D.I.Y – Mask Kunyit untuk kulit wajah yang bersih dan cerah

Good Morning !

Jom kita buat face mask sendiri nak tak. Tak susah pun tapi kena ada beberapa bahan. Masker pilihan kali ni adalah mask kunyit. Jadi bahan utama yang diperlukan adalah kunyit. Walaupun banyak D.I.Y yang pakai kunyit untuk masak tapi aku tak pakai kunyit tu. Reason utama ialah sebab nanti kulit jadi warna kuning dan lambat nak hilang. 

Dulu-dulu pernah try tapi renyah sebab nak kena kupas pastu jari pun jadi kuning. Jadi bila ada orang jual mask kunyit yang jenis serbuk aku beli yang tu je. Senang. 

Kelebihan mask kunyit untuk wajah 

Seperti yang kita tahu kunyit sangat banyak manfaat. Tak kira lah untuk diletakkan dalam masakan, dijadikan ubat atau sebagai bahan utama dalam merawat kesihatan dan menjaga kecantikkan. Yang paling terkenal adalah orang India yang banyak menggunakan kunyit sebagai salah satu rahsia kecantikan kulit mereka. 

Kunyit bersifat antiseptik, antibacteria dan antioxidant. Sebab tu kunyit sangat membantu untuk merawat jerawat, bintik-bintik hitam dan pudarkan parut. Dan paling best bila rajin dan konsisten pakai kulit akan jadi cerah. 

Bahan-bahan yang diperlukan 

  1. Serbuk kunyit 
  2. Yogurt plain
  3. Madu
  4. Lemon

Cara 1

Guna yogurt plain. Cari dekat supermarket. Ada jenama Nestle dan Dutch Lady. Boleh pilih mana2 janji yang plain. Harga lebih kurang saja. Bawah dari RM6. Yogurt yang dalam gambar ni aku beli dekat kedai Arab. Yang ni RM5 saja. 

Serbuk kunyit yang ready made. Kalau korang nak pakai yang masakan punya pun boleh tak ada masalah. Cuma nanti kena tahan la kalau kulit tu warna kuning skit. hehe

Ambik mangkuk dan letakkan kedua bahan ni sekali. 

Aku letak yogurt 3 sudu, kunyit 2 sudu. Korang boleh agak supaya tak cair or pekat. Kalau cair nanti susah letak kat muka. 

Lepas tu kacau sampai sebati. 

Dan dapatlah hasilnya. 

Boleh dah tempek kat muka. 

Cara 2

Cara yang kedua ni aku tak pakai yogurt sebab nak fokus pada madu dan lemon. Kalau muka berminyak boleh masukkan lemon sikit ye. 

Cara 3 

Mix saja keempat bahan tu. Kunyit, yogurt, madu dan lemon. 

Bila dan berapa lama nak pakai 

Masa kulit aku bermasalah dulu hari-hari aku pakai. Kadang waktu petang, kadang sebelah malam. Ikut waktu free. Tapi aku tak letak lemon hari-hari sebab nanti sensitif pulak kulit. Boleh pakai 20-30 minit atau sampai kering. Kalau aku suka tunggu sampai kering baru basuh. 

Kesan lepas pakai

Kulit rasa lembut dan licin saja. Bolehlah nampak kulit macam glow cerah gitu..hehe Kalau muka yang berjerawat ambik masa sikit tapi insyaAllah boleh kecut dan hilang dengan syarat kenalah konsisten pakai sebab yang kita buat ni rawatan luar. Untuk orang yang berjerawat yang paling penting adalah usus yang sihat dan pemakanan. Haaa yang ni kena cerita bab lain pulak. 

Kat mana nak beli serbuk kunyit

Kalau nak pakai kunyit yang masakan punya boleh beli dekat pasar atau supermarket. Kalau tak nak renyah dan nak mudah macam yang aku pakai ni silalah cek instagram ada orang jual. Cari #maskerkunyit nanti survey2 harga dan bolehlah beli ok 🙂

Selamat Mencuba ^.^

This entry was posted in D.I.Y.

SHOP : HANDMADE POUCH by Imaasarang :)

Assalamualaikum, salam Ahad kawan-kawan 🙂

Akhirnya siap jugak 1st collection untuk handmade pouch yang aku cerita last month. Lambat sikit je, haha aku busy dengan benda lain. Tapi sikit-sikit jahit siap juga. ^^

Semua ni adalah ready stock ye. Dan limited..Aku buat bergantung pada material dan bahan yang ada. So boleh check keterangan dan harga yang aku tulis di bawah okay.

