙂

Apa fesyen baju raya korang tahun ni ? Kalau 3 atau 4 tahun lepas semua pakat sibuk dengan peplum. Sana sini orang jual design peplum. Habis peplum mai pulak design maxi/jubah. Dah semua orang pakat beli jubah. Yang lelaki pun sama nak juga pakai jubah masa hari raya. Ala-ala arab gitu. Tapi lain pulak jadinya bila jubah tu fit semacam. Ewww 

Tahun ni pulak dari pemantauan aku secara kasar di facebook dan instagram, brand tempatan banyak keluarkan design2 moden. Semua yang dah diinovasikan. Macam-macam rupa ada. Ye la nak pergi beraya semua pun mesti nak vogue. Tapi ada jugak design yang tak best sebab sangat ketat ikut shape badan abis, camner eh nak berjalan, nak makan. Kena control-control la nanti..

Dalam semua brand dan design untuk raya tahun ni aku pilih Fazbulous Kurung Pahang sebagai yang paling cantik dan sopan. Aku rasa cantik gila baju ni sebab Fazura yang pakai ke camner ? haha Fazura memang dah cantik, pakai apapun cantik. 

Kalau kita yang pakai baju kurung ni pun mesti cantik. Design yang tak ketat, motif yang comel, labuh dan yang penting material ialah heavy cotton. Untuk baju kurung Pahang yang Fazura keluarkan ada 3 design. Macam kat bawah ni.

Cantikkkannnnnn…sweet sangat ketiga-tiga design ni. Tapi kalau nak nampak lagi sweet haruslah selim badan tu. Haa,..pulunlah nak bagi kurus sempena raya ni kan. hehe

Bab harga pulak kalau tak salah RM249 sepasang. Yang aku baca kat komen2 kat ig House Of Doll ada yang tulis. Kalau korang berkenan bolehlah jalan-jalan sekejap kat ig Fazura (Missfazura) atau My House Of Doll (myhouseofdoll). 

Aku harap nanti aku ada rezeki nak beli baju kurung by Fazura ni. Untuk tahun ni baju raya aku baju kurung jugak. Tapi baju kurung cotton yang biasa-biasa jeee, murah-murah je..hihi

bye 🙂

 

This entry was posted in sembang.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017

Hi semua, bertemu sekali lagi dengan Pesta Buku Antarabangsa KL 2017.  Dah jadi macam rutin setiap tahun mesti pergi walaupun memang dah tau sama je.

Semalam aku pergi sekadar mengikut umi yang beria-ria mengajak aku. Kalau ikutkan hati memang malas nak keluar hari Sabtu. Ramai orang, jem lagi. Lagipun tahun ni memang  tak ada target nak beli buku, apa yang best pun tak tau.

Macam biasa walaupun baru hari ke-2 PBAKL memang penuh dengan manusia di PWTC. Yang ramai tu budak-budak dengan pakai uniform sekolah. Sure datang naik bas dengan cikgu sekolah. 

Sampai di PWTC dah pukul 1:15 p.m terus je pergi surau untuk solat Zuhur. Habis solat baru rasa fresh nak gerak ke booth-booth.

Tempat pertama yang dituju adalah ke hall yang ada Karangkraf di level ground. Semua buku terbitan Karangkraf ada disini dan ada diskaun sebanyak 20 – 25% diberikan untuk setiap pembelian. 

 

Aku round-round ke setiap rak tapi tak ada buku yang menarik perhatian. Bila sampai ke rak ni teringat masa sekolah menengah dulu tiap-tiap bulan mesti beli majalah KLIK. Dulu kalau nak tau pasal artis atau nak collect poster artis Jepun, Korea, Taiwan kena beli majalah macam ni. 

Buku Oh My Jep ada. 

Buku baking ada.

Buku Jahitan pun ada.

Aku ke bahagian novel Alaf 21. Banyak nama penulis yang aku tak kenal.  Yelah dah lama aku tak baca novel. Masa jadi hantu novel masa sekolah menengah dan zaman Uni dulu. Cakap je novel yang best-best semua dah baca. Mesti nak sembang dengan kawan-kawan novel pasal hero heroin novel..wkakaka

Aisya Sofea antara faveret novelis aku. First aku baca novel dia masa form 4 or 5 kalau tak salah. Tajuk adalah Jendela Hati tentang Abang Lokman dengan Farah..member sekelas yang duduk row belakang bagi pinjam kat aku. Sejak tu jadi suka baca novel cinta melayu. Tapi tu dulu lah kan. Zaman dulu-dulu.

