1st Snow In Tokyo, Japan 2016

Ohayou mina-san !!!

Bangun pagi aku scroll ig eh kakak backpackerbusuk yang ada kat Jepun sekarang ni update yang salji sudah turun di Tokyo. Waaa excitednya aku yang di sini. hehe (as always kan ).

 

Kamal yang memang tinggal kat Tokyo pun update jugak. Salji pertama di Tokyo…Video lagi ~

Kalau dekat Osaka masih autumn dengan daun-daun ginkgo warna kuning. Gi la usha fb Bro Rafidi JBT tengok update live dari Jepun. 🙂

Last year aku kat sini jugak, Osaka Castle \^o^/

This entry was posted in Japan.

Autumn Trip – Japan : Shirakawa-go

Assalamualaikum good morning. Hari ni nak sambung pasal Shirakawa-go, Japan. Best je bila teringat kat tempat ni. Selain Kyoto dan Takayama, Shirakawa-go adalah tempat yang aku nak repeat lagi. Next time kalau ada rezeki aku nak datang time winter. Sebab apa ? sebab Shirakawa-go adalah salah satu tempat under Japan’s UNESCO World Heritage Sites. 

Rumah-rumah yang ada dekat perkampungan Shirakawago ni sangat unik. Kalau tak percayalah scroll kat bawah ye gambar yang aku tangkap. Kalau waktu winter macam ni keadaan sini. (google image)

shirakawago in winter

Syantekkkkan..Ya Allah semoga aku sampai lagi nanti pada waktu winter secepatnya. Aminnn 🙂

Ok back to autumn.

Kami naik bas ke Shirakawago. Dari Takayama hanya ambil masa lebih kurang 40 minit. Semua ni dah ada dalam pakej JHoppers tu. Dalam bas pun ada tour guide yang boleh cakap english. Bahasa Melayu pun dia boleh jugak. Terima kasih. Apa Kabar. Basic words sebab katanya ramai jugak yang dari Malaysia. 

shirakawago 3

Kak Ila jadi model untuk bus ke Shirakawago. 

shirakawago 4

Inilah dia Yamamoto-san yang jadik tour guide. Sepanjang kerja dia adalah berceloteh pasal tempat ni. Memang orangnya agak kelakar. We had so much fun in the bus pergi dan balik. 

First stop kami adalah di atas sini. Berhenti sekejap untuk ambil gambar permandangan perkampungan di bawah sebelum menuju ke sana.

shirakawago 5

Wajib ambik gambar di sini. Rugi la kalau tak posing-posing. Kenangan kan. 

shirakawago 9

shirakawago 8

Beg tu beli kat Busan tau. Beg dekat Korea cun-cun. Rugi kalau tak beli. 

Ambik gambar kat sini dalam 15 minit saja. Lepas tu naik bas balik sebab kita nak menuju ke perkampungan yang di bawah tu. 

Penduduk kat sini tak ramai. Komuniti yang kecil saja. Pelancong yang datang pada satu masa lebih banyak dari penduduk. Nak jalan kat sini pun tak boleh bising-bising. Kena hormat la weh. Ini Jepun maa. 

Jalan-jalan kat sini Yamamoto-San tak guide. Jalan sendiri saja. Sebab tak sesat pun. Kawasan dia tak besar sangat. Korang jalan sambil menikmati dekor rumah-rumah yang ada. Memang unik tau. Aku suka gila kat sini. 

shirakawago 10

Jumpa orang-orang. Aku pun jadi orang-orang jugak. haha

shirakawago 11

Ada satu rumah kat sini yang pelancong boleh masuk untuk tengok barangan kat dalam. Macam Yamamoto-San promote tadi iaitu Kanda House. Nak masuk boleh tak nak masuk pun no problem. Kena bayar 300yen saja. Aku nak masuk la sebab nak tengok apa ada dalam rumah tu.

