Baju Kurung Pahang

Salam 7 Ramadhan dan Jumaat pertama di dalam bulan yang mulia ini 🙂

Apa fesyen baju raya korang tahun ni ? Kalau 3 atau 4 tahun lepas semua pakat sibuk dengan peplum. Sana sini orang jual design peplum. Habis peplum mai pulak design maxi/jubah. Dah semua orang pakat beli jubah. Yang lelaki pun sama nak juga pakai jubah masa hari raya. Ala-ala arab gitu. Tapi lain pulak jadinya bila jubah tu fit semacam. Ewww 

Tahun ni pulak dari pemantauan aku secara kasar di facebook dan instagram, brand tempatan banyak keluarkan design2 moden. Semua yang dah diinovasikan. Macam-macam rupa ada. Ye la nak pergi beraya semua pun mesti nak vogue. Tapi ada jugak design yang tak best sebab sangat ketat ikut shape badan abis, camner eh nak berjalan, nak makan. Kena control-control la nanti..

Dalam semua brand dan design untuk raya tahun ni aku pilih Fazbulous Kurung Pahang sebagai yang paling cantik dan sopan. Aku rasa cantik gila baju ni sebab Fazura yang pakai ke camner ? haha Fazura memang dah cantik, pakai apapun cantik. 

Kalau kita yang pakai baju kurung ni pun mesti cantik. Design yang tak ketat, motif yang comel, labuh dan yang penting material ialah heavy cotton. Untuk baju kurung Pahang yang Fazura keluarkan ada 3 design. Macam kat bawah ni.

Cantikkkannnnnn…sweet sangat ketiga-tiga design ni. Tapi kalau nak nampak lagi sweet haruslah selim badan tu. Haa,..pulunlah nak bagi kurus sempena raya ni kan. hehe

Bab harga pulak kalau tak salah RM249 sepasang. Yang aku baca kat komen2 kat ig House Of Doll ada yang tulis. Kalau korang berkenan bolehlah jalan-jalan sekejap kat ig Fazura (Missfazura) atau My House Of Doll (myhouseofdoll). 

Aku harap nanti aku ada rezeki nak beli baju kurung by Fazura ni. Untuk tahun ni baju raya aku baju kurung jugak. Tapi baju kurung cotton yang biasa-biasa jeee, murah-murah je..hihi

bye 🙂

 

This entry was posted in sembang.

Hello December 2016

Hi December, please be good to me 🙂 and we have 30 days before the new year 2017..

hello-december

one wise words i encountered this morning ” Dont wait for New Years to start changing. Start Now”

so aku pun MODE : SEMANGAT 

Kena semangat weh. Jangan tunggu dah masuk Januari baru nak beli buku, baru start nak fikir apa yang nak capai 2017. Tanpa buang masa kita mulakan pada hari ini jugak supaya kita dapat rasakan momentum itu. Last week aku dah siap beli buku tulis baru untuk dijadikan sebagai jurnal tahun 2017. Rasa happy bila tengok buku-buku baru ni. Aku belum start menulis lagi dekat buku tu sebab nak tunggu hari nilah.  1 Disember ^^

2016

Inilah 3 buah buku yang akan aku jadikan sebagai teman baik 🙂

1 – Buku pertama – untuk menulis segala impian/gambar yang nak dicapai

2 – Buku kedua untuk aktiviti harian yang merangkumi daily list to do, aktiviti harian dan notes

3 – Buku ketiga khusus untuk jurnal kesihatan. (ini baru aku nak praktis untuk keep track tentang daily pemakanan)

Selain daripada buku-buku ini, aku juga dalam proses menyiapkan dream board. Sekarang tengah sibuk mencari bahan-bahan (gambar) yang berkaitan untuk diprint. Nanti kalau dah siap aku share okay 🙂

