Cara pakai inai merah di jari

Assalamualaikum, selamat nak tidur. Whatcha doing ? 🙂

Aku bila tengok keyword yang masuk ke blog ni banyak giler orang cari pasal inai. Korang nak kaweennn ehh, sebab tu dok cari pasal inai. hehe Inai rambut, inai jari, inai merah. Ada yang tulis nak beli kat mana inai la. Jangan risau meh meh beli dengan aku, aku ada jual inai serbuk asli.

Posting yang lama aku dah cerita pasal inai pakai kat rambut kan. Kali ni aku nak share pasal inai pakai kat jari pulak ye. Aku tak pakai yang jenis tiub tu. Favorite aku memang jenis serbuk. Sebab tu aku suka pakai yang serbuk asli ni sebab boleh pakai kat rambut dan jari. Lepas tu still ada bau daun inai. best, best.

So macamana nak dapatkan warna inai yang cantik ? Warna merah yang cun ituuu. Yang aku share ni version aku tau. My style. Orang lain mungkin ada cara diorang sendiri. Boleh try and adjust.

Aku guna inai serbuk asli, minyak zaitun, lemon, apple cider dan minyak cap kapak. Aku buat campuran ni hanya untuk 5 jari tangan kiri saja. Karang pakai kat 10 jari orang ingat aku baru kahwin pulak. So 5 jari is ok. ^^

( Alamak takde pulak gambar paste masa ni aku lupa nak snap terus letak dalam peti sejuk. Nanti aku buat lagi sekali aku update k )

Make sure paste yang korang buat tu tak terlalu cair ye. Biar macam adunan biskut gituu supaya senang kita nak letak kat jari nanti.

Cara-cara pakai :

1. Mula- mula pakai salotape dekat jari untuk kita tandakan line panjang mana kita nak letak inai dari kuku. Pakai salotape supaya line inai kita tu kemas je. Takde la herot dan tak sekata.

inai dan salotape

(gambar ni aku ambik malam ni 29hb, sebab masa pakai inai last week aku tak snap pic yang pakai salotape ni. nak bagi hampa paham jadi aku ambik la malam ni. so inai yang kat kulit dah pudar, tinggal merah kat kuku saja)

lepas dah pakai salotape tanda macam ni bolehlah letak paste kat jari. nak pesan masa letak salotape tu jangan la kuat sangat nanti darah tak jalan pulak. Sian jari ampa, darah tak jalan. 

2. Letak paste sama rata dekat jari. Boleh agak-agak nak tebal ke sederhana. Aku pakai sudu je masa nak letak tu. Kalau ampa ada berus boleh jugak lagi senang. Siap letak kat satu jari cepat-cepat balut pakai salotape lagi. Hasilnya jadi begini.

inai merah di jari

(masa aku pakai ni last week 20/1 pukul 5.30 petang, takde sapa tolong aku jadi lihatlah salotape yang huru-hara asal boleh lekat saje )

aku start pakai pukul 5:30 pm sampai pukul 6.45 pm saja. 1 jam setengah dan hasilnya seperti di bawah.

inaiiii

( haaa dah merah kannnnn. walaupun comot-comot. yelah aku pakai sendiri salotape tu jadi herot sikit and inai pun tak sekata )

Aku tak puas hati sebab warna dia tak merah yang aku idamkan jadi malam sebelum tidur aku suruh adik aku pakaikan elok-elok2 salotape kat jari aku. 

Aku pakai balik pukul 11 malam sampai esok pagi aku bangun lebih kurang pukul 4.30 pagi. Dan inilah hasilnya yang aku nantikan. 

Gambar di bawah aku snap masa pagi aku pergi exercise. 

besar pulak gambar tangan ni. hihi

inaiii

Cantikkan warna merah inai ni. Aku gembira sangat asyik nak ambik gambar tangan saja. haha

Hampa kena ingat bila pakai inai serbuk ni jangka hayat kemerahan tu tak lama. Ye la kan ni inai asli. Inai pokok tu. Jadi memang kena air lama-lama tanggal la warna dia. Lain la kalau yang ada chemical ke apa yang tu kekal la kot warna dia. 

Senang cakap inai serbuk ni halal la, takde campuran bahan kimia atau benda yang pelik-pelik dan boleh pakai kat rambut dan jari. Boleh bawak solat. Boleh pakai masa hampa nak kawen nanti. Pakai ramai-ramai dengan saudara mara. Alaaa kalau tak kawen pun pakai sajalah. Bukan pakai inai ni khusus untuk pengantin je. 

Oh ya aku ada buat sales untuk inai serbuk ni. Wait for tomorrow okay 🙂

Jaljaaaaa ! (ngantuk dah) mari tidurrrr

This entry was posted in D.I.Y and tagged .

2 comments

  1. sue says:

    hi! thanks for sharing. nak tanya exactly berapa sukatan untuk bancuh inai ye? and berapa lama perlu biar inai dijari sebelum cuci? thank youuu

    • imaa says:

      hi..biasanya ikut pada berapa orang nak pakai kat jari..klu sepeket tu 5 org boleh pakai. tp kalau seorang pakai utk 10 jari agak2 je..4,5 sudu inai serbuk. pastu campur bahan2 lain mcm lemon skit, minyak zaitun sikit. berapa lama pakai tu klu saya suka pakai sebelum tidur esok pagi bangun baru basuh.. tapi kalau 2-3 jam pun dah merah..apapun merah tu bergantung pada orang jugak. setengah org pakai kejap je dah merah. setengah org kena lama baru merah..cubalah mana yang sesuai dengan awak 🙂

      balut dengan salotape ye 🙂

Leave a Reply