DAUN The Gift Shop, Bali

Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu. Korang pergi mana hari ni ? Mesti pergi jalan-jalan kan. Jerebu pun dah takde sangat dah ni. Aku hari ni plan nak buat tote bag. Semalam aku dah beli bahan-bahan untuk aku eksperimen beg baru hari ni. Tunggu ye !

Cerita pasal trip aku ke Bali dah habis dah cuma aku nak highlight kan tempat yang best dan unik ada kat sana. Salah satunya adalah kedai yang jual barang-barang souvenier. Nama dia ialah DAUN, THE GIFT SHOP.

Masa 1st day jalan-jalan di area Kuta aku terjumpa kedai ini. From the moment aku nampak aku dah set ini memang tempat aku. Jadi kami masuk ke dalam sekadar look around. Alahai semua comel-comel belaka. Tak tahan betul aku tengok semua benda yang kecik-kecik tu. Dan yang best harga dia murah.

Sekadar buat tinjauan 5 minit terus ke luar dan cakap ok Imran last day nanti kita mesti datang sini lagi.

So as promised our last day before going to airport we went here and do last minute shopping. Nasib baik kedai ni bukak awal. Pukul 9 dah bukak. Kalau lambat memang melepas la sebab kena checkin pukul 11 pagi. Flight pukul 1 petang.

Aku memang suka suasana kedai ni. Susunan dan dekorasi memang memikat hati. Oklah mari lakukan tour dalam kedai ini.

DAUN GIFT SHOP

Aku masuk terus menuju ke tempat handmade pouch. Alahaiii comelnya diorang buat. Dari saiz besar sampai saiz kecik untuk letak syiling ada.
DAUN GIFT SHOP

DAUN THE GIFT SHOPIni bahagian beverage. Ada jual kopi dan teh asli Bali. Dia packing dalam paper bag macam tu. Aku beli 2 jenis kopi. 1 original dan 1 organic. Bau kopi, perghhh sedapnye.

Kedai ni 2 tingkat. Bahagian atas tak ada yang menarik sangat sebab lebih dengan patung-patung saja. Sebab tu aku tak snap gambar.

Dekat area tangga ni penuh dengan quotes/wisdom words. Aku memang suka bab ni. Kata-kata semua positif.

Life is like a road trip – enjoy each day and dont carry too much baggage

Eh aku pakai baju yang sama masa datang. hehe jimat baju. Dekat rak ni lama aku berdiri membelek-belek beg merangkap organizer. Uwaaa sedih sebab aku tak cukup duit nak beli. Aku terpaksa simpan duit sebab takut kat airport kena tax. Tapi rupanya sekarang dah tak kena tax dekat mana-mana airport Indonesia. Kalau dulu masa nak balik kena standby duit untuk bayar tax tapi sekarang dah tak lagi sejak Februari 2015. 

Aku usha je beg warna merah tu. Dalam dia ada banyak compartment. Para no1 beg warna merah tu. Nampak kan. Itulah dia. Ya Allah aku nak yang ni. Tapi tak ada rezeki. Sob sob sob. Perlukah aku datang ke Bali lagi sekali untuk dapatkan beg ituuu. huuuhuu

Selesai buat bayaran aku keluar dari kedai ni sempat menyinggah kedai sebelah pulak. Dah berhenti sini pulak mengusha dream catcher. 

Aku berkenan yang warna putih besar tu. Kalau buat hiasan kat bilik pun cantik tapi nak bawak balik Malaysia dengan bling bling tu tak ada space dah dalam beg. (sebenarnya alasan duit dah habis. hehe)

So apa yang aku beli kat Daun The Gift Shop itu ? Inilah dia..

pouch gajah , keychain gajah dan owl ni. oh ya tak lupa kopi bali

Nanti kalau korang pun sampai ke Bali jangan lupa ke kedai ni ya untuk beli ole-ole dari Bali. Harga yang murah dan yang penting unik dan comel. ^^

Aku akhiri posting ini dengan quote yang comel ini. 

There’s only 1 thing to do 3 words for you I LOVE YOU

Have a nice day 🙂

This entry was posted in Bali.

Jalan-jalan di Bali – Day 3

Hari ketiga dimulakan dengan membuat lawatan ke Batuan Temple. Kita buat lawatan ke tempat-tempat ni untuk melihat budaya bangsa lain. Memang agak berbeza dengan Hindu di Malaysia. Seperti kata tour guide kami Ecko, Hindu di Bali berbeza dengan Hindu di tempat lain. Sebagai contoh di Bali ada Hari Nyepi. Hari ini dikatakan sebagai tahun baru. Hari Nyepi bermaksud satu hari lebih iaitu 33 jam semua orang kena duduk diam-diam di dalam rumah/bilik tidak boleh keluar. Semua kena diam, berpuasa atau bertafakur. Elektrik juga harus dipadamkan. Tourist yang datang pun sama kena duduk diam-diam. Tak boleh keluar dari hotel. 

