1st Snow in Korea 2016

Assalamualaikum, hai semua. Ya tahu its November, its autumn season and last year today i was in Japan. Arghh rindunya dah setahun trip Girl Power Trip Korea x Japan. Takpe, takpe next year kita akan terbang lagi. ^^

Just nak update yang 1st snow dekat Korea turun last Sunday iaitu 23 Oktober di Mt. Seorak. Info ni Twitter VisitKorea yang update. Surprise gila kot. Awal snow turun tahun ni, kan tengah autumn sekarang. Tapi negara kita pun hujung bulan 10 nak masuk November sampai sekarang asyik hujan saja. Jadi sejuk. Takut juga kalau musim berubah jadi pelik2 ni. hehe 

snow

1st-snow-korea 1st-snow-korea-jpg-1 1st-snow-korea-jpg-2 1st-snow-korea-jpg-3

Cantik kan…cantik sangatttttttt ūüôā

This entry was posted in Korea.

Busan – last day –

3 November 2015

Our last day in Busan. Hari last yang digunakan untuk menghabiskan saki baki duit Won. Tak pergi jauh-jauh pun. Cuma ke Jalgachi Market dan pasar pagi yang semalam kami pergi tu. 

jagalchi market

Ingat nak makan seafood kat sini. Tapi cuma mampu tengok sajalah harga dia yang best tu. Dah la duit Won ada pun bape je. kalau nak makan dapat kulit je kot. haha
jagalchi market 2

jagalchi market 3

jagalchi market 4

Sementara menunggu yang lain pergi beli mana ntah kami yang tinggal ni makan hotteok lagi. Sedap yang ni ada kacang. 

busan 1

busan 2

busan 3

Balik ke Egg house untuk ambik luggage. Sebab dah  masuk waktu zuhur jadi terus solat. Sempat la nak snap snap sikit gambar kat ruang depan ni. 

egg house 1

egg house 2

egg house 3

egg house 4

Kelam kabut menulis poskad untuk diri sendiri. Time ni la baru teringat nak buat kenangan jugakkkk. Masa lapang semalam tak mau tulis. hehe My first time ever doing this and nak continue buat camni gak bila gi negara-negara lain in future. ^^

Staff Mr Egg can speak English and Chinese. Yang selalu kami jumpa yang ni nama Yujin. Comel saja, friendly. 

egg house 5

btw kenangan yang best sepanjang kat Busan ni adalah kami berkenalan orang Thailand yang jadi roommate kami kat sini. Nama dia Nana. Dia travel sorang je datang Korea ni. Kekdahnya ni bukan 1st time dia ke Korea so kira dah expert la. Lagipun dia ada kawan Korean kat Busan ni. 

Dia checkout dulu so malam tu masa kemas-kemas barang aku dah bagi dia pouch batik and gula-gula hack sebungkus. haha happy giler dia. Masa dia nak keluar tu sempat la kami bergambar dan pesan to each other untuk datang ke Thailand, Malaysia. Oklah kalau aku gi Chiang Mai bolehlah carik Nana ni.

busann

Cepat je dia update fb. Masa bergambar ni kami tengah breakfast jadi tu la muka semua masing-masing tak siap. 

Dari Mr Egg House ni nak ke Gimhae airport punyalah semput macam amazing race. Bertukar-tukar train. SEmputt!! tobat dah weh kalau nak bawak luggage besar-besar ni. Dah la bila sampai kat airport aku tak print tiket Jeju Air. Padahal Kak Ros dah pesan. Apa la yang aku dok pikir. Memang cemas gila. Malas lah aku nak cerita tapi nasib baik tiket ni Kak Ros yang belikan so booking tiket sama. Lega, alhamdulillah. Kalau tak sorang-sorang la aku kat Korea ni tak terbang pi Jepun. huhuhu

jeju air 1

jeju air

Bye bye ¬†Korea, Welcome Japan…..

I love Japan :))))))))))

This entry was posted in Korea.

Busan – Day 2

2 November 2014

Hari Kedua di Busan. Sebabkan semalam agak membosankan aku berdoa supaya hari kedua lebih baik. Please Busan jangan hampakan aku. *huhu*

Pagi-pagi kami ke Yongdusan Park. 

yongdusan park

Dekat sini  kami cuma berlegar-legar atas ni untuk ambil gambar saja. Boleh dilihat memang banyak warga emas yang sedang duduk santai-santai sambil ambil angin di bawah panas matahari pagi. Kawasan ni memang cantik. Ada pokok besar yang daun-daun dah bertukar warna kuning. Kitaorang tak lama pun kat sini. 

Habis tu terus gerak ke kawasan pasar pagi. Apa ye nama pasar ni. Kena tanya Kak Wan ni. hehehe

Kak Wan dan Kak Syeema memang pakar baca map. Aku ? ngikut sajork ! haha

beg

Ada kedai buat sales jual beg galas. Gila rambang mata. Dalam dok kata jangan beli apa-apa dah. Terbeli jugakkk..Aku sangkut beli 2 beg kat sini. Satu warna merah untuk aku yang atas tu. Dan satu lagi warna biru hijau untuk abang aku. haha habis 20,000 won  kat sini. Tapi takpe aku puas hati sebab beg-beg kat Korea ni memang lawa-lawa.

Di tepi-tepi jalan banyak yang jual buah-buahan. Besar-besar dan fresh sangat. Ada epal, orange. Pisang kaki sedappnyeeeee. Tomato pun bapak besar.