Satu rak ni semua buku Aisya Sofea. Aku tak tau pun dia ada buku baru. Masa jalan kat depan baru aku sedar eh Aisya Sofea ada keluar novel baru la. Sebelah novel dia buku Awang Ramlee yang baru keluar tahun ni juga. Patut letak kat depan sebab buku baru. hehe

Oklah aku pun beli novel ni sebagai ole-ole untuk diri sendiri sebab dah sampai ke pesta buku tahun ni. Tak best pulak balik rumah dengan tangan kosong. Nanti kalau dah habis baca aku bagi review best ke tidak. haha

Tak lama pun kat hall Karangkraf ni sebab perut lapar jadi pergi makan dulu. Dah kenyang jalan lagi pergi ke booth lain. Umi beli buku kawan dia yang tinggal dekat Turki, kahwin orang sana. Support kengkawan katanya. Oklah kan.

Mata aku melilau ke booth Dubook. Eh ada yang menarik perhatian. Rupanya Penulis Indonesia yang famous tu ada juga, Mbak Asma Nadia. Ada sesi meet & greet gitu. 

Dan aku kenal MC itu. Kak Azza, a legend Malaysian traveler juga 🙂 Well, aku memang follow page fb dia : Nota Perempuan Backpacker. 

Dapat juga gambar yang clear disebalik kesibukan ramai orang yang nak snap snap. Tapi aku belum pernah baca lagi novel Mbak Asma Nadia ni. Novel dia yang difilemkan pun belum tengok lagi. Yang baru ni keluar Syurga yang tak dirindukan 2 aku tengok trailer saja. hehe

Gitulah cerita aku di Pesta Buku tahun ni. Dalam pukul 4:30 aku pun gerak balik. 

Kalau ada kelapangan pergilah beli buku apa yang patut. Time ni lah nak beli buku-buku sebab dapat diskaun banyak. Untuk mak ayah boleh beli buku sekolah dan buku latihan. Katanya murah kat pesta buku ni. 

Ok guys, selamat ke pesta buku dan membaca 🙂

Website PBAKL 2017 : Klik sini 

 

 

This entry was posted in Event.

Criminal Minds ( Korean remake )

Drama yang diadaptasi daripada drama popular Amerika, Criminal Minds sudah konfirm produksi dan bakal ditayangkan di TvN bulan Julai untuk slot tengah malam pada hari Jumaat dan Sabtu. Skrip reading yang pertama telah dijalankan semalam, 7 April 2016. 

Sebabkan aku peminat Lee Joon Gi dan Moon Chae Won maka haruslah aku kena tunggu drama ni. Akhirnya actor/actress faveret dapat juga digandingkan dalam drama yang sama. Walaupun memang tak ada love line dalam original drama, sapa tau yang Korean remake dorang ubah plot sikit. Sayanglah Lee Joon Gi dengan Moon Chae Won berlakon sama-sama tapi tak ada love story. Aku berharap dorang berdua ni dapat offer drama saeguk tapi apakan daya offer untuk modern crime thriller.

Confirm Casts :

  1. Lee Joon Gi
  2. Moon Chae Won
  3. Son Hyun Jo
  4. Lee Sun Bin
  5. Yoo Sun
  6. Go Yoon

Apapun harus bersyukur sebab semua casts memang solid belaka. Harapnya writer dapat tulis plot yang terbaik dan director yang bagus supaya drama ni sukses. 

Masih menunggu gambar-gambar daripada script reading semalam but none. Belum ada yang bocor lagi..haha curious gila nak tengok muka Lee Joon Gi dan Moon Chae Won. If you are following the K-entertainment for sure you know both of them are having issues.

For LJG is about his 2 years dating with Jeon Hye Bin. A very shocking news 🙁 when Dispatch released his pics with JHB. And for Moon Chae Won she and Namoo (her agency) are taking legal action against a saesang fan who claimed to be her boyfriend since March 2015. Poor Moon Chae Won ssi. Both Joon Gi and Chae Won are under the same agency, Namoo Actors. I guess Namoo is extremely busy with the reporters. huhu

Hope Lee Joon Gi will be just fine and fans will respect his private life. I know some fans are sad and turn over him, calling him a liar but dont be too mean to him by leaving hate comment on his instagram. Please dont do that. I was sad for a day after the news broke out. hehe not because of him dating JHB but more to the My Ear’s Candy special episode had to be cancelled..uwaaa i want to watch the last episode. His chemistry with Park Min Yong are the bomb. Hope one day they have that chance to work together in a drama or movie. 

Anyway for Lee Joon Gi and Moon Chae Won fighting !! to whole casts and production team do your best !!! Filming begins on 17.4 which is happen to be Joongi’s birthday. Happy Birthday !!!

Ditunggu tayangan Criminal Minds bulan 7 nanti okeyyy 🙂

 

Edit :  Criminal Minds to start filming today, 22 April 2017. It was set on 17.4 but got pushed back due to some additional problems. The slot for CM is secured to mid-July, weekend midnite drama Friday & Saturday at 11pm. CM fighting !!!!