JBT sebagai pakej pelancongan pilihan ke Jepun

JBT sebagai pakej pelancongan pilihan ke Jepun

Nihon ni ikimashou ! 

Hajimimashite ! Ogenki Desu Ka ?

Alhamdulillah harap semua baik-baik saja. Sudah merancang percutian seterusnya ke mana? Sekarang di Jepun sudah masuk musim bunga tau. MasyaAllah cantik sungguh pokok-pokok sakura yang sudah mulai berkembang. Rugi rasanya kalau tak dapat tengok sendiri. Kalau ada rezeki dan kelapangan memang nak pergi ke Jepun setiap musim kecuali musim panas. Kalau musim panas lebih baik duduk Malaysia saja. 

Nak melancong ke Jepun tapi tak berani sebab masalah bahasa ? Rasa macam mustahil je nak sampai sebab Jepun negara yang serba serbi mahal ? Atau memang rasa takut nak travel sendiri kalau-kalau hilang kena culik dengan Yakuza ? Haha, tenang kawan, jangan stress. Ada penyelesaiannya.

JBT adalah tour guide yang bertanggungjawab merealisasikan impian aku ke Jepun. Impian untuk sampai ke Jepun akhirnya menjadi kenyataan. Dari pengalaman aku sendiri yang berpuas hati dengan JBT jadi tanpa segan silu aku sarankan korang untuk memilih JBT. Tak menyesal insyaAllah. Kalau tak bagus takdelah aku nak beriya promot ! haha

Aku memang mencari pakej yang murah. Harga yang mampu aku bayar. Kalau boleh dapat yang murah buat apa nak bayar mahal ye dak ? Jadi aku pun search pasal travel tour ke Jepun dan alhamdulillah ketemu jua. Cerita ni boleh baca di entri ini Im in.

Nama JBT adalah singkatan kepada Japan Budget Trip. Kepakaran JBT adalah menawarkan perkhidmatan pelancongan untuk ke Jepun dengan harga yang mampu bayar dengan servis yang terbaik. Kalau ikut pakej-pakej travel agensi memang tak dapatlah nak dapat harga murah seperti yang ditawarkan oleh JBT ini. Dengan JBT korang bayar harga untuk ground.

Harga ground melitupi :

  • Hotel
  • Pengangkutan
  • Insuran travel
  • Guide

Untuk tiket kapal terbang, makan dan entrance fee adalah tanggungan sendiri. Tiket kapal terbang boleh beli dengan AirAsia atau MAS. Kalau nak murah gila beli lah dengan AirAsia masa time promotion. Memang bawah 1k. Normal price dalam range 1.2 K -1.4K. Macam aku dulu dapat murah. Rezeki namanya. Boleh baca sini kisah aku beli tiket. 

Bajet yang aku laburkan untuk trip ke Jepun adalah :

  • Pakej JBT Autumn : RM1990
  • Tiket Flight : RM910.30 
  • Duit Belanja : RM1300
  • Total = RM4200.30

Sebabkan aku pergi dengan adik aku jadi x 2 orang = RM8400.60 ( eh, banyak pulak tengok amount ni. huhu) alaa bukan bayar segedebuk. Aku pun bayar ansur-ansur dan beli tiket flight pun lambat sebab nak yang murah-murah je. hehe Duit belanja cukup la sorang 1.3K sebab aku bukan kaki shopping. Tambah pulak adik aku ada jadi bab makan kitaorang share je. Ada jugak yang aku makan sikit atau tak habis pass je ke dia. Jimat la wehh.. hihihi

Tengok, tak mahal kan. Tak sampai 5K pun. Ok bab harga JBT PASS ! Memang dah bajet ! 

SIAPA JBT ?