Setelah Hari Nyepi, esoknya itu adalah hari yang penuh kegembiraan bagi remaja-remaja dimana ada satu acara dipanggil Omed-Omedan iaitu ‘The Kissing Ritual’. Pada hari ini boleh cium sesiapa saja yang kita nak. Tidak boleh menolak. Sebab tu Ecko cakap “nanti datang lagi ye tahun depan, Hari Nyepi”  ramai yang datang boleh kiss siapa-siapa. Eh gila ! Kami Islam woii ! 

BATUAN TEMPLE

Seperti biasa bila masuk ke dalam ni kena pakai tali kain warna kuning atau kain yang disediakan sebagai tanda menghormati. Orang Perempuan yang sedang haid tidak boleh ke dalam kuil ini. Sekadar di luar pagar saja. Nak masuk sini pun kena kemas-kemas. 

Di dalam kuil ada kolam dan air pancur yang digunakan untuk proses penyucian. Masa kami datang tu ada 2 orang minah Salleh tengah mandi bawah air pancur. Kena mandi di bawah setiap air pancur. Kira dah mandi tu dah suci la tu kot. Aku tak amek gambar ye sebab depa mandi berkemban. huhu

Air ni datang dari kolam yang belah sana. Air yang suci menurut mereka. 

Ni pulak tempat untuk berdoa bagi couple yang susah dapat anak. Batu yang ada kain kuning tu melambangkan kelamin lelaki perempuan. Maklumat ni Ecko yang cerita naa. Aku cuma share aja sebagai pelajaran sejarah budaya Bali. hehe

Lepas tu kami pergi melawat kolam ikan. Bagi makan ikan. Kesian ikan-ikan kat sini sebab tiap hari dengar mantera agama Hindu. Aku cakap dengan ikan ‘sabar ye ikan, mesti hampa pening dok sini dok dengar depa dok sembahyang”. Faham ikan tu sambil makan makanan ikan yang aku lempar.

COFFEE PLANTATION

Seterusnya kami bergerak ke ladang kopi. Kami buat lawatan untuk tengok macamana kopi dihasilkan. Ada macam-macam kopi. Kami diberi 7 jenis untuk dicuba. Ada juga kopi luwak yang fames tu tapi kalau nak minum kopi tu kena bayar 50ribu. Yelah sebab mahalkan. Kopi termahal di dunia weh. Dibuat daripada taikk luwak. Luwak ni sejenis musang yang ada di Indonesia.

Si luwak tengah berehat

kopi

Biji-biji kopi yang akan diproses

Ada 7 jenis minuman keluaran syarikat ini iaitu kopi dan teh. Ada Kopi Bali, Coklat , Teh Halia, Ginseng , Serai, Roselle, Coconut. Aku paling suka yang coklat dan halia. Yummeh ! Tapi sayang aku tak beli apa-apa kat sini sebab jaga-jaga dengan fulus takut tak cukup. hehe sebab ada lagi tempat nak pergi jadi kena bajet ler. 

Kami lunch dekat Batur Sari Restoran. Haa sini best sebab dekat dengan gunung berapi. Nanti aku buat satu post pasal ni. So tunggulah ye…

Rice Terrace Tegalalang

Dah kenyang dan solat terus pergi ke tempat padi-padi. Nama tempat ni ialah Rice Terrace Tegalalang. Tempat orang tanam padi. Ramainya tourists kat sini. Macam-macam bangsa ada. Sambil menikmati view yang menghijau tu sambil makan-makan.  Kawasan situ kan berbukit. Ada lorong-lorong. Aku mampu di tingkat atas saja. Tak larat den nak turun naik turun naik.

Ni tourist dari Jepun. Gembira je dia nak wefie dengan nenek ni. Yang kelakar nya nenek ni pandai buat peace tanpa disuruh. Jepun tu cakap ” Obaasan, peassi-ssuuu – peassi-ssuuu”. Haha habis ambik gambar nenek ni buat sign mintak duit. haa berbayar ko ambik gambar aku. ingat free ke. Pastu Japanese tu macam blur-blur. Babak seterusnya aku tak tau sebab aku cepat-cepat gerak. 

