24 Pesanan Dr Hamid Arshat kepada wanita

Perkongsian terbaru daripada Dr Hamid Arshat untuk wanita tentang pemakanan dan cara hidup yang sihat. 

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar – bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan ‘deep breathing exercise’ dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin”
Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Copy paste daripada Facebook Dr Hamid Arshat 

This entry was posted in HEALTH.

Buat akupuntur for my jaw

Beberapa hari lepas aku buat treatment akupuntur di bahagian tulang pipi dan rahang muka. Bahagian leher dan area rahang aku sejak sekian lama agak sakit dan tegang. I dont know sebab stress atau effect daripada pakai braces. Aku pakai braces selama 3 tahun. Last year bulan 3 bukak dan memang rasa free gila mulut ni. 

Sepatutnya lepas bukak braces aku patut jumpa dengan Dr. yang selalu aku jumpa untuk buat treatment akupuntur tapi ntah kenapa asyik delay sampai la sekarang. Bila aku dah tak tahan rasa sakit kat area jaw terus aku contact Dr untuk buat appointment. 

Sebelum buat akupuntur aku betulkan leher dulu guna kaedah Kiropraktik. Masalah dari kepala bersambung ke leher. Lepas Dr betulkan leher aku kiri kanan bunyi ” prakkk”  terus lega. Terus automatik leher aku rasa free dan ringan. 

Settle betulkan leher baru buat akupuntur untuk betulkan aliran darah kat area rahang. Masa cucuk jarum yes aku rasa macam electric shock tandanya memang kena point yang sakit tu. 

akupuntur

Nampak jarum-jarum tu dicucuk ke area rahang aku. Kiri kanan buat macam ni. Masa nak cucuk tu tahan sikit la rasa sakit. Dr biar selama 25 minit macam tu baru keluarkan semua jarum. 

Alhamdulillah selesai rawatan sampai waktu sekarang aku menaip sakit tu dah tak ada. Syukur ye 🙂

Nasihat yang paling ampuh dari Dr yang boleh aku share untuk semua adalah jangan minum ais, jangan makan pulut dan buah-buah sejuk macam tembikai. Sebab benda-benda ni buat badan kita sakit dan berangin. 

Korang pun cubalah rawatan kiropraktik dan akupuntur ni tapi ingat, cari pratitioner yang profesional ye 🙂

This entry was posted in HEALTH.

Fresh Jus Delima Dari South Africa (pulak)

Selamat Bulan June uolls !

Gila betul, baru sempat aku nak update setelah berminggu aku tinggalkan ini blog. Sibuk weh gi kursus dapat la ilmu baru, kawan baru. Menambah circle of friends gitu. hehe

Semalam aku gi Times Square, saja la buang-buang masa cari barang lepas tu gigih jalan dari TS ke Pavillion menuju ke KLCC. Wahhh aku kan kalau lalu ikut laluan Pavi tu memang tak sedap hati, mata dan kaki. Memang aku laju je. Ye la korang bayangkan kiri kanan mat minah salleh dok minum air kencing syaitan kat cafe-cafe tu. Pergghhh situ memang port bebas kot. Free air gitu. Aku yakin bukan omputeh je, melayu pun ada gak tu. Tapi sebab dressing urban so cam wat lex wat peace la kan. huhu Sedey !

Ahhh back to cerita sebenar. Sampai kat KLCC tu gi solat dulu lepas tu bila patah balik lalu depan Cold Storage apahal ramai orang ni. Tiba-tiba nampak orang tengah press buah. Ada jus delima lagi laa weh, air ni lagi sedap dari yang kat Pavi tu, ihiks.

