Epal Hijau rawat masalah batu karang

Assalamualaikum, salam Jumaat 🙂

Petua ni kawan umi yang bagi sebab baru-baru ni ada seorang kawan yang masuk hospital sebab masalah batu karang. Kawan yang bagi petua ni dah sembuh jadi dia berharap orang lain yang ada masalah yang sama dapat sembuh dengan mengamalkan petua ni. 

Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Epal hijau ( 1 hari 7 biji)
  2. Garam EPSOM boleh beli di farmasi
  3. Madu
  4. Lemon

Cara merawat seperti di bawah.

  1. Kisar epal hijau sebanyak 7 biji dibuat jus dan minum waktu pagi semasa perut kosong.
  2. Jangan campur gula. Cuma epal hijau dan air sahaja.
  3. Buat selama 7 hari berturut-turut
  4. Hari yang ke-7 campur dengan garam EPSOM, madu dan lemon. 

Daripada apa yang diceritakan oleh makcik tu, bersedialah ke toilet nanti akan keluar batu-batu yang dah pecah. Pastikan 7 hari straight jangan skip sebab ni adalah rawatan ye.

1 hari 7 biji epal hijau selama 7 hari berturut-turut

Kita berikhtiar Allah jua yang menyembuhkan..Semoga semua yang hadapi masalah kesihatan dapat sembuh secepatnya 🙂

This entry was posted in Juicing.

Jom breakfast sihat :)

Assalamualaikum selamat pagi 🙂

Korang breakfast apa pagi ni ? Jus or kopi..hehe 

Meh sini kalau tak ada idea nak buat jus/smoothie apa boleh cuba apa yang aku share kat bawah ni. 

  1. Jus untuk lawaskan usus – Betik + Buah Naga + Mangga

   (anggur tu saja masukkan sebab dah lembik so campur saja. Ini antara campuran buah yang paling cepat untuk ke toilet)

2. Jus untuk kulit cantik – Oren + Epal + Pisang 

3. Jus untuk awet muda –  Daun pegaga + Ulam Raja + Mangga + Epal 

Boleh dapat idea kan untuk korang start minum jus buah yang sihat ni ? Tapi ingat NO SUGAR !!! Jangan la nak letak gula pulak sebab kalau campur gula dah jadi tak sihat. Kita nak semua natural. 

Kenapa untuk jus hijau ( pegaga + ulam raja) aku letak mangga dan epal ? Itulah dia nak kasi ada rasa manis-manis gula. Kalau ulam saja tak sedap weh. haha ini kenyataan. Biasa kalau takde mangga mesti letak pisang. Pandai-pandai lah korang improvise 🙂

Okeh, selamat mencuba !

 

This entry was posted in Juicing.

Smoothie betik dan pisang

jus betik dan pisang

Bahan- bahan :

  1. Betik separuh
  2. Pisang 
  3. Air

Cara-cara :

Basuh bersih-bersih dan blend dengan air. Siap 🙂

Khasiat :

Bagi orang yang mengalami masalah sembelit dan sukar ke tandas setiap hari, anda boleh cuba dengan meminum smoothie ini. Bagus untuk mereka yang nak turunkan berat badan juga. 

jus betik dan pisang

This entry was posted in Juicing.

Smoothie sayur hijau untuk detox, kulit sihat dan cantik

jus sayur hijau

Assalamualaikum, Salam MAULIDUR RASUL..banyakkan selawat untuk Nabi Muhammad S.A.W setiap hari 🙂

Just  nak update tentang video smoothie yang tak seberapa ni. Rasanya kena rajin buat video tentang jus/smoothie la sebab banyak pulak keyword yang masuk ke blog ni tentang cara buat jus, minum jus, nak cantik dan detox. Selain sebagai track jurnal pemakanan sendiri, awak yang cuba nak berubah diet ke yang lebih sihat boleh jadikan sebagai panduan juga. 

Dalam video ni fokus adalah pada sayur hijau jadi aku guna 2 jenis salad, 1/2 timun dan 3 biji pisang. Blend dengan air sampai hancur semuanya. 

Bila siap boleh terus minum. How does it taste ? sedappppppppp weh….hehe bagi aku la untuk orang yang tak pernah cuba or tak suka sayur mesti kata tak sedap. Apapun cubalah dulu. 

Jadikan sebagai breakfast dan feel the difference 🙂

 

This entry was posted in Juicing.