Ekspo Kucing 2017

Happy new month everyone ! Dah  masuk Oktober , 3 bulan saja tinggal sebelum kita melangkah ke 2018. Semalam aku pergi ke Ekspo Kucing yang katanya the largest cat show in town. Bertempat di Matrade Convention Centre, KL. Aku sebagai pencinta kucing sajalah datang ke sini nak usha kucing-kucing yang rare & exotic tu. 

Bayaran RM5 dikenakan untuk parking. Tiket masuk ke dalam ekspo pula RM5 untuk seorang. Kami datang bertiga jadi total RM15. Dapat 2 buku voucher dan 2 penanda buku. 

Ada banyak booth jualan daripada syarikat yang mengeluarkan produk makanan kucing dan barangan kucing. Setengah daripada jenama yang ada serius aku tak pernah tahu. Mungkin jenama-jenama yang rare tu untuk kucing yang rare kot ye. Kucing-kucing kat rumah ni biasa dengan Royal Canin, BlackWood dan Power Cat je. Kalau sekarang aku bagi makan Power Cat campur dengan ikan rebus. Demand weh, kalau takde ikan rebus makan sikit je kibbles tu. 

Singgah dekat booth ni untuk beli makanan dorang. Singgah booth yang satu lagi beli pasir kucing sebab murah sikit dari kat kedai. Aku pikir kalau pergi beli dekat kilang terus, agak-agak boleh dapat murah lagi tak. Kadang macam cepat je habis kibbles ni, kucing-kucing kat rumah ni kuat makan. Boleh simpan satu bekas dalam kereta untuk bagi kat kucing jalanan.

Btw ruang eksponya cuma setingkat. Dekat ground saja. Tak adalah besar mana pun. Bila aku ke ruang pameran kucing tak banyak pun kucing. Banyak sangkar yang kosong. Sangkar-sangkar yang ada kucing pula kebanyakkan kucing semua tidur. Haha, time rehat kan. Tengahari mana ada yang nak aktif. Lagipun ni semua kucing orang. Tuan kucing ada kat sangkar masing-masing. 

Ni ha kucing-kucing yang sempat aku snap gambar. 

Geram tengok kucing-kucing ni. Tapi tulah aku nak kenal pasti baka apa pun tak tau. Takde name tag dekat sangkar tu. Aku panggil “meow, meow” je lah. Lagipun ramai orang gila, susahnya nak rapat ke sangkar. Dengan panas. Entahlah kucing-kucing yang tak tidur usha orang panas je. Mesti dia cam ” pehal dorang dok usha-usha aku ni, rimas betoi”. 

Kucing ni tunduk je. Orang panggil tak tengok langsung. Rimas la tu duduk dalam sangkar. Biasa bebas kat rumah alih-alih kena masuk ekspo lak ye miaw. Sian dia. 🙂

Masa nak balik baru ternampak booth Sahabat Kucing Jalanan. Singgah kejap tengok kucing nama Sam yang buta ni. Alaa Sam sayang, sabar ye. InsyaAllah semoga Sam dapat tuan yang baik yang akan jaga Sam sebaiknya ya. Kat rumah kita pun ada kucing buta jugak. huhu

Tak lama pun aku kat sini sebab kena pergi kenduri kawen kawan. Tapi overall  yang aku boleh cakap yang ekspo macam ni tak best sangat sebab ramai orang satu. Lepas tu tak boleh pegang kucing pun. Ada yang kat sangkar dah siap-siap warning. No Touch, No Flash. Aku memang tak sentuh sebab kucing orang kan. 

Pendapat aku yang tak seberapa ni untuk kepuasan yang maksima betterlah pergi ke cat cafe. Boleh pegang, dukung-dukung. Sembang and main-main dengan kucing. Lagipun kucing dekat cat cafe manja gila. Dorang pulak yang mesra datang kat kita. Nak ambil gambar pun relax je. Lagi best, gitewww. 

Ok sampai sini saja.

Salam meow-meow ^.^

Leave a Reply