Inilah gambar yang sempat aku snap sepanjang jalan itu.

busan 1

busan 2

busan 3

busan 4

busan 5

busan 6

Inilah bandar Busan yang dipenuhi dengan orang-orang tua. hihi

busan 7

busan 8

busan 11

Kami naik mini bus untuk menuju ke satu yang famous di Busan ini.

busan 9

busan 10

Welcome to Gamcheon Cultural Village.

gamcheon cultural village

Sebab kawasan ini luas jadi  kenalah ada map. Beli map kena bayar 2000w ye. Nanti dapat map dan juga kertas untuk cop station-station yang dah kita sampai.

busan 12

Jom layan gambar di sekitar sini

busan 13

busan 14

busan 15

Bila sampai station boleh chop di sini macam Kak Wan buat ni

busan 16

Jalan lagi dengan cuaca yang agak panas. Jalan yang penuh mission untuk cari port kat mana tempat Running Man datang buat pengambaran kat sini.

busan 17

busan 18

Sampai terduduk kitaorang punya penat berjalan. Masa ni kan kami dah terpisah dengan Kak Naqiah. Tragis betul. sib baik jumpa kat depan sana tu. hehe

busan 19

Akhirnya kami tak berjumpa tempat itu. So angkat kaki jalan balik sudah.

busan 20

Bergerak balik ke town dan kami pergi cari masjid. Masjid yang satu-satunya kat Busan ini iaitu Masjid Al-Fatah. 

busan al fatah

Habis solat kami berpecah kepada 2 group sebab Kak Syeema dan Kak Ila nak pergi jelajah tempat lain lagi. Aku dah tak larat. So kira nak balik saja. Tapi sebelum tu kami dinner di restoran Turki yang ada di belakang masjid ini.

busan 24

busan 25

busan 27

Sedap sangatttt dish ni. Aku makan licinnn okay. Seharian berjalan dari pagi baru nak makan. huhu begitulah kalau jadi traveller ni. Makan jimat-jimat sehari sekali dekat restoran yang sedap. hihi

This entry was posted in Korea.

Busan ooo Buhsaaannnn

Kami bertolak dari Seoul pada pukul 10.50 malam menaiki train ekpress Korail dan tiba pada pukul 4 pagi. Harga tiket berapa eh lupa kena check tiket balik. Tapi consider tak mahal sebab tu perjalanan ambik masa lebih kurang 4 jam. Cuaca memang sejuk gila. gigil !

korail

Sebenarnya ada kisah yang berlaku di Busan. Kejadian yang membuatkan aku tawar hati dengan Korea ( Busan only). hahaha nyampah betul bila ingat balik. Kami sampai di Busan pukul 4 pagi lebih. Memang orang sikit saja. Tourist yang baru sampai dan orang yang tidur dekat station tu. 

Waktu subuh dah masuk jadi kami cari port untuk solat. Alhamdulillah pergi tingkat bawah ada kawasan yang agak terlindung jadi bolehlah solat dengan aman. Sementara orang masih belum ramai kami bergilir-gilir untuk solat. Tiba-tiba….. ( sila baca status fb yang aku tulis masa kejadian) malas dah nak taip lagi kat sini.¬†

busan

Memang kami semua terkejut dan tergamam kena macam ni. Sebab kejadian inilah yang buat aku terus mood down. Tak sangka disambut di Busan dengan aksi ganas caci maki hanya kerana kami solat kat situ. Sebab kami pakai tudung dan orang Islam. Terus aku pangkah orang tua dekat Busan sangat kurang ajar. Tapi bila aku kembali normal barulah dapat berfikir agaknya beginilah nasib orang-orang Islam yang di Palestin dan negara-negara yang lain diperlakukan. 

Dari station sampai kami naik train aku lihat orang tua-tua saja di Busan ni. Biar betul weh, Busan ni dah kepupus an orang muda ke. Diorang perhati je kami macam  alien. Memang kami alien la sebab pakai tudung dan aku agak nenek dan atuk ni tak pernah tengok orang pakai tudung. Mungkin diorang tak tahu pasal Islam. Kalau tahu pun dari media mesti semua yang negatif. Sebab tu la kot nenek gila tadi buat macam tu kat kami.

mr egg hostel

Kami menginap di Mr Egg  Hostel Nampo. Comel je rupa telur tu. 

Kami sampai kat hostel awal pagi. Tak boleh checkin lagi jadi kami hanya simpan beg dulu dekat stor. Berehat sebentar dan siap-siap dengan baju yang sama juga untuk Busan tour pada pukul 9:30 pagi. 

busann

silap lak ambik phamplet bahasa cina.

Harga tiket untuk Busan City Tour ni 15000W. Kita boleh naik bus untuk sehari. Jadi bolehlah round-round Busan sampai ke malam. 

busan 1

View dari dalam bus. Dah nampak laut. 

Naik bus pergi sampai ke Taejongdae Park. Lepas naik bus naik train pulak. 

taejongdae train

Bila dah sampai kat atas dapat lihat semua pemandangan di bawah.

taejongdae park 1

taejongdae park 2

taejongdae park 3

taejongdae park 4

taejongdae park

Kat area ni aku tak ambik gambar sangat sebab penat la weh. Aku dok ingat nak rest kat katil saja. Tak lama kat sini lepas tu kami turun untuk naik bus semula dan pusing keliling Busan. Habis tu menapak naik train balik ke hostel

…bersambung day 2¬†

This entry was posted in Korea.