Panduan Menjahit Stoking (DIY)

Ukuran dan tutorial ni umi aku yang buat dan dia niat sedekah buat semua. Kalau sebelum ni ada Ebook Jahit Stoking yang dijual tapi sekarang dah free. So tunggu apalagi yang berminat nak jahit stoking sendiri boleh start sekarang. Kalau yang nak jahit dan buat business stoking sendiri, aku doakan korang sukses ya 🙂

JAHIT STOKING

 

JAHIT STOKING 1

POLA A….perhatikan bentuk dan ukuran. Bahagian yang panjang 3.5″ itu sepatutnya bila siap jahit akan dipakai di sebelah buku lali.
Lebar 4.5″ dari tanda 1″ hingga ke hujung bahgian 3.5″

JAHIT STOKING 2

POLA B..perhatikan bentuk dan ukuran. Bahagian ini akan dicantum ke POLA A mengikut ukuran.

JAHIT STOKING 3

POLA C..ini bahagian tapak.

JAHIT STOKING 4

POLA D..ini bahagian atas buku lali. Jika nak panjang lagi sila tambah ukuran 4.6″ menjadi sekali ganda.

Boleh rujuk di youtube ni :

This entry was posted in D.I.Y.

Resepi Hobak Jun – Fried Zucchini (Korean Food)

Annyeonghaseyo !

Pagi-pagi buta ni aku nak share resepi masakan Korea yang sihat dan sedap daripada auntie aku. Gambar ni semua dia yang bagi. Dia suruh post kat blog. 

” Ima, post resepi ni kat blog eh, senang je nak buat. Sedappp”

” Baiklah, Cik Pia..nanti saya post kat blog ye”

Padahal dah seminggu disuruh post..Baru pagi ni. kekekeke, mian 🙂

Bahan-bahan :

  1. Zucchini
  2. Telur
  3. Tepung
  4. Garam 

Cara buat :

Potong Zucchini bulat-bulat.

resepi hobak jun

Sediakan pinggan dan letak tisu. Susun zucchini.

resepi hobak jun

14102341_10208568835070597_300257119642122953_n

Masukkan sedikit garam ke dalam tepung dan letakkan tepung ke dalam plastik seperti dalam gambar.

resepi hobak jun

Ambil Zucchini masukkan dalam plastik dan goncang2 plastik tu. 

resepi hobak jun

Langkah selanjutnya adalah pukul telur. Dalam resepi ni pakai 2 biji telur.

resepi hobak jun

Celup Zucchini yang bersalut dengan tepung ke dalam telur dan terus masukkan dalam kuali yang telah dipanaskan.

resepi hobak jun

Tak perlu lama atas api, agak-agak dah keperangan warna tepung boleh angkat dan hidangkan.

resepi hobak jun

Selamat mencuba ye. My own version akan dibuat segera mungkin. 🙂

 

This entry was posted in Resepi.

Handmade Batik Pouch

Assalamualaikum

Walaweh sebulan tak update blog. sawwrry 🙂

Just nak share gambar-gambar handmade Batik pouch yang aku ambil masa dekat Korea dan Jepun tahun lepas. Ingat tak aku story dulu yang salah satu pouch ni dah diberi pada orang Thailand yang jadi room mate masa dekat Busan.. hehe 

KOREA  – Suwon

hm batik pouch 1

hm batik pouch 2

hm batik pouch

JAPAN – Osaka

hm batik pouch 3

hm batik pouch 5

Sekian, terima kasih ^^

This entry was posted in D.I.Y.

Saya seorang pembuat biskut raya

Assalamualaikum, tajuk dah macam saya sebatang pen kilometrico. hihi

Hari ni dah masuk hari ke-19 kita berpuasa. Dah masuk 10 malam terakhir untuk kita pecut dengan amal ibadat. Semoga kita tak leka dengan asyik pegang handphone scroll FB dan IG. 

Orang yang berniaga biskut raya pun waktu sekarang sibuk menyiapkan tempahan biskut raya. Maklumlah agen-agen biskut raya akan mula collect order diorang. Bukan apa, yang aku nak cerita ni atas pengalaman sendiri. Aku pernah bekerja sebagai pembuat biskut raya selama 2 tahun berturut-turut. Kalau tak salah aku tahun 2009 dan 2010.  

Tempat bekerja adalah di rumah jiran, makcik lorong belakang rumah. Time tu aku memang free dan kebetulan makcik S  yang memang terkenal dengan keenakan biskut raya sedang mencari pekerja fulltime/partime untuk buat biskut. Aku dengan yakinnya menawarkan diri untuk menjadi kuli sepenuh masa. Lagipun aku memang nak cari duit raya. So kenalah kerja kan.

