Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama

Jepun sebagai destinasi pelacongan utama

Aku yakin setiap orang mesti ada impian untuk menjejakkan kaki ke negara Jepun. Tambah lagi mereka yang membesar dengan kartun, anime, mangga, drama dan muzik dari Jepun. Aku juga salah seorang daripada berjuta manusia yang jatuh cinta dengan negara matahari terbit itu. Dulu-dulu pernah berimpian untuk sambung belajar di Jepun. Pernah rasa jeles bila baca surat khabar ucapan Hari Raya dari student-student yang belajar di sana. Huhu

Tapi jeles tu dah hilang sebab aku dah berjaya menjejakkan kaki di Jepun pada bulan 10 tahun lepas. Syukur alhamdulillah 🙂

Sebenarnya apa yang best sangat tentang Jepun ni? Aku yakin Japanholic boleh senaraikan seribu satu perkara tentang apa yang mereka suka tentang negara ini. Ramai yang suka datang melancong ke Jepun walaupun negara ini antara salah satu negara yang mahal di dunia. Dan ramai juga orang barat yang datang ke Jepun bermaustatin di sini dengan menjadi pengajar bahasa Inggeris.

Bagi aku sendiri negara Jepun sangat unik dan menarik untuk diterokai baik dari segi bahasa, teknologi, budaya, sejarah dan penduduknya. Semuanya menarik untuk dipelajari dan di ambil tahu. 

4 Musim

Seperti negara Korea, Jepun juga mempunyai 4 musim iaitu musim bunga ( Haru), musim panas (Natsu), musim luruh (Aki) dan musim sejuk (Fuyu). Setiap musim mempunyai tarikannya dan kecantikannya sendiri. Musim yang paling popular di kalangan pelancong tentunya musim bunga kerana pada musim ini pokok bunga sakura berkembang dengan cantiknya. Warna-warna pink dan putih cair bunga sakura mekar indah di tepi jalan.

Musim luruh juga tidak kurang hebatnya dimana daun-daun sudah bertukar menjadi warna kuning dan menjadikan pemandangan sangat cantik. Suhu yang nyaman dengan sinaran matahari bersinar membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan pada musim ini.

Bagi yang tahan sejuk bolehlah mengunjungi Jepun pada musim ini. Selain dapat melihat keindahan warna putih salji yang turun , aktiviti yang mesti dilakukan adalah bermain salji. Pilih saja sama ada untuk bermain snow board, ski atau ice-skating.

4 seasons in Japan

sumber gambar gugel

Destinasi popular

tokyo

bandar Tokyo

Jepun ada banyak tempat-tempat yang wajib dikunjungi. Antaranya yang popular adalah Tokyo, Kyoto, Osaka, Hakone, Yokohama, Kobe, Sapporo, Nagoya, Kamukara, Nagasaki dan lain-lain. Setiap bandar mempunyai tarikannya yang tersendiri. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan apabila pergi ke setiap bandar ini.

Tokyo

Jangan lepaskan peluang merasai gaya hidup penduduk Tokyo di bandar metropolitan ini. Dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan sentiasa sibuk semuanya boleh dilihat di sini. Rasai sendiri bagaimana pengalaman menaiki Tokyo Metro pada waktu kemuncak orang pergi kerja dan balik kerja. Pasti semput !

Di Tokyo terlalu banyak tempat untuk dikunjungi. Salah satunya ialah Tokyo Ginza District. Tempat shopping, makan dan hiburan yang popular di kalangan warga Tokyo.  Bagi yang berjiwa muda remaja seperti aku memang sukakan tempat sebegini. Hihi

ginza tokyo

Kyoto

Bagi yang sukakan sejarah , seni dan binaan disarankan untuk pergi ke Kyoto. Kyoto dikatakan sebagai bandar yang menyimpan pelbagai warisan dan budaya Jepun. Terdapat banyak kuil, makam, istana lama dan juga Japanese’s garden yang indah. Jika bernasib baik pasti anda akan terserempak dengan Geisha. Untung-untung dapat bergambar dengan Maiko dan Geiko.

geisha

Gunung Fuji

Gunung Fuji

Gunung Fuji

Ia merupakan gunung yang paling tinggi Jepun. Gunung Fuji adalah simbol kepada negara Jepun. Keindahan gunung Fuji selalu diterjemahkan di atas lukisan. Jika anda sanggup mendaki sehingga ke puncak pasti anda berpeluang untuk melihat matahari terbit dari puncak.

