10 jus untuk kulit yang sihat dan cantik

buah-buahan

Semua wanita inginkan kulit yang sihat dan cantik. Kulit yang sihat dari dalam akan terpancar ke luar. Sebab itu pepatah mengatakan ” You are what you eat” adalah betul. Kalau kita banyakkan pengambilan sayuran dan buahan dalam diet kita insyaAllah kulit kita akan sihat secara semulajadi.

Juicing sebagai lifestyle sangat membantu untuk menjaga kesihatan juga bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Setiap buah mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Secara keseluruhannya buah-buahan kaya dengan serat dan vitamin.

Berikut disenaraikan 10 buah yang boleh dijadikan jus supaya kulit menjadi sihat, cantik dan glowing secara semulajadi.

  1. Jus Epal – ” An apple a day keeps the doctor away” – ayat ini sangat popular dari barat sampailah ke timur. Epal bukan sahaja menyihatkan badan tetapi juga membantu anda untuk mendapatkan kulit yang sihat. Epal mengandungi antioksidan yang dapat melambatkan proses penuaan. Epal juga membantu untuk membaiki sel-sel di dalam kulit.
  2. Jus Betik – Betik mengandungi antioksidan sama seperti epal dimana dengan meminum jus betik dapat membantu kulit anda sihat dari dalam. Di dalam betik mengandungi enzim papain yang membantu merawat kulit yang bermasalah. Jadi dengan  meminum jus betik tidak hanya membuat kulit anda cantik malah bertambah sihat.
  3. Jus Timun – Timun kaya dengan silica yang dapat membantu membaiki keadaan kulit anda. Timun juga kaya dengan kandungan air yang tinggi yang dapat membantu kelembapan kulit. Selain itu, jus timun sangat bagus dalam merawat jerawat.
  4.  Jus Lemon – Lemon kaya dengan Vitamin C dan atas sebab itu lemon juga boleh dijadikan sebagai pencuci muka. Lemon dapat membantu untuk mengimbangi level PH kulit anda yang dapat membuat kulit anda berseri. Bila buat jus lemon anda boleh letakkan madu sebagai pemanis semulajadi.
  5. Jus Carrot – Jika anda inginkan kulit yang bebas daripada jerawat jadikan jus carrot sebagai jus harian anda. Vitamin A yang terdapat di dalam carrot bukan sahaja bagus untuk mata tetapi juga untuk kulit yang sihat. Jus carrot dapat membaiki tona warna dan dapat mencegah daripada berlaku pigmentasi.
  6. Jus Oren – Samada ada dimakan begitu sahaja atau dibuat jus, oren adalah salah satu buah yang terbaik untuk mendapatkan kulit yang cantik. Jus oren bagus untuk diminum pada waktu pagi.
  7. Jus tomato – Ini juga salah satu jus yang terbaik untuk merawat jerawat. Dengan menjadikan jus tomato sebagai jus harian kulit anda akan menjadi gebu dan bebas cela. Tomato juga sangat bagus dijadikan sebagai masker wajah. Ia dapat menghilangkan jerawat, blackhead dan juga whitehead.
  8. Jus celery – Celery juga bagus untuk memberi rehidrasi pada tubuh kerana ia mengadungi sodium. Jus celery sangat sesuai bagi mereka yang ingin turunkan berat badan.
  9. Jus Aloe-Vera – Jus ini sangat kaya dengan vitamin dan mineral yang dapat membantu anda mengekalkan kecantikan kulit secara semulajadi. Jika kulit anda terbakar dengan sinaran matahari, letakkan saja aloe vera pada kulit anda dan lihatlah kesannya.
  10. Jus Mangga – Buah mangga kaya dengan Vitamin C sama seperti Oren dan Lemon. Jika selalu mengamalkan minum jus ini, kulit anda akan berseri-seri secara semulajadi.

Tips dalam membuat jus adalah TIDAK PERLU LETAKKAN GULA. Cukup buah-buahan dengan air sahaja. Ais juga pastikan air yang telah ditapis. Jika ingin sejuk, boleh letakkan sedikit ais.

Selamat mencuba kesemua jus ini !

This entry was posted in Juicing.

2 comments

Leave a Reply