Eh Kak Emah pun mampu bergambar dengan nenek ni tau. hahaha Aku tanya kena bayar dia ke. Tak pun Kak Emah jawab. Tak bagi takpe, kalau bagi niat sedekah je.

PASAR UBUD

Last sekali kami pergi ke Pasar Ubud. Pasar ni memang tumpuan pelancong. Tempat ni kira macam Central Market kalau kat Kuala Lumpur. Barang-barang kraf banyak dijual sini. Unik-unik. Baju dan seluar pun ada. Tapi kalau cari baju yang muslimah takde ye. Semua yang sleeveless . Kat sini harga mahal sikit tapi korang kena pandai tawar. Pandai kecek dapatlah harga murah. Dalam bab tawar menawar ni Kak Emah memang juara. Hahaha

Muka puas seorang juara tawar menawar. Yeayy Kak Emah berjaya beli seluar kembang yang sedap dipakai itu. Bape banyak ko beli kak oiii. haha Yang buat peace belakang Kak Emah tu nama dia Atikah, adik Kak Emah. Yang belakang tu pulak Nurul kawan si Atikah. Student lagi Atikah dan Nurul tapi dorang loloskan diri dari kelas untuk datang bercuti di Bali. hehehehe 

This entry was posted in Bali.

Jalan-jalan di Bali

Mari aku teruskan cerita trip di Bali. Tour bermula pada hari kedua. Seperti posting aku semalam sampai di hotel kami berehat dulu, mandi solat dan aktiviti bebas. Petang kami ber-7 keluar ke Kuta Beach untuk tengok sunset. Katanya cantik gilaaa. Tapi aku kan tak romantik jadi tak teruja pun. Sesuai untuk orang yang honeymoon la kot nak jalan di pantai sambil tengok matahari terbenam. Bukan kalau nak maghrib patut cepat-cepat balik rumah ke. hehe

Kuta Beach

Kuta Beach

Sepanjang pantai ni penuh dengan umat manusia yang rata-ratanya adalah mat dan minah salleh. Ada yang sedang mandi-manda ada yang sedang duduk-duduk saja, ada yang main bekejaran dengan anjing, sedang baring-baring sambil berbikini dan yang paling best ialah di bawah pokok penuh dengan mereka yang sedang minum arak. Berbotol-botol penuh atas meja sepanjang kawasan tu. Ok la aku kan kat tempat non muslim of coz la ni semua juadah biasa mereka. Buat-buat innocent lak gue ni. ampunnn

Kami jalan je kat kawasan tu untuk tengok-tengok apa yang ada. Ada restoran, ada pub dan kedai makan. Ternampak Hard Rock Cafe terus berhenti melihat ragam orang ramai. Heran semua berpusu-pusu nak ambik gambar dekat sini. Kami pun tak terkecuali. kekekeke

Jalan-jalan cari benda nak  makan sebenarnya. Tapi tak ada yang halal. Gerenti tak halal. Nasib baik la aku bawak 2 cup maggi dan roti yang beli masa kat Klia2. Cukuplah buat alas perut malam ni. Untuk hari esok tak perlu risau sebab 3 waktu makan sudah termasuk dalam pakej. Penat juga jalan-jalan malam ni. Balik hotel terus tidur. Esok pagi tour start pukul 830 pagi.

Pagi yang Indah – Hari Kedua di Bali

Hari dimulakan dengan melawat Tanjung Benoa. Di kawasan ini pelbagai aktiviti dilakukan antaranya ialah parasailing, jet ski, banana boat, snorkeling dan sport pantai yang lain. Kami yang tak bercadang untuk mandi hanya melakukan tour ke tempat turtle farm and friends. Mula-mula kena naik bot dulu untuk sampai ke sebelah sana. Jarak masa lebih kurang 20 minit. Sambil tu di tengah laut kita akan bagi makan ikan dulu. Ikan love-love katanya.

Cantik sangat sebab nampak dasar lautan. Cewah cewahh mata aku tembus ke bawah. Nampak ikan riang gembira berenang-renang. Indah sungguh ciptaanMu Ya Allah. Ni belum sampai Bora-bora lagi tau. haha

Sampai di tempat turtle farm and friends kami diberi penerangan oleh bapak karyawan di situ. Sambil pegang turtle posing-posing lah sikit, free je. Aku pun bergambar juga tapi ni aku letak gambar adik aku lah. Biar Imran glamer sikit. hihi

Dekat kolam satu lagi ada Ninja Turtle lak. Bapak punya besar saiz dia. Lebih kurang 7 , 8 tahun umurnya omong bapak karyawan kepada aku yang bertanya.