Cer tengok balik tajuk posting ni. Jus Delima dari South Africa, pulak ! haha kalau dulu aku cerita yang dari Turki kan. Tapi bila baca balik ooo bukan, ini kalilah dari South Africa. 

fresh jus delima

Tapi orang yang tengah bekerja keras dengan mesin ni takde rupa orang Africa la. Macam orang Turki dan orang Melayu saja. hihi

Harga pulak mahal RM2 dari yang dulu tu. Kalau tengok yang ini botol lebih tinggi. Yang Turki hari tu botol kecik sikit harga pulak RM12 lebih. Normal la kan harga gitu. Tanpa tunggu lagi aku pun beli 2 botol. 

ramai yang membeli jadi harus beratur. Aku siap 2 resit tu.

Buah yang sangat cantik dan segar segar. Suka buah delima 

Kena minum masa sejuk-sejuk dingin macam tu baru sedap. Apalagi dapat cari seat aku pun terus la minum. Ok rasa dia nak banding dengan yang delima dari Turki tu rasa yang hari tu masam lagi. Yang ni aku minum berapa kali teguk tanpa buat muka masam. Rilex je. hehe

Kira nasib bertuah ni datang KLCC ada benda alah ni. Tak selalu, memang jarang-jarang tapi kalau korang terjumpa jangan segan silu nak mencuba ok 🙂

Oh ya yang pasal Jus Delima dari Turki tu boleh baca kat sini ye : sini 

This entry was posted in HEALTH.

3 Kegunaan Lemon Yang Super Awesome

miss  lemon

Assalamualaikum 🙂

Its already 8th of May and 40 days to Ramadhan. How time flies !

Macamana azam untuk kurus tahun ini ? Sudah ada progress ke ? Come on you can do it. Aku bukan nak kurus sebab aku memang dah sedia slim. My health goals are to have super clear skin, maintain to eat healthy and clean food and be fit.

Eh kita kena ada goals dalam setiap aspek kehidupan baru hidup jadi lebih semangat untuk mencapai matlamat kita tu. 

Untuk posting hari ni mari berbicara tentang LEMON. Aku yakin korang pasti tahu tentang buah yang super awesome ini. Lemon ada banyak khasiat dan kegunaannya. 

Dalam kehidupan sehari-hari aku banyak gunakan lemon untuk kesihatan, kecantikan dan kewangian.

Nak tahu apa, lets cekidaut !

Continue reading →

Rahsia Kecantikan Wanita Arab

rahsia kecantikan wanita arab

Assalamualaikum semua.

Cantik itu subjektif. Lain mata yang memandang lain penilaiannya. Kalau ikut citarasa sendiri, aku suka yang Chinese/Japanese look. Aku suka muka macam Dian Sastro. (Haha tetibe je Indonesian.) Aku tanya umi dia pulak suka yang jenis muka latin. Lain orang lain la kan. Mana boleh sama.

Yang aku nak share ni pasal orang Arab. Perempuan arab memang cantik. Walaupun orang Arab banyak yang jenis badan besar tapi kulit diorang cantik-cantik. Aku ada saudara yang tinggal di Arab Saudi. Memang orang Arab pure sebab zaman dulu-dulu tok sedara pindah ke sana dan kahwin dengan orang Arab. So keturunan depa semua lawa-lawa. Masa pergi umrah tahun 2012, aku sempat pergi rumah diorang. Perghhh memang lawa. Kulit bersih, putih melepak. Pipi pink-pink gitu. Jeles iolls…huhu

Banyak orang kata orang Arab depa makan minyak Argan. Mungkin la kan sebab tu banyak dah sekarang produk-produk kecantikan yang keluarkan Argan oil ni. 

Tapi yang aku nak share ni yang aku dapat masa aku buat akupuntur 2 minggu lepas. So kakak ni suruh aku amalkan 6 makanan sunnah ni kalau nak sihat dan cantik. Katanya ni amalan kecantikan orang Arab. Tapi ni juga aku pernah dengar dari Ustazah Norhafizah Musa. Dia pernah cerita pasal ni jugak dalam video ape ntah yang orang dok share kat fb. 

Continue reading →