Baju Kurung Pahang

Salam 7 Ramadhan dan Jumaat pertama di dalam bulan yang mulia ini 🙂

Apa fesyen baju raya korang tahun ni ? Kalau 3 atau 4 tahun lepas semua pakat sibuk dengan peplum. Sana sini orang jual design peplum. Habis peplum mai pulak design maxi/jubah. Dah semua orang pakat beli jubah. Yang lelaki pun sama nak juga pakai jubah masa hari raya. Ala-ala arab gitu. Tapi lain pulak jadinya bila jubah tu fit semacam. Ewww 

Tahun ni pulak dari pemantauan aku secara kasar di facebook dan instagram, brand tempatan banyak keluarkan design2 moden. Semua yang dah diinovasikan. Macam-macam rupa ada. Ye la nak pergi beraya semua pun mesti nak vogue. Tapi ada jugak design yang tak best sebab sangat ketat ikut shape badan abis, camner eh nak berjalan, nak makan. Kena control-control la nanti..

Dalam semua brand dan design untuk raya tahun ni aku pilih Fazbulous Kurung Pahang sebagai yang paling cantik dan sopan. Aku rasa cantik gila baju ni sebab Fazura yang pakai ke camner ? haha Fazura memang dah cantik, pakai apapun cantik. 

Kalau kita yang pakai baju kurung ni pun mesti cantik. Design yang tak ketat, motif yang comel, labuh dan yang penting material ialah heavy cotton. Untuk baju kurung Pahang yang Fazura keluarkan ada 3 design. Macam kat bawah ni.

Cantikkkannnnnn…sweet sangat ketiga-tiga design ni. Tapi kalau nak nampak lagi sweet haruslah selim badan tu. Haa,..pulunlah nak bagi kurus sempena raya ni kan. hehe

Bab harga pulak kalau tak salah RM249 sepasang. Yang aku baca kat komen2 kat ig House Of Doll ada yang tulis. Kalau korang berkenan bolehlah jalan-jalan sekejap kat ig Fazura (Missfazura) atau My House Of Doll (myhouseofdoll). 

Aku harap nanti aku ada rezeki nak beli baju kurung by Fazura ni. Untuk tahun ni baju raya aku baju kurung jugak. Tapi baju kurung cotton yang biasa-biasa jeee, murah-murah je..hihi

bye 🙂

 

This entry was posted in sembang.

Leave a Reply