DIY : Rawat rambut sendiri

diy hairAssalamualaikum.

Alhamdulillah dapat menulis lagi walaupun cuaca sangat panas ya di Malaysia ni sejak beberapa minggu kebelakangan ni. Serius panas, air bergelen-gelen minum. Mandi pun nak banyak kali je kan. Sebenarnya aku nak cerita yang hari Ahad lepas aku buat rawatan rambut sendiri kat rumah. Aku nak je pergi salun tapi tak tau kat mana yang Muslimah Only. Dekat salun kawan aku hari tu tak sempat aku nak buat rawatan rambut sebab kena balik cepat. 

Sebulan yang lepas aku ada beli satu syampoo ni. motif aku beli pun sebab terpedaya dengan iklan dia tu dan aku nak tolong produk Melayu la katakan. First pakai rambut rasa smooth je, memang aku kibas-kibas rambut ni kat adik-adik aku. Dengan bau best lagi. Ok fine 2, 3 kali ok tapi rambut aku makin gugur aku rasa. Yang sedia ada memang suka gugur everyday, ni bila pakai shampoo ni gugur gila gila banyak. Sedih aku tengok kepala aku. Aku stop pakai. 

Dengan rajinnya dan semangat nak rawat balik rambut aku ni, Aku pun shopping bahan-bahan yang diperlukan. Sebelum ni kalau nak kasi sejuk kepala aku memang letak yogurt dan inai. Tapi sebab dah gugur pelik macam ni jadi aku beli limau untuk atasi masalah gugur ni. Memang petua tradisi kan kalau untuk kelemumur atau rambut gugur pakai limau.

bahan bahan

Bahan-bahan seperti dalam gambar iaitu limau nipis, limau purut, yogurt plain dan inai Mekah. Untuk inai ni aku memang ada stok sikit sebab last year kawan umi yang duduk Mekah balik Malaysia so kitaorang suruh dia beli. Masa pergi umrah 2012 dulu, ada auntie dalam rombongan suruh aku beli inai letak kat rambut campur dengan  yogurt. Katanya sangat bagus. Bagus ? Baguslah sebab kawan aku yang ada salon pun cakap yogurt bagus untuk rambut. Tapi kalau korang tak ada inai pun tak apa, cuma guna yogurt dan limau pun ok juga. 

Ok langkah 1 : Limau purut dan Limau nipis

 potong limau belahan dua macam ni.

limau

Lepas tu perah ambik air dia 

habis perah jangan buang lagi kulit tu sebab kita nak guna untuk gosok-gosok kat rambut dan kulit kepala nanti.

Selepas tu air limau ni aku lumur dekat rambut aku dan kulit kepala. Pastikan setiap inci kulit kepala kena air limau ni. Lepas tu kulit limau tu ambik gosok-gosok kat kepala. Tonyoh jangan kuat sangat sebab limau pedih. Ala kadar je. Dah rasa seluruh kepala kena aku pun biarkan rambut aku dengan air limau ni selama sejam. Aku pun jenjalan dalam rumah, bukak facebook, instagram, stalk gambar orang, baca buku motivasi kejap. Cukup sejam aku pun kasi basuh kepala. Sambil basuh tu picit-picit , urut-urut la kepala sendiri. Kalau pegi salon orang buat best je dak. haha 

Lap kering rambut lepas tu ready untuk langkah ke-2 pulak.

Langkah ke-2 : inai dan yogurt.

Masukkan inai dalam mangkuk.

pastu tuangkan yogurt sikit demi sedikit.

kacau-kacau sehingga sebati. yogurt tu agak-agak je masukkan jangan banyak sangat nanti cair tak best.

2014-02-16 17.17.41

Kali ni aku cuma lumurkan je kat kulit kepala dan rambut. Selalunya aku balut kepala pakai plastik yang pembalut makanan tu. Cling plastik tapi sebab mana ntah cari tak jumpa jadi aku lumur dan kepal padat-padat rambut aku supaya paste tadi tu takde jatuh or meleleh. Sejuk je rasa kulit kepala ni. Aku biarkan selama sejam jugak sambil tengok drama di tempat yang tetap takde jenjalan dah sebab fokus beb fokussss. ngeee

Cukup sejam rambut dibasuh, dibilas berkali-kali supaya takde yogurt atau inai yang tertinggal. Lap rambut kering dan tadaaaa rambut gilerrrr soft,ringan je kepala. So apalagi sesi kibas mengibas rambut la.haha

Malamnya aku letak minyak kelapa dara dekat rambut. 

virgin coconut oil

Itu aje rawatannya. Mudah dan jimatkan. Mari kita tengok budget rawatan rambut ni berapa.

Budget cuma segini.

  • Yogurt – RM5.99 (boleh pakai seminggu sebab aku letak kat muka jugak sebagai masker)
  • Limau nipis/limau purut – RM6 (aku pakai 5 biji je, so ada lagi 10 biji kot )
  • Inai – Free
  • Minyak kepala dara – RM25 (boleh tahan sebulan tu bukan letak kat kepala je buat sebagai minyak urut, minum boleh, letak kat seluruh badan untuk kasi lembut kulit pun boleh)
  • Total = RM36.99

Murahkan . Dengan budget macam ni je sehingga ke hari ni 19.2.2014 rambut aku kurang gugur dah. Bila aku mandi dah takde yang jatuh ikut air dah. Alhamdulillah rawatan dengan limau ni sangat berkesan. Rambut aku still licin, lembut dan best untuk dikibas-kibas. hehe

Hope korang rajin untuk cuba  ye. Kata kunci ialah RAJIN & CUBA.

This entry was posted in BEAUTY.

2 comments

    • imaa says:

      hai.
      inai tu inai mekah. saya beli masa pegi umrah. kalau letak lama2 kat kepala, rambut ada la sikit jadi perang.tapi tak nampak sangat. klu orang yang beruban ya akan nampak.
      tq 🙂

Leave a Reply