Cara buat Cornflakes Madu Rangup ( VIDEO)

Assalamualaikum, the last day of Ramadhan ! 

Semoga kita dah buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ni dan semoga tahun depan kita berjumpa lagi dengan bulan yang penuh mulia ini. 

Esok nak raya so 2 hari lepas baru aku buat biskut raya legend. haha Cornflakes Madu lah apa lagi. 

Nah video yang aku rekod masa buat semalam. Oh ya untuk resepi sama saja bahan-bahan yang digunakan macam dalam resepi yang aku bagi dulu. Dalam post ni — > Resepi Cornflakes Madu Rangup 

Selamat Mencuba uolls 🙂

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AILDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN pada semua pembaca blog imaasarang. Hati-hati memandu di jalan raya dan jaga kesihatan ye.

Jangan makan banyak sangat makanan berminyak. Cheat day 2 hari saja cukup. haha

Take care guys 🙂

This entry was posted in Resepi.

Snack sihat – Biskut oat pisang kismis

Hai kawan-kawan, jom kita buat resepi yang paling mudah dan berkhasiat ni.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  1. Oat ( 1 cawan)
  2. Pisang 
  3. Kismis

healthy snack - biskut oat pisang

Cara-caranya :

  • Campur pisang, oat dan kismis semua sekali dalam bekas dan terus lenyek-lenyek sampai sebati.
  • Dah jadi doh bolehlah bentukkan seperti biskut.  Buat bentuk bola dan penyekkan dia jadi leper seperti gambar di bawah. 

healthy snack - biskut oat pisang 5

  • Panaskan oven dalam 150′.

  • Dah siap boleh  masukkan dalam oven
  • Biarkan biskut dimasak lebih kurang 15 – 20 minit
  • Sejukkan dan boleh terus ngap 🙂

Korang boleh adjust resepi dengan tambah kekacang lain seperti badam,almond atau kurma. Be creative ikut taste sendiri 🙂

Kenapa resepi biskut ni sihat ? ….sebab tak ada gula dan tepung, gituu..

Selamat Mencuba 🙂

This entry was posted in Resepi.

Resepi Hobak Jun – Fried Zucchini (Korean Food)

Annyeonghaseyo !

Pagi-pagi buta ni aku nak share resepi masakan Korea yang sihat dan sedap daripada auntie aku. Gambar ni semua dia yang bagi. Dia suruh post kat blog. 

” Ima, post resepi ni kat blog eh, senang je nak buat. Sedappp”

” Baiklah, Cik Pia..nanti saya post kat blog ye”

Padahal dah seminggu disuruh post..Baru pagi ni. kekekeke, mian 🙂

Bahan-bahan :

  1. Zucchini
  2. Telur
  3. Tepung
  4. Garam 

Cara buat :

Potong Zucchini bulat-bulat.

resepi hobak jun

Sediakan pinggan dan letak tisu. Susun zucchini.

resepi hobak jun

14102341_10208568835070597_300257119642122953_n

Masukkan sedikit garam ke dalam tepung dan letakkan tepung ke dalam plastik seperti dalam gambar.

resepi hobak jun

Ambil Zucchini masukkan dalam plastik dan goncang2 plastik tu. 

resepi hobak jun

Langkah selanjutnya adalah pukul telur. Dalam resepi ni pakai 2 biji telur.

resepi hobak jun

Celup Zucchini yang bersalut dengan tepung ke dalam telur dan terus masukkan dalam kuali yang telah dipanaskan.

resepi hobak jun

Tak perlu lama atas api, agak-agak dah keperangan warna tepung boleh angkat dan hidangkan.

resepi hobak jun

Selamat mencuba ye. My own version akan dibuat segera mungkin. 🙂

 

This entry was posted in Resepi.