Baju Kurung Cotton Moden

Assalamualaikum, hi girls 🙂

Fesyen datang dan pergi. Semoden mana baju yang ada di pasaran baju tradisi jugak yang paling best bila pakai. Tak lain tak bukan ialah baju kurung. Yeay, dulu heboh dengan jubah-jubah tapi aku rasa now orang dah back to baju kurung again. 

Ingat tak sebelum raya dulu aku cerita pasal baju kurung yang cantik, berkualiti dan mampu milik. Kain cotton, bunga kecik-kecik, sweet je bila pakai. Haa, inilah dia. baju kurung cotton moden !!!!

Well aku ajak korang pergi usha stok-stok yang baru masuk. Cantik-cantik tau, ni nak raya haji nanti boleh melaram dengan baju kurung cotton moden ni. 🙂

Stok baru seperti di bawah, korang tengok ni.

Cantik kan design-design ni. Kalau korang pakai sure cantik dan sweet macam awek-awek yang pakai kat atas tu. 

Details seperti di bawah :

Baju Kurung Moden
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
MATERIAL : english cotton
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
🌼 Kain % English Cotton.
🌼 Kain lembut dan sejuk.
🌼 Kain senang di iron.
🌼 Kain yang tidak mengecut.
🌼 warna tidak pudar 
🌼 kain cotton yg mudah dijaga
🌼 dijamin berkualiti

Saiz XS – XL

DESIGN : modern( bukan jenis potongan ketat)

JENIS KAIN :
Kain selisih depan ( kain pakai)

Harga : RM65.00 sepasang.

postage 📦📦📦

📬semenanjung – rm7
📬sabah/sarawak -rm10

Jadi kalau ada yang nak usha dan berminat nak beli boleh beli dekat sini ya. Adik aku yang punya page 🙂 Klik nama page tu  ye.

Baju Kurung Cotton MMM

Aku jamin kualiti dan design memang ok sebab aku pun ada baju kurung cotton moden ni. Tapi aku nak cakap yang stok memang cepat habis. Asal masuk stok je habis. Barang baik kan. hehe

Selamat menyopping  yer 🙂

Dante kucing ku yang pergi :(

Assalamualaikum..lama tak menulis. Semoga semua baik-baik saja disana.

Aku sedih teramat sedih dengan kematian kucing aku 2 hari yang lalu. Bagi orang yang tak suka kucing dan tak pernah bela kucing mungkin tak tahu perasaan seorang yang sayangkan kucing. Mungkin cerita ini bukan untuk anda. Jadi boleh pass okay.

Walaupun memang sudah ditakdirkan kucing aku mati tapi kisah disebalik kematian ini sangat mengecewakan aku dan memang bikin aku emosi setiap kali teringat ayat Dr.

Ceritanya begini. Kucing aku Dante, betina dan berumur 1 tahun tak sihat dimana aku notice dia kencing berdarah. Kali ke3 dia mula kencing berdarah di dalam rumah, aku dan adik pada hari Sabtu 22 Julai 2017 membawa Dante ke satu Vet yang tak berapa jauh dari rumah. Masa masukkan Dante dalam kereta dia dah mula berbunyi. Dari luar carrier aku pujuk dia ” kejap ye Dante, kita nak pergi jumpa Dr cek Dante sakit apa”. Biasalah ada kucing aku yang suka naik kereta dan ada yang takut.

Aku pergi dalam pukul 11 pagi dan macam biasa klinik haiwan tu sentiasa penuh. Pada hari tu kalau tak silap aku ada 3 orang Dr yang bertugas. Aku dan adik kena menunggu lama sehingga klinik tutup untuk rehat. Bila sampai giliran kami masuk untuk berjumpa Dr yang bertugas. Dr tanya sakit apa dan kami terangkan yang Dante kencing berdarah. Dah 2 hari macam ni dan sebab dapat advice dari pencinta group dunia kucing supaya bawak Dante cepat ke vet takut ada batu karang.