Tak pandai buat biskut raya tak apa makcik S akan ajar. Skop kerja aku ialah uli adunan, tekap ikut acuan, tunggu oven bunyi ting dan angkat tray, hias celup biskut dan susun biskut dalam balang. Bancuhan untuk setiap biskut aku tak buat sebab makcik tu yang akan sediakan untuk kami semua. Yalah resepi kan rahsia. hihi

Kami semua tu ialah geng-geng buat biskut seperti Kak Ija, Kak Ros, dan 3 orang lagi aku tak ingat la..hehe sawrryy

Aku masuk kerja pukul 8 pagi. Tapi kalau rajin aku datang awal 7.30 macam tu. Masuk pukul 8 pagi balik pukul 6 petang. Berapa eh bayaran yang aku dapat. Sejam RM3 or RM4 aku dah lupa. Kadang-kadang aku buat shift malam jugak. Kalau shift malam kerja aku cuma mencelup coklat. 

So kerja aku everyday buat benda yang sama. Penat memang la sebab kita duduk atas lantai dan membongkok je. Tambah lagi bila masuk bulan puasa, rehat waktu zuhur sekejap pastu sambung balik. Dari satu adunan ke satu adunan punya gigih kami buat. Ada 10 jenis biskut yang top menjadi idaman para pelanggan. Semua biskut pun sedap. Bila tengok biskut yang tersusun dalam balang rasa bangga sebab inilah hasil selama 2 bulan dok buat biskut.

Pengalaman yang aku tak boleh lupa ialah bila balik rumah je aku akan bau biskut. Umi kata aku bau butter. haha tapi memang betul baju yang aku pakai even basuh berkali-kali bau tu still ada. Sebabkan masalah ni aku akan pakai baju yang sama sebagai uniform bila aku pergi bekerja.

Aku dan geng biskut kira rapat jugak. Hari-hari mesti ada topik yang nak sembang. Yang best tu Makcik S pun join sekali. haha sembang takpe janji kerja jalan. Biskut siap. 

Jual biskut raya ni untung tau. Macam makcik S ni duit untung jualan biskut raya akan dia gunakan untuk pergi umrah atau pergi melancong. Bestkan, hasil berniaga biskut dari rumah saja weh..Kalau jadi agen jual biskut raya pun masyuk jugak. Walaupun komisen tak banyak tapi kalau usaha dan jual banyak balang confirmlah komisyen pun banyak.

Untuk bisnes biskut raya dalam skala besar memang kena ada ramai pekerja. Lagi banyak pekerja lagi banyak adunan biskut dapat dibuat dan dijual. Kongsi rezeki namanya. 🙂

Aku gembira bekerja dengan makcik S ni sebab makcik ni baik. Makcik S suka masak dan masakan dia memang sedap. Dan yang paling tak boleh lupa adalah aku dapat biskut raya free saja. So untuk 2 tahun tu memang tak buat biskut raya sendiri sebab aku dapat banyak jenis biskut. Alhamdulillah

Walaupun bisnes ni sangat menguntungkan tapi aku tak terfikir pun nak buat bisnes biskut sendiri. Penat sebenarnya. Tengok macamana makcik S handle biz dia cukuplah. huhu Cukuplah aku buat biskut untuk family sendiri makan je. 

Gambar-gambar aku sedang buat biskut dah ntah di mana aku simpan. Yang ada cuma gambar biskut ni saja sebab selain daripada aku buat biskut, aku pun agen jual biskut jugak. haha So kat bawah nilah antara biskut-biskut yang kami buat. 

– Snow Almond – Oat Choc – Almond Crunchy – Sugee Almond – Golden Coconut – Marie Cornflack – Oats Choc -Sadam – Royal Choc – Almond Beauty –

Ingat lagi nama setiap biskut ni. Faveret aku ialah Royal Choc, Snow Almond dan Oat Choc…dapnyeee

biskut raya

biskutt

Inilah pengalaman aku sebagai seorang pembuat biskut raya, dah 6 tahun berlalu..hiks.

Sorrylah tak ada pic behind the scenes..ntah mana hilang ada dalam hp lama kot. Yang pasti setiap pengalaman sangat berharga. Hidup ni kena banyak bersyukur dan yakinlah rezeki tu ada dimana-mana saja. Janji kena rajin dan usaha !

Selamat berbuka puasa you all semua 🙂

This entry was posted in sembang.