D.I.Y – Mask Kunyit untuk kulit wajah yang bersih dan cerah

Good Morning !

Jom kita buat face mask sendiri nak tak. Tak susah pun tapi kena ada beberapa bahan. Masker pilihan kali ni adalah mask kunyit. Jadi bahan utama yang diperlukan adalah kunyit. Walaupun banyak D.I.Y yang pakai kunyit untuk masak tapi aku tak pakai kunyit tu. Reason utama ialah sebab nanti kulit jadi warna kuning dan lambat nak hilang. 

Dulu-dulu pernah try tapi renyah sebab nak kena kupas pastu jari pun jadi kuning. Jadi bila ada orang jual mask kunyit yang jenis serbuk aku beli yang tu je. Senang. 

Kelebihan mask kunyit untuk wajah 

Seperti yang kita tahu kunyit sangat banyak manfaat. Tak kira lah untuk diletakkan dalam masakan, dijadikan ubat atau sebagai bahan utama dalam merawat kesihatan dan menjaga kecantikkan. Yang paling terkenal adalah orang India yang banyak menggunakan kunyit sebagai salah satu rahsia kecantikan kulit mereka. 

Kunyit bersifat antiseptik, antibacteria dan antioxidant. Sebab tu kunyit sangat membantu untuk merawat jerawat, bintik-bintik hitam dan pudarkan parut. Dan paling best bila rajin dan konsisten pakai kulit akan jadi cerah. 

Bahan-bahan yang diperlukan 

  1. Serbuk kunyit 
  2. Yogurt plain
  3. Madu
  4. Lemon

Cara 1

Guna yogurt plain. Cari dekat supermarket. Ada jenama Nestle dan Dutch Lady. Boleh pilih mana2 janji yang plain. Harga lebih kurang saja. Bawah dari RM6. Yogurt yang dalam gambar ni aku beli dekat kedai Arab. Yang ni RM5 saja. 

Serbuk kunyit yang ready made. Kalau korang nak pakai yang masakan punya pun boleh tak ada masalah. Cuma nanti kena tahan la kalau kulit tu warna kuning skit. hehe

Ambik mangkuk dan letakkan kedua bahan ni sekali. 

Aku letak yogurt 3 sudu, kunyit 2 sudu. Korang boleh agak supaya tak cair or pekat. Kalau cair nanti susah letak kat muka. 

Lepas tu kacau sampai sebati. 

Dan dapatlah hasilnya. 

Boleh dah tempek kat muka. 

Cara 2

Cara yang kedua ni aku tak pakai yogurt sebab nak fokus pada madu dan lemon. Kalau muka berminyak boleh masukkan lemon sikit ye. 

Cara 3 

Mix saja keempat bahan tu. Kunyit, yogurt, madu dan lemon. 

Bila dan berapa lama nak pakai 

Masa kulit aku bermasalah dulu hari-hari aku pakai. Kadang waktu petang, kadang sebelah malam. Ikut waktu free. Tapi aku tak letak lemon hari-hari sebab nanti sensitif pulak kulit. Boleh pakai 20-30 minit atau sampai kering. Kalau aku suka tunggu sampai kering baru basuh. 

Kesan lepas pakai

Kulit rasa lembut dan licin saja. Bolehlah nampak kulit macam glow cerah gitu..hehe Kalau muka yang berjerawat ambik masa sikit tapi insyaAllah boleh kecut dan hilang dengan syarat kenalah konsisten pakai sebab yang kita buat ni rawatan luar. Untuk orang yang berjerawat yang paling penting adalah usus yang sihat dan pemakanan. Haaa yang ni kena cerita bab lain pulak. 

Kat mana nak beli serbuk kunyit

Kalau nak pakai kunyit yang masakan punya boleh beli dekat pasar atau supermarket. Kalau tak nak renyah dan nak mudah macam yang aku pakai ni silalah cek instagram ada orang jual. Cari #maskerkunyit nanti survey2 harga dan bolehlah beli ok 🙂

Selamat Mencuba ^.^

This entry was posted in D.I.Y.

Leave a Reply