Ok fine Dr cakap mungkin juga batu karang tapi dia juga tak sure. Dr pun buat beberapa conclusion mungkin ada infection dekat saluran kecing whatsoever. Dr kata kena buat blood test untuk tahu apa penyakit Dante sebenarnya. Sebabkan dah waktu rehat Dr cakap kena tinggalkan dia sebab nanti petang baru dapat buat test tu. Kami pun iyakan saja sebab lebih baik dia ditahan di vet dulu. Dr cakap esok akan call untuk bagitahu result test.

Aku dengan berat hati masukkan Dante dalam carrier semula dan pesan ke Dante ” duduk elok-elok, esok kita datang ambik balik ye”. Dante tak bunyi sebab dia tak sihat kan. Aku dan adik ke kaunter dan bayar RM50 untuk deposit.

Esoknya Ahad 23 July aku menanti panggilan daripada Dr sebab janjinya begitu. Sampai tengahari aku dah risau kenapa Dr tak call lagi. Lagipun hari Ahad klinik ni tutup awal. Bila dah sampai waktu klinik tutup adik aku whatsapp no Dr dan tanya apa perkembangan Dante, blood test result. Senyap tak ada balasan.

Isnin 24 July aku menunggu lagi panggilan dari Dr dan pukul 1 tengahari whatsapp dihantar lagi untuk bertanya tentang blood test Dante. Kira-kira pukul 2:30 petang ada panggilan daripada Dr dan dia bercakap dengan adik aku bagitahu yang dia baru buat blood test tu. Result dia akan update petang nanti. Aku hairan kenapa blood test tak dibuat pada hari Sabtu lepas waktu rehat tamat. Kalau Sabtu tak sempat kenapa hari Ahad tak buat kenapa baru hari Isnin. Bukankah blood test tu prosesnya tak lama ? Tak mungkin ambil darah kucing dan dihantar ke makmal yang lain. Ok sampai ke petang tak ada update tentang blood test. Senyap lagi.

Selasa pagi 25 July aku dah ready ke Vet untuk check Dante lagipun tak puas hati sebab janji Dr nak update tapi tak update2. Pagi tu aku bawak sekali kucing aku yang nama Hae Soo sebab dia selesema. So kami register untuk Hae Soo pulak dan bila turn sampai Dr panggil dan masuk ke dalam bilik Dr cakap pasal Dante. Ok takpe nak selesaikan Hae Soo dulu. Dia check bagi injection dan makan ubat settle. Move to Dante pulak, Dr keluarkan kertas blood test dan mulakan sesi penerangan.

Aku perhati saja kertas tu sambil tekun dengar penerangan Dr. Dr cakap darah Dante tak dapat detect apa-apa penyakit. Bladder dia ok. Buah pinggang dia pun ok tak ada masalah batu karang. Dr cakap mungkin saluran kencing dia bermasalah jadi nak kena masukkan tiub dan keluarkan semua darah. Aku tanya Dante ada selera makan ke tak. Dr cakap dia tak ada selera makan, very dehydrated kena forced feed. Keadaan kencing dia masih berdarah tapi dah agak berkurangan kata Dr. Ok alhmadulillah part ni.

Tapi Dante still kena warded lagi sebab nak pantau keadaan dia. Takpelah apa yang terbaik untuk kucing aku. Dr cakap pergilah tengok Dante. Aku dan adik dengan happy ke bilik belakang untuk tengok Dante. Bilik belakang penuh dengan kucing-kucing di dalam sangkar.  Kucing untuk dirawat dengan pelbagai rupa. Dr cakap Dante di sangkar bawah sekali hujung tu sebab sangkar tu saja ada. Aku dengan perasaan yang takut campur happy terus panggil ” Dante, Dante “.

Sebak gila bila dia terus bangun dan bunyi suara dia tu ” meow, meow” tak henti. Adik aku bukak pintu sangkar dan aku nampak kaki dia kena letak drip untuk masukkan air dalam badan. Air mata aku terus keluar. Aku cakap dengan Dante ” Dante, Dante cepat sihat tau. Nak balik rumah tak. Cepat baik eh. Sorry tau Dante kena macam ni. ” Aku usap badan dan kepala dia. Tapi sekejap je dia dah pandang ke bawah dah tak tengok muka kami. Sedihnya….:(

Tak lama aku kat situ, aku cakap ” Dante, esok kita balik tau”. Last aku pegang badan dia. Kunci sangkar balik dan terus ke kaunter untuk buat payment. Bayar untuk treatment Hae Soo RM54 dengan ubat dan adik aku bayar RM200 untuk Dante lagi. Sengaja bayar dulu sebab tak nak terkejut kalau dapat bill nanti. Ok Dr macam biasa kata nanti akan update pasal Dante dengan kami.

