Along with the Gods best gila

SILA PI TENGOK !!!

Tak nak cakap banyak. Sumpah tak rugi belanja RM19 untuk cerita yang best macam ni. Kalah cerita Hollywood berkilometer. Dari mula cerita sampai ke akhir tak bosan langsung. Penonton disajikan dengan emosi yang turun naik. Sekejap kelakar dengan jokes, sekejap rasa kagum dengan aksi kejar mengejar grim reaper dengan roh jahat, pastu rasa cemas dengan perjalanan Ja Hong (Cha Tae Hyun) yang penuh dugaan dan part sedih memang sedihhhh.. ( adik aku boleh nangis lak, macam teresak-esak masa scene last antara mak and adik Ja Hong..haha)

Tabik hormat pada industri perfileman Korea yang dah berjaya buat cerita fantasy dengan visual yang sangat awesome. Oklah imagination pasal siksaan yang manusia akan dapat ikut pada kejahatan semasa kat dunia. Tapi bab dewa-dewa tu memang kelakar lah. 

Aku pergi tengok 25hb Jan hari Khamis dengan adik and umi aku. Actually kitaorang pergi shopping kain sikit, habis beli barang je adik aku ajak tengok movie ni. Terus la gi KLCC . Umi aku terpinga-pinga kitaorang beli tiket wayang. haha Aku cakap tenang cite ni mesti best. Dah meletup-letup kat Korea sana. Dapat ranking no3 as the third highest-grossed Korean film in South Korea.

Yang aku nak puji adalah barisan pelakon dia. Lakonan semua mantap ! Memang pemilihan pelakon yang tepat. Ha Jung Woo dan Ju Ji Hoon sebagai grim reaper memang smart gila. Smart abis dari Lee Dong Wook yang jadi Grim reaper dalam Goblin atau Song Seung Heun dalam Black. Tak tau nak explain macamana. Bila fight scene tu memang rasa wow, handsome,smart, bergaya dengan long coat yang terangkat bila kena angin. wkakaka

Ni sapa kalau peminat drama Korea dari zaman awal 2000 tapi tak kenal Ju Ji Hoon memang kesian lah kan. Ini Putera raja dalam drama tahun 2006, Princess Hours ( Goong). Ha ingat tak, dia main dengan Yoo Eun Hye. Tak tau pi google sana. 

Aku memang rasa nak pi tengok lagi sekali sebab cerita yang best biasa aku tengok 2x kat wayang. Movie yang ini ada 2 part tau. First yang ini Along with the Gods : The Two Worlds. Nanti summer tahun ni jugak akan keluar yang part 2 iaitu Along with the Gods : The Last 49 Days. Disebabkan kejayaan movie ni, dah diumumkan akan ada adaptation ke drama. Tapi tu tahun 2019 nanti yang masih tak tahu sapa pelakon-pelakon untuk versi drama. So marilah kita tunggu sama-sama.

Oh ya pengajaran yang aku dapat daripada cerita ni adalah macam agama kita ajar. Sentiasa buat baik, jangan jahat dengan orang. Setiap perbuatan dosa/pahala akan dihisab dan diberi balasan yang setimpalnya. Insaf, insaf. 

Ok guys, selamat menonton ye, enjoy the journey 🙂

 

Leave a Reply