Petua Tradisional : Manicure dengan bawang putih

Petua ni aku dapat masa aku sekolah rendah. Masa tu umi suka beli majalah Nona, Perempuan dan antara ruangan yang paling aku suka baca adalah Petua. Ada banyak petua-petua tradisional yang dihantar oleh para pembaca. Salah satunya adalah petua ni. Guna bawang putih untuk bersih dan kilatkan kuku. 

Memang petua ni menjadi. Instant result, kuku berkilat secara semulajadi tak perlu guna nail buffer pun. 

Guna seulas dua bawang putih. Patahkan dan tonyoh di kuku. Lepas tu rendam kuku lebih kurang 2 minit dalam air sejuk dan bersihkan. 

Lap bersih jari-jari dan tadaaa jadi berkilat. 🙂

Seperti video di bawah.

Selamat Mencuba 🙂

Air Rebusan Halia, Serai & Lemon untuk detox angin

Assalamualaikum semua. Dah masuk bulan Oktober la. Gila cepat masa berlalu lagi 2 bulan nak masuk 2017 dan ada few goals yang belum tercapai lagi. Ottokeeee 🙁  Banyak tengok drama Korea la nih. Ok mengaku sekarang tengah obsess dengan Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo. Tengok tak, tengok tak..hehe ok  #teamWANGSO here 🙂

Ok mari ke tujuan sebenar buat posting ni adalah untuk share pasal khasiat air rebusan halia, serai dan lemon untuk  perut kita. Senang cakap petua ni untuk siapa-siapa yang perut dia jenis berangin or kalau yang jenis tak berangin pun boleh amalkan sebagai salah satu cara untuk detox. 

Seperti yang kita tahu halia, serai dan lemon ada banyak sangat kegunaan tak hanya dalam masakan tapi juga sebagai ramuan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. 

Ada banyak sangat kegunaan dan untuk setiap satunya korang boleh gunakan search engine google untuk lebih lanjut. hehehe

Dan yang paling berkesan adalah untuk perut yang berangin, banyak angin dan susah kentut (oopss). Jadi jangan tunggu lagi sila amalkan. Aku pun baru saja amalkan dan alhamdulillah kesan yang dapat kurasa adalah badan rasa ringan, perut kurang berangin dan yang penting senang ke toilet. 🙂

Harga serai dan halia murah saja ok. Cuma lemon agak mahal sikit RM1 sebiji kalau dekat supermarket mungkin rm1.50 camtu.  

Oh ya aku rebus guna periuk tanah. FYI periuk tanah ada keistimewaan dia yang tersendiri. Kalau masak pakai periuk tanah ni orang kata lebih berkhasiat.

Tanpa buang masa jom tengok video yang aku rekod last week. 

Korang boleh minum setiap pagi dan cuba dulu untuk seminggu nak tengok serasi tak dengan badan. Kalau boleh halia jangan letak banyak sangat takut terlampau pedas. Agak-agak gitu… 

Ok guys, selamat mencuba 🙂