Nak dijadikan cerita malam tu kami satu family pergi dinner kat luar, sampai je kat rumah tiba-tiba abang aku jerit. ” Weh ada kucing kat bawah motor ni ” dah sudah, kucing mana lak ni mai rumah ni. Adik aku pergi dekat kucing tu dan cuba angkat dia..Ya Allah teruknya kucing ni. .Penuh kotor kat kaki, bulu teruk. Telinga penuh kurap. Bahagian leher macam ada kesan kena ikat. Memang teruk kucing ni. Memang tak tahu dari mana datang. Kami bukak sangkar dan masukkan dia dalam tu bagi dia minum dan makan. Sesama kami bincang nak buat apa dengan kucing ni. Abang aku cakap bawaklah pergi Vet esok kesian tu. Bil dia tanggung. Ada la sebab Allah hantar kucing sesat ni untuk kami rawat.

Esoknya Rabu 26 July pagi adik aku yang pergi ke Vet. Sekadar bawak kucing seekor ni adik aku boleh handle. Aku pesan cek Dante sekali. Kali ni adik aku jumpa dengan Dr perempuan pula. Yang sebelum ni Dr lelaki. Bil untuk kucing sesat ni RM140. Adik aku cerita dia pergi ke bilik belakang tengok Dante dan keadaan dia nampak macam ok. Dia respond bila nama kena panggil dan nak keluar sangkar. Tapi adik aku cakap ada darah dekat surat khabar. Darah dengan air kencing yang agak jernih. Harapan aku Dante dah semakin membaik. Tapi hari tu adik aku tak ambil gambar dia. Aku kecewa.

Khamis 27 July badan aku tak sihat. Pikiran aku asyik fikir Dante saja. Aku demam sikit nak buat kerja pun tak larat. Jadi sepanjang pagi aku rehat dan tertidur dalam pukul 11 lebih macam tu. Aku terjaga sebab aku mimpi Dante. Aku ingat yang dalam mimpi aku tu Dante lari dari Vet dan balik rumah. Dia nampak aku terus lompat dan peluk aku. Dengan bulu dia yang tak terurus, luruh dan aku tengok mata dia teruk sangat. Dia cakap dia sakit sangat. Aku menangis dan terus aku terjaga dari tidur.

Aku cerita kat adik aku yang aku mimpi Dante ni. Dia sakit nak balik. Aku tak putus-putus doa Ya Allah sembuhkan la Dante. Aku cakap dengan adik aku esok aku nak tengok Dante dan nak bawak dia balik. Ya la takde apa-apa2 update lepas blood test tu. Bengang la weh.

Petang pukul 6:54 pm ada missed call dari no Dr. Beberapa minit pas tu dapat sms dari Dr. update tentang Dante. Dalam message tu nak maklumkan yang Dante POSITIVE FELINE LEUKEMIA VIRUS ! Keadaan dia tak berapa bagus hari ni. Tersentap hati aku lepas baca sms tu. Terus call balik no Dr tapi tak diangkat. Aku hantar sms tanya teruk ke Dante. Takpe esok pagi saya datang ye. NO REPLY

Aku dengan sebak dah rasa lain macam terus google nama penyakit ni. Dan terus aku menangis sebab tulis sini virus ni takde cure. Ya aku nangis kat dalam bilik, aku solat maghrib doa kat Allah banyak-banyak supaya Dante bertahan. Sumpah aku risau gila sebab Dr cakap keadaan tak berapa bagus. Sampai ke malam air mata aku keluar je, sedih sangat bila pikir. Aku tenangkan hati dengan takpe esok nak tengok Dante dah. Esok jumpa Dante.

Pagi esok Jumaat 28 July aku dan adik2 aku pergi ke Vet dalam pukul 10:20pagi. Sampai-sampai dah ramai orang dalam tu. Makcik-makcik yang ramai sebab hari Jumaat kan. Adik aku ke kaunter cakap nak jumpa Dr sebab Dr sms semalam pasal Dante yang tak ok. Kami kena tunggu giliran lah kan macam biasa. Rasanya giliran kami no 6.

