Cara buat KIMBAP

KIMBAP

Hello peminat makanan Korea semua. 

Tiba-tiba hari ni aku teringat nak makan Kimbap. Oh Kimbap !

Dah lama tak makan ni. Kimchi pun sama. Sejak tak berapa nak pergi rumah auntie aku jadi melepaslah nak makan semua ni. Kita busy ok. Masing-masing busy. Auntie aku sangat busy dari last month sebab dia dalam proses membuka Akademi Jahitan sendiri. Wah wah tahniah to my auntie. Im so proud of you.  (^.^)

Sebenarnya tak perlu tunggu auntie aku buat Kimbap pun. Aku sendiri boleh buat. Adik aku lagi la terer buat. Cuma kita ni malas nak buat sebab nak mencari bahan-bahan tu je. Hehe

Aku teringat yang dulu aku pernah share tutorial buat Kimbap dekat FB dengan kawan-kawan aku. Tapi tu tahun 2013 ler. Haha takpe kan. Aku share sini ok sebab dah ada gambar dan video. Ni masa ada event kat centre nenek aku.

CARA BUAT KIMBAP

Bahan-bahan yang diperlukan

  1. Beras Korea atau Jepun (beras kita memang tak boleh la sebab jenis tak melekit)
  2. Kim (dalam bahasa Korea) @ Seaweed
  3. Lobak merah
  4. Lobak putih
  5. Telur
  6. Hot dog/ Ketam
  7. Daging Kisar
  8. Minyak bijan dengan bijan
  9. Bayam yang dicelur
  10. Tikar gulung buluh kecik comel boleh cari kat store korea or jepun.

bahan-bahan buat kimbap

Untuk seaweed pastikan yang halal tau. Walaupun orang cakap seaweed saja tapi kena hati-hati sebab takut masa proses pembuatan ada campuran perisa ke apa yang tak halal. Nenek aku beli yang ini selalunya. Ada halal HACCP. 

Letakkan seaweed di atas tikar buluh lepas tu letakkan nasi atas seaweed. Separuh sahaja. Kemudian boleh mula susun bahan-bahan lain. 

Dan hasil setelah digulung seperti ini. 

Sory la weh masa hari kejadian ni aku tak dapat la nak ambik pic step by step sebab aku busy jadi tukang gulung Kimbap. Lagipun semua bahan-bahan auntie aku yang sediakan. Aku sampai-sampai semua dah siap tinggal gulung saja.

Nasib baik dapat rekod video. Aku dapat rekod pun masa auntie aku tengah buat demo sebelum aku dan sepupu ambik alih untuk menggulung.

Untuk tak memeningkan kepala korang sila tengok video terus ye. Sebelum tu aku mintak maaf lagi sekali sebab kualiti video yang tak berapa stabil dan awal-awal tu ada suara adik sepupu aku yang nak buat Kimbap juga. hehe

Harap faham ye dengan tengok video ni. Kacang je

Tak susah pun nak buat cuma bahan-bahan tu saja yang renyah sikit. Lagipun Kim/Seaweed kena cari kat Korea town kat Ampang. The rest macam beras semua tu boleh cari di supermarket je. 

Arghhh lapar la bila cerita bab Kimbap ni. Takpe takpe aku tunggu makanan sampai sebab adik aku pergi pasar malam kejap tadi dan aku dah order popia basah. 

Popia basah and Kimbap lebih kurang la. Kena gulung-gulung gak. hehe

8 comments

    • imaa says:

      maaf lambat balas. kalau ikut resepi orang korea memang dorang akan pakai minyak bijan. sesame oil..
      minyak zaitun tak pernah cuba lagi. cubalah pakai minyak zaitun, ubah-ubah resepi ikut selera kita. hehe

Leave a Reply