Ala-ala memperkenalkan organisasi syarikat pulak. hehe

Team JBT - gambar yang dihantar ke group sebelum dorang berlepas naik MAS

Team JBT

Serba ringkas yang aku tahu ialah JBT diasaskan oleh Tuan Rafidi. Beliau adalah bos besar merangkap tour guide. Dialah yang akan bawak para peserta trip menelusuri keindahan tempat-tempat di Jepun. Selain Tuan Rafidi, ada 2 sahabat beliau yang turut membantu dalam menjayakan perkhidmatan travel tour ini. Mereka ialah Tuan Syed dan Tuan Suffian.

Ketiga-tiga mereka dulu adalah bekas pelajar di Jepun. Maksudnya apa tu ? Memang terer cakap bahasa Jepunlah sebab pernah belajar dekat sana. Haiiiii !!!

Mungkin juga kerana kecintaan dan kerinduan pada negara dan budaya Jepun membuatkan Tuan Rafidi mengusahakan perniagaan ini untuk membawa lebih ramai orang ke Jepun dan disamping itu dapat pulang ke tanah air kedua dengan lebih kerap.(aku main agak je ni. haha)

Dengan kefasihan bahasa Jepun yang dimiliki oleh mereka bertiga, makanya tepatlah pilihan untuk bersama-sama JBT melancong ke Jepun. Apa-apa yang tak faham sepanjang trip boleh saja rujuk dengan mereka. Masalah bahasa. Beresss.

Solat dan Makanan Halal

Bila dah fasih bahasa Jepun senang nak communicate dengan orang Jepun dalam semua hal. Sebagai contoh bab makanan. Bila pergi restoran boleh tanya dengan orang restoran apa bahan-bahan campuran dalam menu yang dihidangkan. Apa minyak yang dorang pakai. Kot-kot ada minyak babi ke apa.  Memang dorang akan beritahu kita. Bagus orang Jepun bab kejujuran ni. Jadi bab makan pilih menu sila serahkan saja pada team JBT. Mereka akan bantu kita pilih menu yang kita nak makan. Itulah tugas guide. Kalau travel sendiri susah weh. Mana la reti baca tulisan yang garis-garis tu. huhuhu

Yang paling perlu dijaga adalah solat. Ini WAJIB ya. Pergilah travel ceruk dunia mana pun. Solat wajib solat. Dengan JBT alhamdulillah solat terjaga. Masuk waktu dan cari tempat untuk solat. Tinggalkan sebentar keseronokan berjalan di Jepun. Sujud pada Allah yang mengabulkan doa untuk kita sampai ke Jepun.

Aku nak bagi nama baru untuk  JBT  lah iaitu Muslim Japan Budget Trip. Highlightkan perkataan Muslim di depan supaya sesiapa yang nak travel dengan JBT ni tahu solat dan makanan halal adalah perkara yang dititikberatkan dan menjadi keutamaan sebagai orang Islam.

PAKEJ DAN MUSIM MELANCONG KE JEPUN

JBT menawarkan 2 jenis pakej iaitu open trip dan private trip. Open trip bermakna tarikh dan tempat sudah ditetapkan oleh pihak JBT. Sesiapa saja boleh join trip dan kena faham yang accommodation is sharing basis. So kenalah ramah mesra dengan ahli trip yang lain. Tolong menolong dan bertolak ansur sangat penting.

Contoh seperti gambar di bawah. This is open trip. Tarikh dan tempat semua dah JBT tetapkan. Bulan 6 dan bulan 11 ada trip ke Kansai. Pergi ke Kansai akan cover Osaka, Kyoto dan Himeji. 

Untuk trip aku dulu kita pergi Tokyo. Jadi kena rujuk JBT untuk tempat mana yang akan pergi dalam satu-satu trip tu.

Kalau rasa-rasa jenis tak boleh mix dengan orang lain sila pilih private trip. Untuk orang yang ada baby atau anak kecil juga memang patut ambik private trip ni sebab senang JBT nak jaga satu family pada satu masa. Korang yang decide tarikh dan tempat mana nak pergi dan JBT akan uruskan semuanya. Untuk private trip harganya pasti lebih tinggi sedikit dari yang open trip. 