Lamanya cuma nak jumpa Dante. Tak ada arahan untuk ke bilik belakang pun. Aku memang tak suspect apa2. Lagipun baru perasan seorang Dr ni baru sampai.  Dr lelaki tak ada  ya la Jumaat kan. Tunggu la kami kat situ. Sorang-sorang dipanggil masuk. Jam dah tunjuk pukul 12 tengahari. Mengeluh juga la aku sebab aku cuma nak tahu keadaan Dante saja.

Akhirnya sampai giliran kami yang tunggu dah dekat 2 jam ni. Dr yang sms kami semalam panggil masuk ke bilik. Aku senyum-senyum sebab tak sabar nak tahu keadaan kucing aku. Sambil pandang muka adik aku, aku tengok muka Dr. Dia tarik nafas sambil betulkan tudung ” Pasal Dante, Dante dah mati” Spontan aku dan adik aku menjerit ” hah” Dr ulang ” Dante dah mati semalam” gila apaaaaaaaa. Bukan berita kematian kucing aku yang nak dengar. Tak terlintas langsung aku yang Dante mati. Sumpah. Air mata aku terus keluar. Tahan-tahan aku nak marah kenapa tak bagitahu semalam. Yang semalam sms aku cakap keadaan Dante tak berapa bagus tu apa !!!! Kalau Dante dah mati semalam kenapa tak call aku. Aku kan sms balik tanya keadaan dia.

Dr dengan explanation saintifik dia bla bla bla aku dah tak nak dengar. Dia cakap sebab Dante dah makin teruk dia buat ujian FeLV tu dan ternyata positif. Dia akui salah dan mintak maaf sebab lambat detect. Semua sebab blood test yang tak stabil la. Ok maksudnya bila Dante dah nazak adakah baru buat test FeLV tu. Dia cakap dia ada nak call untuk refer ke UPM mana tau UPM boleh buat something. Aku tak nak dengar dah explanation ni aku tanya dia masa sms semalam tu Dante dah teruk ke. Yes dah teruk dan MATI after that. BUT WHY WHY kejam sangat tak call aku. Dante tu kucing yang bertuan. Aku ni ha tengah tunggu bersedih kat rumah macam orang gila.

Dan aku dan adik aku macam orang bodoh tunggu 2 jam dekat ruang menunggu nak tengok Dante padahal dia dah mati. Korang bayangkan weh, bayangkan. Kenapa lepas Dante mati tak call aku, kenapa awal pagi tak call aku. Kenapa tak inform aku yang kucing aku dah matiiiii.

Dan ya mayat Dante dah dibungkus elok ada dalam peti ais kat sebelah aku ni. Sedihnya aku. Nak cakap apa lagi. Air mata dah laju, adik aku pun muka dah berubah, tahan nak nangis. Ok aku tak nak panjangkan lagi aku cakap berapa kos semua. Dr cakap tak kira lagi dan kejap dia kan kira dan boleh ambik mayat Dante.

Aku keluar dari bilik tu menuju ke depan sambil keluarkan handphone call Imran terus aku menangis sambil bagitau kat Imran yang tengah tunggu dalam kereta yang Dante dah mati. Aku menangis kat depan makcik-makcik yang ramai kat dalam tu, aku tak peduli. Aku datang dengan harapan besar nak bawak balik Dante, tapi aku bawak balik mayat dia………kejammnyaaa

Aku redha memang dah takdir kalau dah sakit dan mati. Yang aku tak puas hati kenapa aku baru diberitahu kematian dia pukul 12 lebih. Katakan mati pukul 8 malam semalam kenapa baru sekarang bagitau aku. Dante bukan kucing jalanan, dia kucing yang ada tuan. Nazak ke apa ke mesti bagitau tuan dia. Aku bayar kot bukan free semua service ni. Tolonglah update, orang whatsapp seen tapi tak boleh nak reply. Cakap lah apa pun jangan diam je.

