Tombiruo : Penunggu Rimba terbaik !

Assalamualaikum semua.

Hari ni 12.10 di mana filem Melayu yang paling dinantikan oleh para peminat novel thriller Ramlee Awang Murshid memulakan tayangan perdana di seluruh Malaysia. Jujur aku bukan peminat RAM sebab memang tak pernah baca novel-novel tulisan beliau. Tapi yang pasti aku pernah beli novel RAM yang terbaru dan gigih beratur untuk dapatkan tandatangan. Hadiah untuk kawan-kawan aku yang memang diehard fans ! Jadi aku pergi wayang hari ni atas dasar sebagai peminat Zul Ariffin yang biasa-biasa saja. hehe

So mari mulakan review aku yang tak seberapa ni. Daripada trailer yang 1 minit aku sudah dapat rasakan yang filem ni akan memberikan kepuasan kepada para penonton. Dengan pemilihan pelakon yang tepat dan sememangnya boleh berlakon.

Sinopsis

Cerita bermula dengan penceritaan oleh Monsiroi seorang bidan/bomoh yang menggunakan bahasa suku Kadazan Dusun tentang sejarah kelahiran Tombiruo. Bagaimana Tombiruo (Zul Ariffin) dilahirkan dan ibunya meninggal selepas bersalin.

Bayi yang baru dilahirkan itu hampir dibunuh tetapi diselamatkan oleh Monsiroi lalu dihanyutkan ke sungai. Sampan yang hanyut dengan air sungai yang deras hampir jatuh ke air terjun tapi diselamatkan dengan semangat hutan. Akar-akar pokok telah menarik sampan kecil itu ke tebing sungai lalu dijumpai oleh seorang lelaki bernama Pondolou ( Faizal Hussein). Dia mengambil Tombiruo sebagai anak angkat dan menamakan bayi itu sebagai Ejim (Zul Ariffin).

Ejim mempunyai kecacatan di muka sejak dari lahir jadi dia dipakaikan topeng oleh Pondolou berikutan ketakutan daripada kanak-kanak yang lain.  Ejim juga mempunyai kuasa mistik yang tersembunyi. Kuasa yang boleh buat dia bersatu dengan alam.

Ejim diajar oleh Pondolou seni mempertahankan diri dan juga selok belok di dalam hutan. Ejim membesar menjadi seorang pemuda yang gagah perkasa. Dialah Tombiruo , Penunggu Rimba !

Semasa 

Hutan yang mereka diami telah diganggu dengan adanya projek yang bakal dilakukan oleh orang luar. Syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Berham ( M.Nasir) dikatakan akan membuat empangan. Bantahan daripada orang-orang kampung terlihat jelas supaya projek itu dihentikan. Wan Suraya ( Nabila Huda) adalah wartawan daripada Sinar Tv yang berani untuk mempersoalkan kebenaran projek itu kepada Tan Sri Berham. 

Satu perkampungan telah diserang. Ejim dan Pondolou berusaha menolong orang kampung tetapi Pondolou telah ditembak mati oleh orang upahan yang bernama Wong. Tan Sri Berham dan anaknya, Salina (Faye Kusyairi) juga telah terlibat dengan kemalangan dan meninggal dunia.

Salina adalah isteri kepada Amiruddin ( Farid Kamil). Ejim kehilangan bapaknya dan Amiruddin kehilangan isterinya. Dendam Amiruddin kepada Ejim kerana yakin Ejim yang menyebabkan kemalangan itu dan kematian Salina.

Misi Ejim dan Amiruddin bermula dengan Ejim mencari pembunuh bapaknya dan Amiruddin yang nekad untuk membunuh Ejim bagi menuntut bela atas kematian isterinya.

Apakah yang akan berlaku seterusnya apabila Ejim dan Amiruddin bertemu ? Apakah misteri yang terselindung di sebalik projek empangan itu. Siapakah sebenarnya pengkhianat ?

