HONG KONG

Bismillah

Tiba-tiba je sampai Hong Kong. Tak dirancang tapi sampai. hehe. Disebabkan kes MH370 dan masalah yang tak dapat dielakkan tiket yang dibeli untuk date bulan 3 ditunda ke 7 April 2014. Sepatutnya aku dan 3 lagi member masuk ke China terus tapi kitaorang melencong ke Hong Kong dulu sebab tiket lebih murah.

Penerbangan pada 7 April 2014 pukul 7 pagi. Aku ke LCCT pukul 4pagi dihantar oleh umi dan 2 abang aku. Sampai pukul 4:30 pagi sebab dari rumah abang jadi dekat je dengan LCCT.Sampai terus jumpa kawan aku dan kita ke kaunter untuk check-in dulu. Aku lupa aku tak beli luggage (lupa yang AirAsia semua dia charge). Konon nak masuk luggage pastu akak tu cakap kena bayar RM105. Huyooo motip ? Dia cakap tak payah la bawak naik atas aje sebagai hand carry.Simpan duit untuk shopping kat Hong Kong.Hehe baik betul. Selamat duit aku. Habis urusan kat kaunter gi makan dulu. Sementara tunggu member aku 2 orang lagi. Borak-borak dah dekat 5:30pagi kitaorang masuk ke tempat departure hall. Aku solat subuh kat surau kat bawah. Siap-siap solat subuh dengan solat musafir. Perjalanan jauh tu kot-kot tenggelam aku dah solat. 🙂

2014-04-07 06.33.55

Kitaorang naik flight AK (AirAsia Malaysia) so pramugari dia orang kita la. Ok la naik-naik mesti usha sapa dok sebelah seat. Member-member semua berpecah duk asing-asing. Sebelah aku kapel Hong Kong. Dengar dok cakap Kantonis je. Sure dah. Lepas tu sesi ambik-ambik gambar dijalankan.Entah kenapa aircond dia punya kuat. Berasap satu flight tu. Flight berlepas pukul 7:30 pagi setengah jam lewat dari jadual asal.

2014-04-07 06.56.01

Sepanjang flight kerja aku sembang dulu baru tidur.Sembang dengan member aku sebelah sana tu je pastu kitaorang pun tidur. Perjalanan ambik masa 4 jam ye. Flight arrived lebih kurang pukul 11pagi waktu tempatan. Masa turun nak ke imigresen haaa terkejut weh ada anjing tunggu. Kenapa kenapa. Aku dah la takut dengan anjing. Anjing tu dengan polis la. Tugas dia adalah menghidu beg orang yang turun dari plane. Ni mesti untuk cek dadah ada ke tak. So sebab aku tak bawak dadah aku lepas la. haha Airport Hong Kong cantik, kemas and moden la. Ok la. Tapi bagi aku Changi Airport still superb,best. Singapore la katakan!

2014-04-07 11.32.15

Continue reading →