Mintak maaf pun tak guna sebab Dante dah mati. Aku sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Yes betul dah takdir dia mati tapi sangat tak bertanggungjawab bila kematian Dante tak dimaklumkan dan biarkan aku macam orang bodoh tunggu 2 jam untuk dengar berita kematian Dante.

Bayangkan aku masuk dengan penuh positif nak jumpa Dante dan bila aku keluar dari klinik tu aku menangis macam orang gila. Aku menangis teruk dalam kereta. Imran terkejut dan dia tanya aku marah tak Dr tu. Aku cakap nak marah pun takde energy. Aku tak boleh fikir apa2 dah. Adik aku still dalam klinik untuk settlekan bayaran dan ambil mayat Dante.

Total bill untuk 6 hari Dante kat situ RM497. Yes kita bayar semua dan kita tak diberitahu kematian Dante. Good job. Kami balik rumah dan aku nangis lagi bukak bungkusan tu. Tengok mayat dia..Ya Allah, Dante maafkan aku Dante. Sedihnya aku menaip ni. Lepas solat Jumaat aku dan adik aku pergi tanam Dante di tanah kat depan sana. Memang tanah perkuburan untuk kucing-kucing aku yang mati. Dah berbelas ekor dah kucing yang tanam kat sini.

So ini kematian kucing yang benar-benar susah aku nak terima. Sampai ke hari ni aku still menangis  bila teringat ayat Dr tu. ” Dante dah mati”.

Dante ni kucing kesayangan aku no2. Ada banyak-banyak kucing mestilah ada yang sayang lebih. Dari dia kecik aku memang jaga dia, tidur dengan aku, selalu lepak kat bilik sama-sama. She’s part of the family. So aku sangat sayangkan dia.

Berbahagialah Dante bersama kucing-kucing aku lain yang dah mati. Aku selalu berdoa supaya Allah bagi aku peluang kat akhirat nanti untuk aku jumpa balik semua kucing yang aku pernah bela dulu. Raja, Cici, Mimi, Duke, Haru, Dante. Cari kakak ye nanti.

I love you Dante, im sorry 🙁

p/s: untuk owner2 kucing yang hantar kucing anda ke vet please make sure vet tu update dengan korang sentiasa. kalau takde update terus  pergi ke vet dan check sendiri keadaan kucing anda. Kalau tak puas hati keluarkan saja dari vet tu dan refer ke vet yang lain. Aku harap tak ada owner kucing yang mengalami kejadian macam aku ni. Aku rela kucing mati depan aku. Aku harap Dr dan staff lebih bertanggungjawab dan mendapat iktibar dengan kisah Dante ni. 

This entry was posted in sembang.

CRIMINAL MINDS KOREAN 1st Teaser

Finally the date for Criminal Minds drama has been confirmed. Yeayyy I am soooo excited !!! The premier date is set on 26 July 2017, Wed – Thurs at 10.50pm. It will be on TvN channel. 

credit to Naver

and thank you so much TvN for releasing the 1st teaser tonight. haha 

Yeah rooting for Lee Joon Gi, Moon Chae Won, Son Hyun Joo, Lee Sun Bin, Go Yoon, Yoo Sun, Kim Yong Chul and the whole Criminal Minds production. 

Patiently waiting for 26 July to come, palli palli !!! 

and dont forget to follow their official FB page : tvN 크리미널마인드 , also you can check out the #criminalminds #leejoongi #moonchaewon on Instagram. 

Lets support Criminal Minds !!! Fighting 🙂

Cara buat Cornflakes Madu Rangup ( VIDEO)

Assalamualaikum, the last day of Ramadhan ! 

Semoga kita dah buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ni dan semoga tahun depan kita berjumpa lagi dengan bulan yang penuh mulia ini. 

Esok nak raya so 2 hari lepas baru aku buat biskut raya legend. haha Cornflakes Madu lah apa lagi. 

Nah video yang aku rekod masa buat semalam. Oh ya untuk resepi sama saja bahan-bahan yang digunakan macam dalam resepi yang aku bagi dulu. Dalam post ni — > Resepi Cornflakes Madu Rangup 

Selamat Mencuba uolls 🙂

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AILDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN pada semua pembaca blog imaasarang. Hati-hati memandu di jalan raya dan jaga kesihatan ye.