Haa..Setakat ni sajalah aku cerita ye. Selanjutnya silalah ke pawagam yang berhampiran. Tak menyesal, seriyes ! ( First time aku puji cerita melayu tinggi melangit camni )

Kenapa Tombiruo best

Plot

  • Plot yang mudah difahami. Tak ada kekeliruan untuk aku yang belum pernah membaca novel ini. Ada plot twist yang sumpah aku tak sangka. Ada element suspen dan tak dijangka yang buat dahi aku berkerut kerana terlalu fokus pada screen. Scene dari babak ke babak berlaku dengan cepat. Tiada dialog yang panjang meleret-leret. Semua on point. Tidak ada masa untuk rasa mengantuk semasa menonton.

Pelakon

  • Pemilihan Zul Ariffin sebagai watak utama memang tepat. Oklah badan dia dengan otot yang macam tu tak besar sangat. Kalau sado sado sangat tak boleh nak lari laju-laju dalam hutan. Dengar cerita Zul kena diet untuk turunkan berat badan sampai 12/15kg untuk dapatkan body yang ideal macam tu. Thumbs up. Dah kira setanding dah dengan Shah Rukh Khan dalam Asoka, Brad Pitt dalam Troy, Ranveer Singh dalam Bajirao Mastani dan jugak Prabhas dalam Baahubali. hihi Memang Zul Ariffin dah tahap international !
  • Satu je yang tak best sebab sampai ke sudah tak tanggal topeng tu. Tak dapat nak tengok expression muka Ejim. Tapi no worries sebab body language untuk semua scene dah boleh main dengan emosi kita. Contohnya time bapak dia mati memang rasa kesedihan di sebalik topeng tu sebab dia panggil ” bapak” pastu dia jerit “huwargahhhhhhhhhhhhh”.
  • Dialog Zul memang tak banyak tapi semua aksi yang dipamerkan dah buktikan yang yes, you memang boleh belakon. Cara berjalan, berlari, keluarkan parang semua terbaik ! (nak tanya semua stunt 100% Zul yang buat or ada stuntman eh ?) tanya je 🙂

  • Farid Kamil pun sama. Watak Amiruddin ni memang untuk dia. Takde apa yang nak aku nak ulas sebab memang best gila bila dia bersilat tu. Watak Amiruddin yang main dengan emosi memang betul-betul terasa. Waktu Salina mati, Amiruddin menangis sambil tendang-tendang tanah..Respek bro, sebab aku sebak. lakonan mantap !

  • Terima Kasih sebab bagi watak bapak dekat Faizal Hussein walaupun cuma sekejap je dia hidup dalam cite ni. Hero Melayu zaman aku kecik-kecik dulu. Otai silat ni beb. haha

Cinematography

  • Ini adalah elemen penting kenapa anda patut tengok filem ini. Teknik tu dah sama level dengan hollywood. Dah macam movie 300 dengan Bajirao Mastani. Aksi lawan pada permulaan cerita adalah sangat awesome sampai buatkan aku terhenti makan popcorn. Sempoi gila lawan dalam sungai dengan hujan lebat. 

Dan fighting scene antara Ejim dan Amir memang best. Tak sangka Amir pun terer berlawan so tak mudahlah bagi Ejim nak menang. Masa fight tu rasa macam real sebab kamera fokus dari pelbagai angle so memang puas hati la. 

Memang nak puji Farid Kamil sebab best gila silat yang dia bukak tu. Masa Ejim tendang Amir terus terundur ke belakang dengan pantasnya Amir tahan kaki dia dekat batang pokok tu. uihh mantap scene tu ! Power bak ang silat ni. 

Dan jugak semua scene yang ditunjukkan dengan cantik. Pandai dorang shoot dalam hutan, dekat sungai pastu nampak Gunung Kinabalu dengan awan dan rumah pokok yang dihuni oleh Ejim dan bapaknya tu sumpah lawa gila bila focus dari jauh.