Seterusnya ada binatang-binatang lain seperti ular, kelawar, monyet, burung kakak tua dan ape ntah. Lihatlah Imran yang acah-acah berani pegang semua ni. Ular tu memang aku perati je dari jauh geli siot.

Sekejap saja tour di turtle farm ini. Entahlah aku tak minat binatang-binatang ni kecuali kucing memang aku sayang. Kalau ajak ke zoo memang tak pergi la aku. Seterusnya kami naik bot balik pengkalan dan terus menuju ke pantai seterusnya iaitu Nusa Dua.

Kawasan ni kira high class sikit. Kawasan dia macam lapang, sunyi aman tenteram saja. Hotel dan tempat penginapan yang mahal kat sini. Kalau sapa nak honeymoon yang nak privacy lebih silalah pilih area ni.

Nusa Dua

Sampai kat sini sumpah aku nak nangis. Gila ko pukul 11 pagi nak masuk tengahari rembang gi ke pantai. Ingat aku mat salleh apa nak sunburn kan badan. Uwaaa panas gila. Dah la takde pokok. Ya la mana ada pokok kat sini. Tapi pantai dia cantik jadi aku pun pi la posing-posing sat nak redakan jiwa yang panas ni.

Sebenarnya macam tak ada arah pun tapi kaki ni bergerak ke arah Water Blow. Yang kata tempat cantik macam air terjun tu. Jauh juga berjalan dalam panas terik tu. Tapi berbaloi sebab sampai-sampai Ya Allah cantiknya air dia. Sangat-sangat cantik. Stunning !

Lawakan haaa boleh buat kalendar ni. Semua pun pakat-pakat dok ambik gambar kat sini. Ada tourist dari Korea, China, Mat Salleh negara mana ntah semua silih berganti. Aku tak mampu lama-lama sebab panas sangat. Mampu balut muka gini aja untuk elakkan kulit muka terbakar. Kulit aku kan sensitif. huhu mmg tak taff.

Habis berpanasan disini kami terus ke Garuda Wisnu Kencana untuk buffet lunch di Beranda Restaurant. Tak ada yang menarik di sini kecuali patung Dewa Wisnu  yang besar bagak ni. Tapi besar lagi patung dekat Batu Caves. haha

No wonder lah banyak patung-patung kat Bali ni. 90% adalah beragama Hindu dan orang Bali dikatakan sangat kuat kepercayaan agama nenek moyang. Tapi rata-rata sini muka macam orang melayu je. Susah kok bedainnya. Aku bisa kok ngomong indon, wkakaka.

Tour kami diteruskan dengan pergi ke Pantai Pandawa. Bape banyak pantai daaa. Tapi kat sini sekejap saja. Cuma turun untuk ambik gambar. At least dah jejak kaki kat sini. Ayuh ke Pantai Pandawa.

PANTAI PANDAWA

10 minit saja kat sini. View sini pun cantik. Pemandangan dan pantai dia luas. Tak banyak orang mandi manda tapi aku perasan ada yang macam kayak pulak kat tepi tu. Ah lupakan Pantai Pandawa ayuh kita ke Dreamland pulak. Dreamland ni aku suka. Dalam semua pantai aku rasa yang ni paling dekat dengan jiwa aku.

DREAMLAND

Dreamland ni sesuai untuk surfer. Ombak diaa pergghhh lawa gila. Bergulung-gulung memang sesuai la nak surfing sini. Nak mandi pun best. Tak crowded macam Kuta Beach. Ermmm tapi kami tak mandi. Jadi aku pun layan lepak santai sambil memerhati orang-orang kat sini. Mat salleh juga weh yang ramai. Ada 1 family arab cute je atuk tu pi main ombak. hehe Mungkin next time kot kalau datang sini lagi memang aku pilih Dreamland. 🙂

Kisah pantai sampai sini saja ye. Next kami bergerak ke Uluwatu Temple. 

ULUWATU TEMPLE

Nak masuk ke dalam temple ni kena pakai tali kain warna kuning atau kain warna ungu sebagai tanda menghormati masuk ke kuil. Dalam kawasan ni masa lalu kat tembok yang seakan tembok besar China kena hati-hati sebab banyak monyet dok bertenggek. Kerja diorang adalah merampas spek mata pengunjung.  Jadi kena hati-hati. Tak lama aku kat area tu berapa banyak orang menjerit mintak balik spek kat beruk tu. Kalau kita tak bagi makanan dia tak akan pulangkan semula pada kita. Dia akan rosakkan spek tu.

