Cara bancuh inai untuk rambut

Assalamualaikum

Ini cara aku bancuh inai untuk diletakkan di rambut. Aku rasa cara bancuh ni ada banyak version tapi hari ni aku tunjuk yang paling senang saja. Hanya menggunakan inai serbuk asli dan juga yogurt plain.

inai serbuk asli dan yogurt plain

masukkan inai ke dalam mangkuk yogurt. sukatan dia korang boleh agak-agak je. 

inai serbuk dan yogurttak perlu campur air langsung. just mix kan kedua-duanya sehingga sebati.

hasilnya begini

kalau nak warna gelap lagi boleh saja campur dengan asam jawa atau dengan benda-benda lain tapi yang tu nanti kita buat posting lain ye.

seterusnya aku pakai wrap container untuk balut kepala.

korang letak inai tu biar kena kulit kepala sama untuk kasi sejuk kulit kepala kita. letak keseluruhan rambut dan balut saja dengan plastik ni. biar lebih kurang setengah jam ke sejam lepas tu basuh. Nak basuh dengan air biasa atau guna shampoo pun boleh saja. 

hasilnya rambut aku jadi lembut dan warna coklat-coklat sikit. haha oh ya jangan lupa untuk sapu minyak zaitun dekat rambut. Nanti lagi jadi cantik 🙂

Aku simpan inai dalam botol comel ni. Botol ni masa beli dadih sedut. Trend sekarang semua pakat letak dalam botol.  Comel kan ^^

This entry was posted in BEAUTY.

3 Kegunaan Lemon Yang Super Awesome

miss  lemon

Assalamualaikum 🙂

Its already 8th of May and 40 days to Ramadhan. How time flies !

Macamana azam untuk kurus tahun ini ? Sudah ada progress ke ? Come on you can do it. Aku bukan nak kurus sebab aku memang dah sedia slim. My health goals are to have super clear skin, maintain to eat healthy and clean food and be fit.

Eh kita kena ada goals dalam setiap aspek kehidupan baru hidup jadi lebih semangat untuk mencapai matlamat kita tu. 

Untuk posting hari ni mari berbicara tentang LEMON. Aku yakin korang pasti tahu tentang buah yang super awesome ini. Lemon ada banyak khasiat dan kegunaannya. 

Dalam kehidupan sehari-hari aku banyak gunakan lemon untuk kesihatan, kecantikan dan kewangian.

Nak tahu apa, lets cekidaut !

Continue reading →

Rahsia Kecantikan Wanita Arab

rahsia kecantikan wanita arab

Assalamualaikum semua.

Cantik itu subjektif. Lain mata yang memandang lain penilaiannya. Kalau ikut citarasa sendiri, aku suka yang Chinese/Japanese look. Aku suka muka macam Dian Sastro. (Haha tetibe je Indonesian.) Aku tanya umi dia pulak suka yang jenis muka latin. Lain orang lain la kan. Mana boleh sama.

Yang aku nak share ni pasal orang Arab. Perempuan arab memang cantik. Walaupun orang Arab banyak yang jenis badan besar tapi kulit diorang cantik-cantik. Aku ada saudara yang tinggal di Arab Saudi. Memang orang Arab pure sebab zaman dulu-dulu tok sedara pindah ke sana dan kahwin dengan orang Arab. So keturunan depa semua lawa-lawa. Masa pergi umrah tahun 2012, aku sempat pergi rumah diorang. Perghhh memang lawa. Kulit bersih, putih melepak. Pipi pink-pink gitu. Jeles iolls…huhu

Banyak orang kata orang Arab depa makan minyak Argan. Mungkin la kan sebab tu banyak dah sekarang produk-produk kecantikan yang keluarkan Argan oil ni. 

Tapi yang aku nak share ni yang aku dapat masa aku buat akupuntur 2 minggu lepas. So kakak ni suruh aku amalkan 6 makanan sunnah ni kalau nak sihat dan cantik. Katanya ni amalan kecantikan orang Arab. Tapi ni juga aku pernah dengar dari Ustazah Norhafizah Musa. Dia pernah cerita pasal ni jugak dalam video ape ntah yang orang dok share kat fb. 

Continue reading →

Kinokuniya dan Cold Storage

Assalamualaikum, selamat petang.

Hari Sabtu lepas aku pergi KLCC untuk lepak-ing. Lepak berfaedah sebenarnya. Tempat untuk dituju adalah Kinokuniya. Aku suka datang KLCC untuk pergi 2 tempat ni saja. 

Kinokuniya + Cold Storage

Bagi aku inilah tempat paling cool untuk hang out. Pergi Kinokuniya tu sebab aku suka bau buku. Lepas tu masuk ke section travel, lepas travel ke section buku-buku healthy and diet, lepas tu bergerak ke motivation punya buku. Selok ke bahagian novel lak. Dapat buku yang best aku akan snap pic. hehe buat motivasi gitu

grab buku pasal Istanbul dan Seoul sebab berimpian nak pergi sini. huhu 

Dah beli buku apa yang patut turun ke Cold Storage tengok apa yang best. Wah wah mesti la best sebab ada green garden kat depan pintu masuk ni. Cantiknyaaaaa. Cold storage ni best sebab ni la ada je surprise kat depan ni. Hari tu jus delima. Hari ni sayur pulak. 

Dah la segar-segar je sayur ni murah pulak tu. Sayur pun ada sales. Cayalah. Apa lagi teruslah aku beli 2 jenis sayur. Salad dengan Coral.

Esok paginya tak tunggu lagi terus buat jus sayur. 

Tanam dalam bekas ni mcm ni. Ini hidroponik ke orang panggil ?

salad sikit, coral sikit, pisang dengan mangga

kasi blend semua

and tadaaa dah siap

Untuk sekali blend tu boleh dapat banyak tapi sebab aku bahagi untuk 3 orang, umi dan adik aku pun minum jugak so banyak nilah untuk aku. 

Minum ni kasi kenyang dan kejap lepas tu dah pergi ke toilet. haha 

Rahsia kecantikan paling utama ialah bila boleh pergi membuang. Jangan la simpan kekotoran berhari-hari dalam usus tu. Naya ! 

Korang yang susah nak pergi toilet tu amal minum jus hijau macam ni. Lega je pastu. 

Buku yang beli dekat Kinokuniya belum start baca lagi. Kena start baca oi, semangat !

This entry was posted in BEAUTY.

Fresh Jus Delima dari Turki

jus delima

Merhaba !! Baru nak update pasal jus delima pure dari Turki. Cerita ni last year, bulan November. Hari ni baru tengok pic balik baru teringat nak tulis pasal ni. Masa aku pergi KLCC dekat depan Cold Storage tu tiba-tiba ada sekumpulan lelaki dah set meja dan letak semua barang-barang sekali dengan buah delima. Orang Turki rupanya.

Woahhh, buah delima dari Turki. Besar dan segar-segar tu buahnya. Aku masa tu dengan umi. Kami terbenti sekejap sebab tertarik dengan cara buah tu ditekan dengan metal press juice. Ini memang jarang-jarang dapat lihat. Pertama kali aku tengok dekat Guangzhou. Orang dekat sana pakai mesin manual ni untuk dapatkan jus daripada buah oren.

Continue reading →

This entry was posted in BEAUTY.