Bahasa Kadazan Dusun

Ini memang best sebab guna bahasa asli suku kaum di Sabah. Kat Sabah kan ada banyak suku kaum. Jadi nilah salah satunya. Terasa seram masa si Monsiroi bercakap dan menyeru guna bahasa tu. Unik weh. Pi la tengok dan dengar sendiri. Tabik hormat pada Farah Ahmad yang bawak watak bomoh tu. 

Kritikan

  • Bab CGI kena improve lagi. CGI yang digunakan nampak macam kartun sikit masa scene tong api diletupkan, masa Ejim selamatkan Wan Suraya aku sempat gelak sebab rasa kelakar. hehe Juga scene akhir masa Ejim tumbuk tanah and si Juzlan jatuh dalam tanah yang terbelah dua tu. Nampak sangat fakenya.
  • Oh dan satu lagi pelakon-pelakon tambahan yang berlakon jadi wartawan dan orang kampung. Rasanya ada aku ternampak yang mcm gelak2, senyum. Tak kena dengan scene yang serius dan penuh marah sebab kampung bakal diceroboh. 

Yang lain semua okay. Aku puas hati dengan Tombiruo. Adaptasi pertama yang berjaya diterjemahkan dari novel ke movie. Ni pendapat aku sebagai orang yang tak baca novel terus tengok movie. Kalau korang yang memang peminat novel ni apakah penilaian korang ? Expectation tercapai tak atau novel lagi best ? Biasa baca buku ni lagi best. 

Pergilah tengok. Tiket tadi pagi RM14 kira berbaloi lah. Aku bukanlah kaki wayang. Tahun ni baru 2 kali aku tengok movie dekat wayang. Tombiruo movie ke2 untuk tahun ni. First movie dari negara China bulan 8 tajuk dia Eternal Love. Tau tak ? Nanti bulan 12 nak keluar movie Hindustan pulak, Padmavati lakonan Deepika Padukone, Shahid Kapoor dan Ranveer Singh. Same director yang buat Devdas and Bajirao Mastani. 

Thank You

Sebelum aku akhiri posting yang dah panjang ni, aku nak ucapkan tahniah pada Tuan Director iaitu Seth Larney. Director luar ye. Tak lupa juga pada team production Tombiruo dan semua pelakon yang terlibat. Semoga ada chance untuk Tombiruo dikenali di negara-negara lain. Cerita yang bagus dan berkualiti macam ni barulah rasa bangga untuk orang luar tengok. Boleh dapat award weh !

Sebenarnya kan masa tengok watak Tombiruo ni aku terus teringat si jahat dalam movie House Of Wax. Ni rupa dia. Scary kan. 

Ada sama Ejim tak..haha 🙂

Ok guys, jangan lupa menonton ye. Cite melayu best camni haruslah aku support. Kalau tak best memang tak la aku nak rajin tulis panjang camni.

Rasa macam nak pi tengok sekali lagi. Macam terdengar sayup-sayup suara Ejim memanggil. haha

Bye Bye 🙂

CRIMINAL MINDS KOREAN 1st Teaser

Finally the date for Criminal Minds drama has been confirmed. Yeayyy I am soooo excited !!! The premier date is set on 26 July 2017, Wed – Thurs at 10.50pm. It will be on TvN channel. 

credit to Naver

and thank you so much TvN for releasing the 1st teaser tonight. haha 

Yeah rooting for Lee Joon Gi, Moon Chae Won, Son Hyun Joo, Lee Sun Bin, Go Yoon, Yoo Sun, Kim Yong Chul and the whole Criminal Minds production. 

Patiently waiting for 26 July to come, palli palli !!! 

and dont forget to follow their official FB page : tvN 크리미널마인드 , also you can check out the #criminalminds #leejoongi #moonchaewon on Instagram. 

