Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017

Hi semua, bertemu sekali lagi dengan Pesta Buku Antarabangsa KL 2017.  Dah jadi macam rutin setiap tahun mesti pergi walaupun memang dah tau sama je.

Semalam aku pergi sekadar mengikut umi yang beria-ria mengajak aku. Kalau ikutkan hati memang malas nak keluar hari Sabtu. Ramai orang, jem lagi. Lagipun tahun ni memang  tak ada target nak beli buku, apa yang best pun tak tau.

Macam biasa walaupun baru hari ke-2 PBAKL memang penuh dengan manusia di PWTC. Yang ramai tu budak-budak dengan pakai uniform sekolah. Sure datang naik bas dengan cikgu sekolah. 

Sampai di PWTC dah pukul 1:15 p.m terus je pergi surau untuk solat Zuhur. Habis solat baru rasa fresh nak gerak ke booth-booth.

Tempat pertama yang dituju adalah ke hall yang ada Karangkraf di level ground. Semua buku terbitan Karangkraf ada disini dan ada diskaun sebanyak 20 – 25% diberikan untuk setiap pembelian. 

 

Aku round-round ke setiap rak tapi tak ada buku yang menarik perhatian. Bila sampai ke rak ni teringat masa sekolah menengah dulu tiap-tiap bulan mesti beli majalah KLIK. Dulu kalau nak tau pasal artis atau nak collect poster artis Jepun, Korea, Taiwan kena beli majalah macam ni. 

Buku Oh My Jep ada. 

Buku baking ada.

Buku Jahitan pun ada.

Aku ke bahagian novel Alaf 21. Banyak nama penulis yang aku tak kenal.  Yelah dah lama aku tak baca novel. Masa jadi hantu novel masa sekolah menengah dan zaman Uni dulu. Cakap je novel yang best-best semua dah baca. Mesti nak sembang dengan kawan-kawan novel pasal hero heroin novel..wkakaka

Aisya Sofea antara faveret novelis aku. First aku baca novel dia masa form 4 or 5 kalau tak salah. Tajuk adalah Jendela Hati tentang Abang Lokman dengan Farah..member sekelas yang duduk row belakang bagi pinjam kat aku. Sejak tu jadi suka baca novel cinta melayu. Tapi tu dulu lah kan. Zaman dulu-dulu.

Satu rak ni semua buku Aisya Sofea. Aku tak tau pun dia ada buku baru. Masa jalan kat depan baru aku sedar eh Aisya Sofea ada keluar novel baru la. Sebelah novel dia buku Awang Ramlee yang baru keluar tahun ni juga. Patut letak kat depan sebab buku baru. hehe

Oklah aku pun beli novel ni sebagai ole-ole untuk diri sendiri sebab dah sampai ke pesta buku tahun ni. Tak best pulak balik rumah dengan tangan kosong. Nanti kalau dah habis baca aku bagi review best ke tidak. haha

Tak lama pun kat hall Karangkraf ni sebab perut lapar jadi pergi makan dulu. Dah kenyang jalan lagi pergi ke booth lain. Umi beli buku kawan dia yang tinggal dekat Turki, kahwin orang sana. Support kengkawan katanya. Oklah kan.

Mata aku melilau ke booth Dubook. Eh ada yang menarik perhatian. Rupanya Penulis Indonesia yang famous tu ada juga, Mbak Asma Nadia. Ada sesi meet & greet gitu. 

Dan aku kenal MC itu. Kak Azza, a legend Malaysian traveler juga 🙂 Well, aku memang follow page fb dia : Nota Perempuan Backpacker. 

Dapat juga gambar yang clear disebalik kesibukan ramai orang yang nak snap snap. Tapi aku belum pernah baca lagi novel Mbak Asma Nadia ni. Novel dia yang difilemkan pun belum tengok lagi. Yang baru ni keluar Syurga yang tak dirindukan 2 aku tengok trailer saja. hehe

Gitulah cerita aku di Pesta Buku tahun ni. Dalam pukul 4:30 aku pun gerak balik. 

Kalau ada kelapangan pergilah beli buku apa yang patut. Time ni lah nak beli buku-buku sebab dapat diskaun banyak. Untuk mak ayah boleh beli buku sekolah dan buku latihan. Katanya murah kat pesta buku ni. 

Ok guys, selamat ke pesta buku dan membaca 🙂

Website PBAKL 2017 : Klik sini 

 

 

This entry was posted in Event.

39th Bon Odori at Panasonic Stadium Shah Alam

Bon Odori

Pertama kali menghadiri Bon Odori pada hari Sabtu yang lepas memang mengujakan. Sejak dari mula tahu tentang festival ini daripada kawan-kawan group 1001 Kisah Jepung aku sudah excited. Katanya ini festival kebudayaan Jepun. Masuk kali ini sudah yang ke-39. Wahhh sudah lama betul event ini, kenapa aku baru tahu. hahahaha

Tapi kan orang kata Bon Odori ni pasal puja spirit nenek moyang eh ? Entah la weh mungkin yang dekat Jepun la kot. Aku innocent ni. Niat pergi sebab nak tengok budaya orang bukan nak puja sapa-sapa. huhu

Continue reading →

BAHTERA : Bumipreneurs of tomorrow

Day – 1

Assalamualaikum selamat pagi.

I was here yesterday for this event. BAHTERA : Bumipreneurs of tomorrow. Lihat cogan kata di bawah untuk lebih jelas tentang event ini.

BUMIPRENEURS, Panggilan Baharu Buat Kita!
Bahawasanya kita adalah usahawan bumiputera yang sudah bersedia untuk maju ke hadapan dan merangkul peluang berteraskan penguasaan jenama, keupayaan teknologi dan peluang niaga yang dinamik sebagai landasan utama perkembangan perniagaan.

Sebenarnya aku tak tahu pun pasal BAHTERA ni. Last week lagi umi dah suruh aku daftar online. So aku daftar untuk 2 orang dan dapat e-ticket yang kena print untuk dibawa pada hari tersebut.

Awal pagi aku dah siap untuk ke KLCC. Awal yang tak berapa awal kami sampai dah kelihatan line beratur yang sangat  panjang. Ramainya usahawan-usahawan melayu.

Continue reading →

Pesta Buku Antarabangsa KL 2015

PSTA

Pesta Buku KL 2015 sudah bermula semalam iaitu 24 April 2015 dan aku antara ribuan pengunjung yang sudah menjejakkan kaki pada hari pertama. Masih tidak sesak alhamdulillah dan tidak berlaga bahu pabila berjalan. Pesta Buku ini akan berlangsung selama 10 hari jadi pilihlah hari biasa supaya tidak bersesak-sesak jika datang pada hari minggu.

Hasil tangkapan aku pada hari pertama adalah seperti dibawah !

Continue reading →

This entry was posted in Event and tagged .

Potluck dengan genk JBT Autumn

Selamat pagi semua.

Patutnya aku dah siap menulis malam tadi. Tapi alkisahnya aku ketiduran lepas isyak. Betul la pukul 9 malam dah tidur. Awalkan. hehe

Taman Empangan Putrajaya

Taman Empangan Putrajaya

Semalam 30 November 2014 hari Ahad terakhir dalam bulan November 2014. Seriyes cepat sangat masa berlalu.Tup tup tup dah nak masuk 2015. Entri pasal Jepun pada perkiraan aku belum habis lagi tapi dah ada gathering. Haha magic kan. Baru je balik dari Jepun tapi weolls dah kumpul-kumpul bersama buat potluck. Idea sapa ni tak tau..(pssttt..bos JBT)

Continue reading →