Kat dalam ni ada disediakan free tea. Minum la sebanyak mana nak minum. Tapi bukan la free. Tadi kan dah bayar 300yen. hihi

shirakawago 13

Inilah teh jepun. Teh Kanda House. Sedap minum panas-panas. Kan sejuk time ni. 

shirakawago 14

Model teh dari Malaysia dan juga nenek from Taiwan. Macamana dia boleh ikut kami pun tak tau. Yang bestnya habis dari Kanda House si nenek ajak aku pergi rumah sake pulak. haha gelak gelak sambil aku terangkan ” Im sorry, Im Muslim I dont drink sake”. Eh dia angguk-angguk cakap sorry. Tersilap la tu..hihi

Bahagian atas Kanda House ni ada barangan rumah zaman dulu. Barangan antik. Boleh ambil gambar tapi jangan pegang-pegang. Ala-ala artifak gitu.

shirakawago 19

Kanda House ni ada 3 tingkat kalau tak salah aku. Aku panjat setakat tingkat ke-2 saja. Malas nak panjat sebab rumah lama kang jatuh tergolek payah.

shirakawago 20

Permandangan dari dalam Kanda House. Sukanya tempat ni. 

shirakawago 21

Dah habis ambik gambar dalam rumah, kat luar rumah pun kita tangkap jugak. Memang every moment tu kena captured tau. Semua sibuk jadi mamarazzi.

Lepas tu kami just jalan-jalan sampai ke hujung jalan dan makan aiskrim green tea. 

shirakawago 22

Dah habis tour kat Shirakawago, kami bergerak balik ke Takayama. Sebab petang nak naik bus ke OSAKA !!

This entry was posted in Japan.

Hida Takayama

– 5 Nov 2015

Dari Kyoto kami bergerak ke daerah pergunungan pulak iaitu ke Takayama dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Penumpang Jepun ada beberapa orang saja. Aku memang salute lah kat orang Jepun, driver dia punyalah baik. Smart pulak tu. Dialah driver, dialah tukang angkat beg, susun beg masuk ke bawah tu, boleh cakap english lagi. Tabik, tabik. 

japan bus driver

Sepanjang masa dalam bas kerja aku mestilah tidur. Tidurlah weh, penat tau asyik berjalan je. Masa dalam perjalananlah kesempatan yang ada untuk aku rehatkan otot-otot yang dah lenguh ni. Aku dah tak heran kiri kanan yang cantik dengan pokok-pokok warna kuning, merah. Cuma dekat-dekat nak sampai aku bangun sebab dah fresh so dapatlah tengok view yang MasyaAllah cantikkkk sangat. 

takayama

Untuk tour ke Takayama & Shirakawago ni kami ambik pakej dengan J-Hop Tour. So pakej dia lengkap dari mula naik bus di Kyoto tadi sampai balik ke Osaka. 

Korang boleh check website ni okay : J-Hop Tour untuk segala maklumat berkaitan tour ke sini. 

jhop

Kami sampai dah nak dekat pukul 2 petang. Berehat sekejap solat dan keluar balik sebab sini maghrib kan awal. Pukul 5 dah gelap. So semua pun cepat-cepatlah gerak ke Takayama Old Town.

Takayama Old Town

Kawasan ni sangat unik sebab rekaan rumah dan bangunan dia masih mengekalkan ciri-ciri tradisional zaman Edo (1600 – 1800′). Penduduknya tak ramai dan macam tak nampak. Yang banyak memang tourists. hehe

takayama 1

takayama 2

takayama 4

Sempat la bergambar dekat bridge merah yang famos ini. 

takayama 6

takayama 3

Kejap je dah gelap. Baru nak masuk ke lorong-lorong kecik yang ada. Nak ambik gambar pun dah tak nampak so kitaorang masuk ke dalam kedai-kedai je tengok souvenir tapi tak beli pun. Baru sampai je kot. Jimat duitttt. heee

takayama 7

takayama 8

takayama 9

Aku teringin nak ada set-set cerek zaman dulu tapi motif nak beli kat sini, nak angkut bagai pi Osaka pulak. 

takayama 10

Area ni takdelah besar mana jadi jalan pun tak rasa penat. Lagipun cuaca sejuk jadi nyaman saja. Yang bestnya bila jumpa mart yang jual buah dan kacang-kacang ni. Wuaaa memang aku beli la apa lagi.

takayama 11

Buah kat Jepun ni memang mahal lah . Pisang tu ada 4 biji je dalam plastik. Mahal bila convert ke duit kita. Yela sini kan pisang murah je. tapi nak buat macamana untuk melancarkan usus haruslah beli jugak. Lepas tu ternampak mix fruit ni pulak aku beli 2 bekas. Esoknya aku datang balik ke kedai ni beli lagi 2 bekas untuk bekal perjalanan ke Osaka pulak. haha

takayama 12

takayama 13

Bersih gila okay street kat sini. Lihatlah memang kita boleh berguling-guling atas jalan ni. Memang lawa kawasan ni waktu malam. Nak jalan lama-lama pun dah tak larat jadi balik ke J-Hop guest house. 