Lets support Criminal Minds !!! Fighting 🙂

Criminal Minds ( Korean remake )

Drama yang diadaptasi daripada drama popular Amerika, Criminal Minds sudah konfirm produksi dan bakal ditayangkan di TvN bulan Julai untuk slot tengah malam pada hari Jumaat dan Sabtu. Skrip reading yang pertama telah dijalankan semalam, 7 April 2016. 

Sebabkan aku peminat Lee Joon Gi dan Moon Chae Won maka haruslah aku kena tunggu drama ni. Akhirnya actor/actress faveret dapat juga digandingkan dalam drama yang sama. Walaupun memang tak ada love line dalam original drama, sapa tau yang Korean remake dorang ubah plot sikit. Sayanglah Lee Joon Gi dengan Moon Chae Won berlakon sama-sama tapi tak ada love story. Aku berharap dorang berdua ni dapat offer drama saeguk tapi apakan daya offer untuk modern crime thriller.

Confirm Casts :

  1. Lee Joon Gi
  2. Moon Chae Won
  3. Son Hyun Jo
  4. Lee Sun Bin
  5. Yoo Sun
  6. Go Yoon

Apapun harus bersyukur sebab semua casts memang solid belaka. Harapnya writer dapat tulis plot yang terbaik dan director yang bagus supaya drama ni sukses. 

Masih menunggu gambar-gambar daripada script reading semalam but none. Belum ada yang bocor lagi..haha curious gila nak tengok muka Lee Joon Gi dan Moon Chae Won. If you are following the K-entertainment for sure you know both of them are having issues.

For LJG is about his 2 years dating with Jeon Hye Bin. A very shocking news 🙁 when Dispatch released his pics with JHB. And for Moon Chae Won she and Namoo (her agency) are taking legal action against a saesang fan who claimed to be her boyfriend since March 2015. Poor Moon Chae Won ssi. Both Joon Gi and Chae Won are under the same agency, Namoo Actors. I guess Namoo is extremely busy with the reporters. huhu

Hope Lee Joon Gi will be just fine and fans will respect his private life. I know some fans are sad and turn over him, calling him a liar but dont be too mean to him by leaving hate comment on his instagram. Please dont do that. I was sad for a day after the news broke out. hehe not because of him dating JHB but more to the My Ear’s Candy special episode had to be cancelled..uwaaa i want to watch the last episode. His chemistry with Park Min Yong are the bomb. Hope one day they have that chance to work together in a drama or movie. 

Anyway for Lee Joon Gi and Moon Chae Won fighting !! to whole casts and production team do your best !!! Filming begins on 17.4 which is happen to be Joongi’s birthday. Happy Birthday !!!

Ditunggu tayangan Criminal Minds bulan 7 nanti okeyyy 🙂

 

Edit :  Criminal Minds to start filming today, 22 April 2017. It was set on 17.4 but got pushed back due to some additional problems. The slot for CM is secured to mid-July, weekend midnite drama Friday & Saturday at 11pm. CM fighting !!!!

Welcome back Kim Jaejoong !!!

Akhirnya penantian para fans selama 21 bulan berakhir sudah. Yeayy Uri prince Kim Jaejoong is back. *dancing cats* Dua tahun macam lama tapi pejam celik pejam celik dah keluar. Semalam 30 Disember adalah tarikh rasmi dimana Jaejoong tamat menjalankan tugas ketenteraan wajib bagi setiap lelaki di Korea Selatan. 

Cjes ( agensi pengurusan JYJ) dari beberapa hari lepas gigih buat countdown untuk meraikan kepulangan Jaejoong ini. Dan awal pagi semalam dengan bangganya mengupdate gambar Jaejoong yang segak berpakaian seragam. 

Kim Jaejoong

Jaejoong disambut dengan begitu meriah sekali. Para media dan lebih kurang 500 fans dari seluruh dunia berkumpul di kem tentera 55th division di Yongin, Gyeonggi untuk menyambut kepulangan beliau. 