Tapi kan beberapa hari lepas aku dah siapkan travel bucketlist. hahaha gila gigih aku cari gambar-gambar tempat-tempat yang aku nak pergi tahun 2017. Ya Allah makbulkan lah. Aminnn

Inilah dia tadaaaaa 🙂

2017-travel

2017-travel-1

  1. Indonesia (Jogjakarta)
  2. Jepun (Hokkaido )
  3. Korea (Jeju Island )
  4. China (Beijing, Guiling)
  5. Turki (Istanbul, Cappadocia, Pamukkale)
  6. Nak pergi Mekah lagi. 🙂

Macam banyak tempat je, dah tu semua luar negara je kan. alaa takpelah nikan impian. Walaupun ekonomi kita memang tak bagus sekarang tapi aku positif kalau Allah izinkan nanti sampai lah aku di tempat-tempat ni. Aminnnn lagi ^.^ (kalau 2017 tak smpai, maybe 2018) hehe

Ok guys, doakan iolss tau..iolss pun akan doakan uolss ye \^o^/

~ btw korang pun start lah tulis goals untuk 2017. Dont wait okay !

This entry was posted in sembang.

BEKAM AREA KL/SELANGOR

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin 🙂

Ada beberapa orang yang tanya aku tentang contact no untuk buat bekam. Untuk posting ni aku nak share tempat bekam yang aku tahu dan percayai. Bagi sesiapa yang tinggal area KL/Selangor bolehlah contact mereka. 

  1. Facebook  Bekam Aman – Aku selalu buat bekam dengan kawan aku ni. Dah kenal dari 2010 lagi. So memang aku rekomen. Bekam Aman ni abang dan adik satu team. Customer laki abang handle yang perempuan adiklah. Jadi kalau korang nak suruh dorang datang ke rumah nanti deal lah berapa orang nak buat apa semua tu. InsyaAllah harga berpatutan. 
  2. Instagram Kembara Healing 

kembara-healing

Follow instagram Kak Ikin untuk dapatkan tips kesihatan dan kecantikan. Aku kenal Kembara Healing memang di instagram dan aku buat bekam muka + akupuntur dengan Kak Ikin. Dulu resdung aku agak teruk. So bila aku mula konsisten buat bekam kat muka alhamdulillah resdung dah berkurangan. (Nanti aku cerita bab ni )

Best buat bekam dengan Kak Ikin sebab dia suka share petua dan amalan untuk sihat. Kat sini bukan bekam saja ye, korang boleh buat akupuntur sekali dan ada basic facial kalau tak salah. Apapun korang contact No Kak Ikin seperti yang tertera kat ig tu ye. 

3. Instagram Bekam Wanita

bekam-wanita

Untuk bekam wanita  jujur aku belum ada pengalaman buat apa2 rawatan dengan Kak Azura. Ig dia memang dah follow lama tapi aku belum ada kesempatan untuk book slot dengan dia. Kalau dilihat dari service Kak Azura ni selain bekam muka dan badan ada urut badan sekali. Wahhh bestnya..orang cakap sebelum buat bekam sebenarnya lebih baik urut dulu sebab pengaliran darah akan lebih lancar gitu. Selain tu ada pakej untuk wanita lepas bersalin kalau tak salah. Rajin-rajinlah korang scroll ig tu eh. 

Untuk Kembara Healing dan Bekam Wanita aku tak pasti ada ke tak perawat lelaki. Korang tanyalah mereka dulu ye. Kalau dengan Bekam Aman macam yang aku cakap tadi katakan  suami /abang adik lelaki nak buat sekali abang dia lah yang akan handle. Yang perempuan member aku tu. 

Bab harga aku rasa harga yang mereka ( 3 tempat ni) tawarkan sangat berpatutan dengan service. Kalau datang ke rumah tu adalah caj minyak sikit. Tu normal lah kan. 

Ok guys, harap post ni membantu pada yang tengah mencari tempat bekam. Selamat berbekam 🙂

This entry was posted in sembang.