Balik tidur, esok nak pi round Shirakawa-go pulak !

This entry was posted in Japan.

Autumn Trip – Japan : Arashiyama

– 4 Nov 2015

Perjalanan hari ni dimulakan dengan mendapatkan nasihat daripada receptionist tentang tempat-tempat yang menarik di Kyoto. Menurut dia tempat-tempat sejarah kat Kyoto ni sangat banyak tetapi yang fames di kalangan pelancong ada beberapa saja. Jarak antara satu tempat ke satu tempat agak jauh jadi kena decide nak pergi belah mana dulu. Seperti di dalam gambar tempat yang terkenal adalah Arashiyama sebelah sini, Kiyomizu temple dan Fushmi inari pulak sebelah situ. 

kyoto

Kami decide untuk ke Arashiyama dulu nak tengok buluh-buluh yang dalam gambar sangat cantik giler tu. Kami naik bus dengan pass seharian. 500yen sahaja. Tiket tu beli dengan guest house. 

kyoto bus

Sampai di sini MasyaAllah cantiknya pemandangan. Seriyes cantik sangat. Macam dalam potret. Kalau pakai kamera yang canggih lagi la hidup gambar. 

kyoto 1

kyoto 2

Nak ke Arashiyama tu kena bejalan jauh masuk ke dalam hutan. Penat jugak la nak menapak tu tapi sebab masa kat Korea dah panjat puncak Suwon so yang ni kira no hal la. hakhak 

Sayang pulak masa kat sini kami tak photo group al maklum terpecah. Sorang ke depan, dua kat belakang. hehe So kira memasing gitu. Lagipun ramai orang la. Tak dapat nak beria sangat. 

arashiyama 2

Alhamdulillah dah sampai. Tempat ni memang impian aku nak datang pun. Gambar pokok buluh ni ada dalam vision board aku dari 2 tahun lepas lagi. hihi 

Kat sini boleh naik beca. Beca berbayar ler bukan free. Ada banyak beca yang ditarik oleh abang-abang hensem dan taff. Bukan sado beb, kebanyakkannya kurus tapi kuat je aku nengok boleh tarik dengan gagah gitu. 

Contohnya brader yang bawah ni, kemain lagi senyum sokmo bila aku acukan kamera ke dia. Kak ila pun nak selfie dengan dia. Memang ar kawan perasan. haha

arashiyama 3

Habis jalan dari hujung sini ke hujung sana kami pun bergerak untuk naik bus. Sambil nunggu bus beli dulu eskrem green tea. Pahit sikit tapi sedap jugak la. 300yen harganya. 

arashiyama 4

Hari dah masuk tengahari. Kami bergerak mencari tempat untuk makan dan solat.

This entry was posted in Japan.

Autumn Trip – Japan : Kyoto

– 3 Nov 2015

Kami sampai di Kansai Aiport dan terus naik bus untuk ke Kyoto. 

kyoto station

Perjalanan mengambil masa lebih sejam lebih. Sampai di Kyoto naik bus sekali lagi untuk ke guesthouse.

Di Kyoto kami tinggal di Khaosan Kyoto Theater. 

KHAOSAN

Konsep guesthouse ini ialah macam asrama. Ada female dorm dan mix dorm. Satu dorm tu ada 8 tempat tidur. Dan ini pengalaman pertama aku untuk tidur dalam cubical macam ini. haha

cube khaosan

Bila aku upload pic ni dekat fb adik aku cakap praktis-praktis la sebelum duduk dalam liang lahad. haha Well, its a good memory bila pikir-pikir balik walaupun rasa agak lemas dan nak pusing-pusing badan rasa sempit. 

Siap mandi terus ke pantry untuk masak. Laparrrr weh, sangat lapar. Dari Busan ke Kyoto lamaaa tu. 

food

Nikmatnya dapat makan maggi, sardin dengan ketupat nasi. Alhamdulillah ada rezeki nak makan, kenyang. Tidur pun lena. 🙂

This entry was posted in Japan.