Walaupun dengan cuaca yang sejuk kerana sekarang tengah winter di Korea tapi Jaejoong tetap segak bergaya dengan seragam lengkap tentera. Jaejoong menyapa media dan fans yang sedia menunggu dari awal pagi. Tetap handsome seperti selalu 🙂

kim-jaejoong

jj-1

Handsome bae 🙂

Kim Jae Joong 's ceremony ceremony is held at Yongin 55 Division. Jejun appeared with a bright smile "Thank you for coming a lot." "Because I was a little old, I tried to run more enthusiastically when I ran, I thought I'd try harder than my other young friends" I greeted about 500 fans who gathered. 、 キム・ジェジュンの転役式が龍仁55師団で行われている。明るい笑顔で登場したジェジュンは「たくさん来てくれてありがとうございます」「少し年齢がいってるから、走る時さらに熱心に走ろうと努力した。若い他の友人よりもっと一生懸命にしようと思った」と集まった約500人のファンに挨拶した。 、#jaejoong #ジェジュン #jyj #kimjaejoongjapanofficial

A post shared by TVfXQ hope to the end (@mayu.ywj) on

 

Berikut adalah translation dalam english untuk speech/soalan yang ditanya media pada Jaejoong.

[TRANS] 161230 Kim Jaejoong’s Graduating Ceremony at Yongin’s 55th Division.

“Jaejoong: I want to see my fans real badly.”

“Jaejoong: Thank you for coming. You are the source to my motivations. Since I am older than rest of cohort, I trained harder. I learned things that I didn’t know existed before joining military. I hope all other comrades will stay healthy. I discharged successfully thanks to my comrades. Your constant support have became my strength.”

“Jaejoong: I want to meet my family members, friends and fans the most. I’ll be having fansign tomorrow.”

“Jaejoong: I liked watching Blackpink and Twice in the military.”

“Jaejoong: Girl groups such as Twice, Blackpink and other popular groups, I received strength from their voices in the morning. I thank them”

“Before MS: I’ll live military like a monk. I don’t know girl groups anyway.
After MS: Girl groups like Blackpink and Twice gave me strength.”

“Jaejoong: Not only local fans, there are many overseas fans waiting for me. I present my greetings to all fans.”

*CJeS asked reporters to ask Jaejoong-related questions only. Jaejoong: We (JYJ) did not end when the last vacation ended.

*Jaejoong plans to keep fans busy over the new year. He will have fansign tomorrow, and probably an upcoming concert/tour.

*About 500 fans came despite -10 degree celsius. Jaejoong: There were more people than I expected. I want to meet with everyone soon.

*Jaejoong met Junsu & Yoochun over his year end break. Junsu and Yoochun asked Jaejoong to discharge without getting injured.

Trans by: yunjaery
Shared by: Tv5xqForeveraktf


Thank You Kim Jaejoong for coming back in good condition. Fans love you so much. Im waiting for your Asia Tour. Either in Korea, Japan or Malaysia, hope i can attend and cheer up for you !!! 

Today 31 December 2016 will be his 1st fan meeting at COEX Mall in Gangnam, Seoul. Lucky fans to meet him today 🙂

Not to forget we are counting days for Yunho, Yoochun and Changmin too. For Junsu his enlistment is on February 2017. I am fan of 5. Still believe that one day 5 of them will reunite. AKTF ^^

My Dear Friend Lyrics by IU (Hae Soo)

credit video : A.mode

Hae Soo sings this song to Wang Eun on his birthday. Episode 7 Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo \^0^/

English Translation
As it blows past
But the one small ray of sun makes me smile
Everyone is so busy
They get on with their lives
But that one friend makes me smile
When I find a place where loneliness does not exist
Join me there my friend, come with me

My dear friend
Thank you for being you

Although the silent sky
seems different from yesterday
How can you blame anyone?

Maybe everyone in the world has nightmares
How can I cry by myself?
There’s a place I wanted to return to
Now even my footprints seem unfamiliar to me
My dear friend
Thank you for being you

credit : iu-jjang tumblr