Mt_Fuji_Summit

Shinkansen

Rugi jika datang ke Jepun tetapi tidak menaiki Shinkansen. Shinkansen adalah keretapi laju yang merupakan salah satu pengangkutan utama di Jepun. Untuk pengetahuan, sistem keretapi Jepun diiktiraf sebagai yang paling efisien di dunia. Jarang berlaku kelewatan di dalam perjalanan kerana keretapi laju ini sentiasa mengikut masa yang ditetapkan.  Pengalaman menaiki Shinkansen harus dirasai oleh mereka yang datang ke Jepun.

Asama Shinkansen

Asama Shinkansen

Festival

Jangan lepaskan peluang untuk melihat pelbagai festival yang ada di Jepun. Dikatakan ada lebih kurang 100,000 festival berlaku sepanjang tahun di Jepun jadi pastikan anda merancang percutian anda ke Jepun supaya dapat merasai sendiri kemeriahan setiap festival yang berlangsung.

Ohara-Matsuri-Dance-Festival-in-Kagoshima-Japan

Tsukiji Fish Market

Peminat Sushi jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pasar ini. Ia merupakan pasar ikan dan makanan laut yang paling besar dan tersibuk di dunia. Jika ingin datang ke sini pastikan datang seawal jam 4 pagi untuk melihat ikan-ikan tuna yang akan dibida. Menarik bukan.

tuna

Gadget, Anime

Mohon peminat-peminat anime, kartun dan gadget sekalian bertenang kerana tempat yang wajib anda tuju adalah di Akihabara. Seharian disini dirasakan seperti tidak cukup masa kerana terlalu banyak kedai untuk dikunjungi. Di sinilah juga tempatnya jika ingin melihat gadget terbaru yang dikeluarkan di pasaran. Dijamin tidak menyesal apabila berada disini. Cuma pastikan bawa duit yang mencukupi ya.

Akihabara

Akihabara

Pelancong  Muslim

Pelancong Muslim tidak perlu gusar atau ragu-ragu untuk datang ke Jepun. Walaupun makanan halal agak susah didapati di sini dan perlu berhati-hati apabila membeli setiap makanan tetapi anda pasti akan jumpa dengan restoran yang menyediakan makanan halal. Sebagai contoh di area Tokyo ada beberapa restoran yang pasti membuka selera anda. Boleh lihat di sini halal restoran. 

Masjid atau pusat komuniti Islam juga ada di Jepun. Jika tidak jumpa masjid boleh saja solat di mana pun asalkan bersih dan tahu kiblat. Di lapangan terbang juga sudah ada surau untuk kita bersolat. Prihatin betul Kerajaan Jepun tentang kebajikan pelancong muslim. 

Masjid Tokyo

Masjid Tokyo

Ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik dan wajib untuk dikunjungi. Yang sempat diceritakan di blog ini hanya segini saja. Kalau nak bercerita tentang Jepun mungkin seminggu pun tak habis. Mesti datang dan rasai sendiri dan bila balik Malaysia ajak lagi ramai-ramai untuk datang ke Jepun. Aku yang pertama kali datang pun berharap supaya dapat pergi ke Jepun buat kali kedua,ketiga dan seterusnya. hehe

Pakej Pelancongan Ke Jepun

JAPAN BUDGET TRIP

Bagi anda yang masih tercari-cari pakej pelancongan ke Jepun, anda tidak perlu gusar kerana pilihan utama ada disini. Boleh saja mengikuti trip bersama JBT – Japan Budget Trip. Ini adalah tour guide yang aku ikut serta semasa pergi melancong ke Jepun pada bulan Oktober 2014. Travelog di Jepun yang aku coretkan di blog ini boleh anda baca sebagai panduan dan menambah perasaan untuk menjadikan Jepun sebagai destinasi pelancongan utama.

Akhir kata, Selamat Melancong ke Jepun uolls !

cantikkan

Sila pergi JEPUN dengan JBT – Japan Budget Trip 🙂

 

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati

  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie

Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan

  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

 

This entry was posted in Japan.

3 comments

Leave a Reply