 Jangan cari gaduh dengan beruk tu. Kalau pawang ada dia yang akan handle. Ni ha aku sempat snap 1 gambar atuk beruk. Kelaparan la tu asyik nak kacau orang. 

Lawa betul cliff ni. Aku tengok sama macam cerita Twilight. Masa Bella lompat terjun nak cari Edward. 

Sibuk betul bergambar Kak Emah ni, Atikah dan Nurul. Macam-macam posing. hehe Aku biasa-biasa je sekadar memerhati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah. Gituuuu…

Kiranya sunset jugak kat sini. Sekejap je matahari terbenam. Bila matahari terbenam ada tarian kecak tengah nak dimulakan. Nak masuk tengok kena bayar 100ribu. Takpelah aku tengok kat Youtube sajalah. Lagipun dah maghrib kot nak menari bagai. Hantu setan seronok la.

Kami terus gerak turun untuk pergi makan malam. Candle light dinner di Jimbaran. Romantik la kekdahnya. haha

 

This entry was posted in Bali.

Terbang dengan Malindo Air ke Bali, Indonesia

Assalamualaikum and hello. 

Aku baru balik dari Bali 2 hari lepas untuk short vacation tahun ini. 4 hari 3 malam saja cukuplah buat rehatkan minda dan badan. Kali ni aku terbang dengan Malindo Air. My first time flying with this airlines. Aku beli tiket masa bulan Februari. Masa tu ada promotion dengan harga RM150 sahaja return. Okay sangat-sangatlah murah termasuk dengan luggage 20kg lagi. Dengan offer murah macam ni aku dengan cepatnya grab 2 tix ke Bali. 

Lihatlah keadaan luar airport yang jerebu teruk. Tebal sangat. Aku takut juga flight dibatalkan tapi alhamdulillah penerbangan on time, tak ada delay. Flight pukul 9.20 pagi dan perjalanan ke Bali mengambil masa 3 jam sahaja. Trip ni aku pergi dengan saudara jauh aku. Kami ber-7 termasuk adik aku. 

Ruang tempat duduk Malindo Air lebih besar kalau dibandingkan dengan Air Asia. Tak rasa sempit sangat. Kalau AirAsia orang nak keluar pun kita kena bangun dulu. Bab ni Malindo Air dapat 1 point. Dalam Malindo setiap seat ada screen di depan jadi kita boleh lah tengok movies/tv show atau main game. At least tak boring sangat dalam perjalanan.

Tapi pendapat jujur aku sangat boring dengan semua movie yang ada dalam ni. Semua cerita tak best. Memang ada pilihan Hollywood, Bollywood, Tamil, Indonesia, Cina tapi aku hairan kenapa pilihan cerita dia semua yang tak best. Malindo Air kena update dengan movie-movie yang latest dan popular. Sebabkan tak best aku ambil keputusan untuk tidur saja. 

Malindo Air

Malindo ni baik hati juga walaupun tambang murah tapi setiap penumpang akan mendapat refreshment air mineral dan juga biskut. Waktu balik pun begitu. At least dapat lah kudap-kudapan. Seperti Air Asia makanan ada dijual di atas plane. Pilihan makanan juga lebih kurang sama. Harga seingat aku sama aja.

Sebabkan aku dah breakfast nasi lemak kat foodcourt KLIA2 jadi aku hanya beli ini saja untuk aku hilangkan keboringan sebab movie dia tak best.

Mister Potato dan Mineral Water saja.

dan Imran macam biasa kena makan nasi. 

Nasi Lemak Chicken Rendang – RM13

Perjalanan 3 jam seriyes tak terasa. Kejap je dah sampai. Kalau pergi Jakarta lagi lah 2 jam saja. Bila masuk ke ruang udara Bali, wahhhh cantiknyaaa pemandangan luar. Bila tengok bawah uwaaa cantik sangat laut dia.

Dekat Bali tak ada jerebu. Untung la ye semua jerebu dari Indonesia dieksport gi Malaysia. huhu 

Sampai di airport Ngurah Rai pukul 12.20 tengahari. Ok airport dia cantik dan luas. Penuh dengan ukiran-ukiran patung di bahagian luar. 

Kami dijemput oleh tour gouide dari BaliShandiTour. Hari ni tak ada aktiviti apa-apa, aktiviti bebas saja. Sampai di hotel terus lompat atas katil sambil on wifi hotel. Selamat berehat !

Oh ya, Thank You Malindo Air. Nice flying with you 🙂