EID -이드 Halal Korean Food

EID -이드 Halal Korean Food

Annyeong Chingusss !

Semalam kecoh sekejap dekat facebook di kalangan kawan-kawan MalayKorea aku pasal restoran makanan Korea halal yang terletak di Itaewon,Seoul. Artikel tentang ini boleh dibaca di sini. Memang kecoh la sebab ramai yang nak balik kampung musim luruh nanti. hahaha 

Ada kawan aku yang dah pernah sampai ke restoran ni dan dia cakap servis baguss, makanan best. Kawan aku cakap restoran ni milik keluarga Korean Muslim.  Lelaki yang dalam gambar tu anak kepada owner. Ownernya  nama Yusuf. Yang anaknya Yu Hyun-woo. Nama Islam Saad. Comel kan. Muka dia ada iras Yoseob kumpulan Beast kan. hihi kpop yo !

InsyaAllah akan aku kunjungi restoran Eid nanti untuk merasai semua makanan disitu. Tazabar nak balik kampung !!!

Eid CEO Yu Hyun-woo

Gambar ni aku ambil dari Facebook Eid – boleh like page diorang : EID -이드 Halal Korean Food

Oh ya btw aku ada baca review tentang restoran ni dari blog radinfadli.com . Lengkap dengan map dan alamat untuk ke situ. Bolehlah baca di situ ya.

Nanti kalau aku dah sampai pasti aku bikin review juga. Tungguuuuu 🙂

This entry was posted in Korea.

3 comments

    • imaa says:

      ada la iras si Yoseob Beast tu..sebabkan comel ramai juge ni yang meroyan. hehe InsyaAllah akan pi nanti, hope dapat jumpa Saad. (^.^):)

Leave a Reply