Jangan makan banyak sangat makanan berminyak. Cheat day 2 hari saja cukup. haha

Take care guys 🙂

This entry was posted in Resepi.

D.I.Y – Mask Kunyit untuk kulit wajah yang bersih dan cerah

Good Morning !

Jom kita buat face mask sendiri nak tak. Tak susah pun tapi kena ada beberapa bahan. Masker pilihan kali ni adalah mask kunyit. Jadi bahan utama yang diperlukan adalah kunyit. Walaupun banyak D.I.Y yang pakai kunyit untuk masak tapi aku tak pakai kunyit tu. Reason utama ialah sebab nanti kulit jadi warna kuning dan lambat nak hilang. 

Dulu-dulu pernah try tapi renyah sebab nak kena kupas pastu jari pun jadi kuning. Jadi bila ada orang jual mask kunyit yang jenis serbuk aku beli yang tu je. Senang. 

Kelebihan mask kunyit untuk wajah 

Seperti yang kita tahu kunyit sangat banyak manfaat. Tak kira lah untuk diletakkan dalam masakan, dijadikan ubat atau sebagai bahan utama dalam merawat kesihatan dan menjaga kecantikkan. Yang paling terkenal adalah orang India yang banyak menggunakan kunyit sebagai salah satu rahsia kecantikan kulit mereka. 

Kunyit bersifat antiseptik, antibacteria dan antioxidant. Sebab tu kunyit sangat membantu untuk merawat jerawat, bintik-bintik hitam dan pudarkan parut. Dan paling best bila rajin dan konsisten pakai kulit akan jadi cerah. 

Bahan-bahan yang diperlukan 

  1. Serbuk kunyit 
  2. Yogurt plain
  3. Madu
  4. Lemon

Cara 1

Guna yogurt plain. Cari dekat supermarket. Ada jenama Nestle dan Dutch Lady. Boleh pilih mana2 janji yang plain. Harga lebih kurang saja. Bawah dari RM6. Yogurt yang dalam gambar ni aku beli dekat kedai Arab. Yang ni RM5 saja. 

Serbuk kunyit yang ready made. Kalau korang nak pakai yang masakan punya pun boleh tak ada masalah. Cuma nanti kena tahan la kalau kulit tu warna kuning skit. hehe

Ambik mangkuk dan letakkan kedua bahan ni sekali. 

Aku letak yogurt 3 sudu, kunyit 2 sudu. Korang boleh agak supaya tak cair or pekat. Kalau cair nanti susah letak kat muka. 

Lepas tu kacau sampai sebati. 

Dan dapatlah hasilnya. 

Boleh dah tempek kat muka. 

Cara 2

Cara yang kedua ni aku tak pakai yogurt sebab nak fokus pada madu dan lemon. Kalau muka berminyak boleh masukkan lemon sikit ye. 

Cara 3 

Mix saja keempat bahan tu. Kunyit, yogurt, madu dan lemon. 

Bila dan berapa lama nak pakai 

Masa kulit aku bermasalah dulu hari-hari aku pakai. Kadang waktu petang, kadang sebelah malam. Ikut waktu free. Tapi aku tak letak lemon hari-hari sebab nanti sensitif pulak kulit. Boleh pakai 20-30 minit atau sampai kering. Kalau aku suka tunggu sampai kering baru basuh. 

Kesan lepas pakai

Kulit rasa lembut dan licin saja. Bolehlah nampak kulit macam glow cerah gitu..hehe Kalau muka yang berjerawat ambik masa sikit tapi insyaAllah boleh kecut dan hilang dengan syarat kenalah konsisten pakai sebab yang kita buat ni rawatan luar. Untuk orang yang berjerawat yang paling penting adalah usus yang sihat dan pemakanan. Haaa yang ni kena cerita bab lain pulak. 

Kat mana nak beli serbuk kunyit

Kalau nak pakai kunyit yang masakan punya boleh beli dekat pasar atau supermarket. Kalau tak nak renyah dan nak mudah macam yang aku pakai ni silalah cek instagram ada orang jual. Cari #maskerkunyit nanti survey2 harga dan bolehlah beli ok 🙂

Selamat Mencuba ^.^

This entry was posted in D.I.Y.