BlackRed LOVE collection

1. Mini Coin Pouch 

handmade mini pouch

Saiz : 4.75 inci x 3.75 inci | Harga : RM15 

2. Mekap/ Multipurpose Pouch 

mekap pouch

Saiz : 7 inci x 5.75 inci | Harga RM25

Kalau beli combo ( + dengan mini pouch ) = RM35

3. Multipurpose Pouch

handmade pouch

Saiz : 11 inci x 8.25 inci | Harga RM30

Kalau beli combo ( + dengan mini pouch ) = RM40

4. Handphone Pouch 

handmade pouch

Saiz : 7 inci x 5.75 inci | Harga RM20


BlackRed I See YOU collection

1. Mini Coin Pouch 

handmade mini pouch

handmade mini pouch

Saiz : 4.75 inci x 3.75 inci | Harga : RM15 

2. Handphone pouch

Saiz : 7 inci x 5.75 inci | Harga RM20


Contoh penggunaan :

mekap pouch

handmade pouch

handmade pouch

(warna sama saja macam merah pekat kat atas tp sebab lighting terlebih kat luar so yang bawah ni jadi cerah sikit )


Kain berkualiti tinggi aku pakai untuk buat pouch ni so memang tebal dan zip untuk collection kali ni adalah zip emas. Sayang woo zip ni..Cantik..So semua material yang diguna adalah yang terbaik, insyaAllah !

Sesiapa yang berminat boleh whatsapp kat no ni 0193975662 okay. Kasi screenshot pic mana nak nanti kita bagi details. oh ya harga tak termasuk postage tau. Harga pos bergantung pada tempat korang ler 🙂

Okay guys, chow dulu..ingat kalau berkenan whatsapp terus, limited stock je nih (\^.^/)

 

MINI POUCH

diy-mini-pouch

Morning people, Salam Jumaat 🙂

Projek untuk bulan 12 ini adalah nak jahit mini pouch yang comel untuk isi kad dan syiling. Kira projek Back To School sama lah. ^^

aku dah jahit 3 mini pouch, 2 kasi kat kawan adik sebagai hadiah dan 1 yang ni untuk sample sendiri 🙂

diy-mini-pouch-jpg-1

diy-mini-pouch-jpg-1-jpg-2-jpg-3

diy-mini-pouch-jpg-1-jpg-2

This entry was posted in D.I.Y.

Panduan Menjahit Stoking (DIY)

Ukuran dan tutorial ni umi aku yang buat dan dia niat sedekah buat semua. Kalau sebelum ni ada Ebook Jahit Stoking yang dijual tapi sekarang dah free. So tunggu apalagi yang berminat nak jahit stoking sendiri boleh start sekarang. Kalau yang nak jahit dan buat business stoking sendiri, aku doakan korang sukses ya 🙂

JAHIT STOKING

 

JAHIT STOKING 1

POLA A….perhatikan bentuk dan ukuran. Bahagian yang panjang 3.5″ itu sepatutnya bila siap jahit akan dipakai di sebelah buku lali.
Lebar 4.5″ dari tanda 1″ hingga ke hujung bahgian 3.5″

JAHIT STOKING 2

POLA B..perhatikan bentuk dan ukuran. Bahagian ini akan dicantum ke POLA A mengikut ukuran.

JAHIT STOKING 3

POLA C..ini bahagian tapak.

JAHIT STOKING 4

POLA D..ini bahagian atas buku lali. Jika nak panjang lagi sila tambah ukuran 4.6″ menjadi sekali ganda.

Boleh rujuk di youtube ni :

This entry was posted in D.I.Y.

Handmade Batik Pouch

Assalamualaikum

Walaweh sebulan tak update blog. sawwrry 🙂

Just nak share gambar-gambar handmade Batik pouch yang aku ambil masa dekat Korea dan Jepun tahun lepas. Ingat tak aku story dulu yang salah satu pouch ni dah diberi pada orang Thailand yang jadi room mate masa dekat Busan.. hehe 

KOREA  – Suwon

hm batik pouch 1

hm batik pouch 2

hm batik pouch

JAPAN – Osaka

hm batik pouch 3

hm batik pouch 5

Sekian, terima kasih ^^

This entry was posted in D.I.Y.