Drama Melayu : Kekasih Paksa Rela

Ok fine aku tak tahu yang sekarang tengah hot drama Kekasih Paksa Rela. Tahu pun bila page Roti Kaya upload gambar si Remy Ishak. Dan aku tertanya-tanya sapa pelakon perempuan yang sebelah dia tu. Tak pernah tengok pun. Setelah disiasat rupanya drama ni dah ditayangkan sejak hujung Disember kat TV3 slot Akasia. 

So hari Sabtu baru ni dengan gigihnya aku tengok dari ep1 – ep7. Guess what, best ok ! Haha memandangkan last drama melayu yang aku tengok full adalah Rindu Awak 200% lakonan Zul Ariffin. Aku akui memang tak minat drama melayu sebab…hmm…banyak sebab lah. hehe

Ep 1 agak slow sikit banyak cakap, pengenalan kan. Bila masuk ep2 aku dah rasa best. Masa dengar si Hanan panggil ‘Pakcik’ kat Adham, dah sudah macam drama Korea pulak. Panggil Ahjussi, Ahjussi..haha nak tiru jugak. 

Yang buat aku rasa suka nak teruskan tengok drama ni sebab lakonan Intan Najuwa rasa natural. Kalau buat mengada-ada pun tak rasa annoying. Chemistry dengan Remy pun sangat ok. Adik aku siap puji-puji Intan ” comel, comel”. Comel macam budak sekolah sangat. haha So Intan good luck dalam bidang lakonan. Adik aku siap marah ” kak kenapa ko bagi tahu cerita ni awal sangat, kan dah kena tunggu” wkakaka

Walaupun ada few watak sampingan yang agak kaku tapi takpelah dimaafkan orang baru kan. Untung drama ni sebenarnya sebab ada pelakon senior yang hebat macam si Emelda dengan Fiz Fairuz tu. Hahaha tak sangka Marisa dan Chad reunite dalam drama ni. Sapa tengok Kekasihku Seru taulah yang aku maksudkan. hihi

Adakah drama ni adaptasi daripada novel ? Ntah, aku tak tahu. Novel pun dah lama tak baca sebab tak ada yang best macam zaman dulu-dulu.

Mari kita tengok aku boleh stay tak sampai habis, ep28. Hope tak meleret dan berulang-ulang konflik. Nanti dah habis aku buat review lagi okay 🙂

So for now mari tengok Pakcik dan Hanan. Aku #teamhanan lah. Go Hanan go !

Leave a Reply