Baru-baru ni JBT menjadi tour guide untuk keluarga Dr Asrul dan Puan Farah dengan anak-anak yang masih kecil ke Osaka. 

Jepun sepanjang tahun sentiasa penuh dengan pelancong dari seluruh dunia. Bagi orang Malaysia haruslah musim bunga, musim luruh dan musim sejuk menjadi pilihan. Musim bunga dapat tengok sakura. Musim luruh dapat tengok pokok-pokok bertukar menjadi warna kuning dan merah. Musim sejuk pulak kalau nak main salji. Untuk musim panas katanya tak best pergi melawat Jepun sebab walaupun cuaca panas tapi hujan kerap turun.

Servis terbaik

Untuk aku yang dah sampai ke Jepun dengan JBT sejujurnya aku bagi 5 bintang untuk JBT. Orang lain aku tak tahu. Pendapat masing-masing. Bagi aku dan adik aku alhamdulillah kitaorang gembira sepanjang 6 hari pengembaraan di Jepun. Semuanya aku dah tulis dalam entri aku yang lepas. Kisah adik aku muntah dalam train express memang tak akan dilupakan. Masa kejadian memang kesian kat Imran tapi kalau sekarang throwback balik mesti aku gelak kat dia, epic betul..Hehe Aku tulis dalam entri yang ini Hai Fujisan.

Korang boleh baca di facebook JBT untuk review peserta lain ok. Kalau tengok pada bintang memang dah dapat 5 bintang dah tu. 

review

Testimoni aku sendiri tentang JBT boleh baca di Jom Pergi Jepun dengan Japan Budget Trip – JBT. Semoga point-point yang ditulis di entri dulu dan ini dapat menghasut korang untuk mengembara ke Jepun dengan JBT. haha

InsyaAllah aku ada hasrat nak pergi Jepun lagi dengan family aku. Kalau aku pergi dengan umi haruslah ambik yang private trip dengan JBT. Senang sikit sebab kita bawak orang tua kan. Kalau ramai-ramai takut tak selesa kalau jalan lambat ke apa ke. Korang kena ingat pergi Jepun ni kena banyak berjalan. Jalan kena laju sebab nak catch train bagai. So kalau nak lenggang kangkung kena ambik private trip supaya tak menggangu orang lain.

Pergilah intai-intai page JBT dan Instagram untuk tengok update terbaru dari Jepun. Sekarang ni JBT tengah bawak orang tengok bunga sakura. Bangga tu bila kita pegang banner. JBT rocks !!!

Like page Facebook mereka : Japan Budget Trip – JBT dan juga follow di Instagram : japanbudgettrip . Blog pula boleh ke link berikut : Blog JBT .

Selamat Mengembara ke Jepun bersama JBT !

Sayonara, bye-bye  🙂

 

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati

  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie

Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan

  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30
This entry was posted in Japan.

9 comments

  1. laven says:

    Alhamdulillah, akhirnya dpt jgk i info yg berguna utk ke jepun with family 😉 tQ so much TheRafim!! lega~ xyah risau dh 😉

  2. Mohd Hariri Abdul Rani says:

    Assalamhalaikum Imaa, saya ada group 13 hingga 16 orang akan ke Osaka pada 24 hb hingga 29hb. Kami adaalah rakan masa sekolah yg kesemua berusia 58 tahun. Tiket penerbangan Air Asia X dan penginapan Airbnb telah ditempah. Pada mulanya ami berhajat nk pergi bersendirian, tali dinasihat utk mengambil tour guide kerana kekangan bahasa. Kami sedang mencari seseorang sama ada student atau pekerja Malaysia disana utk menjadi tour guide kami. Harap dpt hubungi saya melalui whatsapp. No saya 018 2349228

Leave a Reply